Wednesday, 27 February 2013
Keras waktu pagi lembik waktu tengah hari
manusia ni selalunya leka bila dah senang.
bila sihat tak ingat sakit.
bila kaya tak ingat susah.
bila suka tak ingat sedih.
bila dah ada kekasih tak ingat mak bapak.
bila hujan tak ingat panas.
bila kering tak ingat basah.
bila kuat tak ingat lemah.
gua selalu macam tu agaknya
Saturday, 23 February 2013
Di ambang sore
dik,bubur kacang satu
ok
...............
emm dik,siapa meninggal petang petang gini?
apa dia ingat malaikat tu kerja cabut nyawa ikut shift pagi ke petang?
Thursday, 21 February 2013
Tuesday, 19 February 2013
Hak peribadi
gua ingatkan dia lambat
hampir 5 rukun dia ketinggalan dengan imam
dengan tiba tiba dia rukuk sebelum imam
rupa rupanya dia tidak termasuk dalam jemaah bagi solat tersebut
tapi kenapa?
dia bukan musafir yang nak kejar masa.
dia orang sini sini jugak.
gua selalu nampak muka dia.
gua musykil..nampak sangat tak khusyuk..puihh!
Thursday, 14 February 2013
V-Tec 2.0
Zamri membuka pintu kereta.
lengan baju diangkat sedikit..jam menunjukkan jam tepat pada pukul 12.15 tengah malam..
sambil menghela nafas,dia menggonyoh mata kiri..lalu diambil briefcasenya yang mengandungi dokumen penting bagi urusan kerja..
"ahh..tertinggal pulak!..lantak lah!"
Zamri malas ambil pusing..dibiarkan sahaja salinan kertas kerja di pejabat..malas
enjin kereta dihidupkan..terus bergerak pulang ke rumah..letih
.......
dengan lemah Zamri membuka pintu rumah.
*
*
*
*
SUPRISE!!!!!!!!Happy Valen.........................
prap!
sap!
pap!
tap!
bum!
tap!
terbaring Syila kena silat dek Zamri..kejadah apa buat terkejut tengah tengah malam
Islam tak suruh kita sambut menatang tu...kan padah dapat
Saturday, 9 February 2013
We're all to blame
Friday, 8 February 2013
History channel
weh mu nak keluar ke malam ni?
ha kenapa?
alaa ika baru nak mintak ajar add maths.
ah senang je tu.
susah la..bab janjang aritmetik apa semua tu.
ha bak datang soalan dia..sekejap je abang edi setelkan.
.
.
.
.
.
nah.
......................
esok jelah abang edi ajar..malam ni tak berapa sihat la
entah apa benda dia tulis gua pening sekejap..jenis dah lama tak sentuh..nasib baik gua power..puiii!
Tuesday, 5 February 2013
Gua vs Impian
semua orang ada impian.
gua pun ada.
apa lu semua ingat gua ni reti samok je ke?
gua pun ada juga fikirkan tentang masa depan.
setiap hari gua tengok gelagat orang.
melayan kerenah anak balik sekolah.
anak bujang main ipad.
anak dara main bb.
impian gua mudah.
suatu hari nanti,gua ada kerja yang sedap.
tolong orang tua gua.
ada bini,anak anak,kereta,rumah.
bila dah tua,gua pencen.
duduk rumah,berehat.
layan kerenah anak anak,cucu cucu.
tapi,setiap kali gua fikirkan.
adakah sempat untuk gua jumpa semua tu.
adakah sempat untuk gua melalui zaman tua gua.
ajal dan kiamat menjadi penentu.
jadi,gua renung balik.
adakah cukup solat gua?
adakah cukup amalan gua?
adakah baik tingkah laku gua?
adakah terjaga penglihatan gua?
adakah tertunai tanggungjawab gua?
adakah jujur tindakan gua?
adakah ikhlas pemberian gua?
adakah terlindung aurat gua?
tidak selalunya gua terfikir pun.
ikut masa dia.
pasal gua tak dapat lari daripada leka.
gua tak cakap untuk lu semua pun...tak..untuk gua sendiri
Sunday, 3 February 2013
Mitos kegemilangan
Pada suatu hari..ketika itu sang kancil pergi bersiar siar..ketika itu matahari sudah kian tenggelam di celah gunung *macam lukisan taim sekolah rendah,tu jela yang gua reti lukis masa kecik*puii!!..sang kancil ini sangat dalam kelaparan..sambil bersiar siar,dia mahu mencari makanan untuk bekalan pada waktu malam..
ketika dia sedang leka berjalan terkedek kedek manja,dia terserempak dengan sang ular..sang kancil tergamam..takut..terus diangkat kaki depannya lalu menggigit jari..aneh bukan?gi mampos!..ini cerita gua
"apa kau buat di sini sang kancil..!!"sang ular sergah
"saya saje jalang sini..nok cari makanang.."lakk,kancil ganu rupanya
"kau blah!sini takda makanan..dah habis"sang ular jelir lidah
"baik bohh..woh!" sang kancil menganjing
sang kancil beredar dari situ..di simpang tiga,dia amek kanan..tak lama selepas itu,dia ternampak ada satu kedai burger..sang buaya pemiliknya,berdiri sambil sagat timun..sang kancil buka dompet..hmm..hanya ada sekeping wang rm5..cukup atau tidak untuk beli 2 biji burger..
"bang,beger ayang bape se?"sang kancil terus tanya tanpa bagi salam
"2 setengah je dik.." sang buaya menjawab tenang..
"bagi 2 bang" sang kancil teruja
puk!
pak!
puk!
pak!
"siap" sang buaya hulur tangan kiri..
"okeh" sang kancil hulur tangan tanda mesra dan terus mengambil langkah untuk beredar
.
.
.
.
"mana duitnya barua..........." sang buaya sound sinis dari jauh sambil cekak pinggang
"hehe..sori bang" berlari sang kancil pergi bayar
dalam perjalanan pulang ke rumah..sang kancil berjalan riang..senyuman terukir di bibir..gembira kerana sudah ada juadah untuk disantap waktu malam..
tepuk dahi gua taim tengok gambar ni pada mulanya..cuba lihat betul betul,itu bukan bontot!
terbaring gua depan tv dah bantai 2 bijik burger
Saturday, 2 February 2013
Kecewa Abadi
....................
.
.......
.
.
..
.......
..
.
.................
.
.
.
..
..................................
.
.
...............
........
.............
taktau nak tulis apa..bai
Subscribe to:
Posts (Atom)