kali ni aku nak sembang pasal salah satu elemen yang penting dalam hidup..
ini soal hati dan perasaan..malam ni tak kenapa tetiba aku nak menjiwang..ah suka hati aku la
aku ni bukan la terer sangat ke apa..saja nak luah apa yang aku tau..aku ni kadang bukannye betol sangat..biasa lah manusia..dah,aku nak start formal
kalau nak cakap pasal suka,memang benda ni nampak senang..dan memang senang pun..suka..dah nama suka..semua orang tau maksud dia..budak yang belum sekolah pun boleh tau apa itu suka..suka ni terlalu luas,general..banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan perkataan suka..
dan pengaruhnya jugak sangat besar..rasa suka boleh mendorong kepada sesuatu perkara..daripada kosong,boleh menjadi penuh kalau dah rasa suka..dorongan yang kuat ni berkait rapat jugak dengan mind seting..perkara ini sangat bagus,kerana ia dapat memberi semangat untuk mencapai apa yang kita mahukan..bagus
tapi,kadang kadang rasa suka ni jugak dapat buat kita leka..leka dengan kelemahan dan kemampuan sendiri,membuatkan kita bertindak tidak seperti yang dijangka..sesekali suka ni boleh buatkan kita jadi confuse..apa sebenarnya yang kita mahu
antara isu yang penting dan menjadi satu perkara yang kita takkan boleh elak,adalah perasaan suka kepada seseorang...
mungkin sesetengah orang beranggapan bahawa apabila kita ni suka kepada seseorang,jadi kita perlu ambil serius dan memberi perhatian yang lebih..dan ada juga sesetengah orang yang anggap suka ni ada benda kecik..benda biasa..suka melihat rupa,suka dengan perangai,selesa dalam pergaulan..
mungkin bila kita dah suka kat seseorang,kita akan berusaha untuk mendapatkan orang tu..mahu mencuba nasib adakah perasaan suka pada awalnya akan dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi..itu tidak salah..
tapi,cara penerimaan masing masing adalah berbeza..jika terlalu jauh ke hadapan,lebih senang untuk leka dan berubah arah dalam hidup..terpulang kepada masing masing untuk mentafsir kehendak diri..kerana minda kita,tiada siapa yang boleh kawal..bagi yang lebih memahami tentang diri sendiri,mungkin orang itu lebih banyak idea yang lebih bernas dalam membuat pertimbangan untuk dizahirkan dengan perbuatan
tahap kematangan semua orang tidak tetap pada satu tahap sahaja..boleh berubah ubah berdasarkan situasi dan keadaan..faktor ini memberi kesan yang hebat dalam diri..kesan yang akan datang juga bergantung kepada tindakan awal sesuatu perkara..
jadi,setiap yang berlaku kita kena fikir tentang diri sendiri dulu..apa yang kita rasa,setakat mana perasaan kita dalam menerima sesuatu perkara,dalami untuk fahamkan..ini kerana apabila kita berada dalam situasi yang melibatkan orang lain,kita kena ingat..ini kerana,apa yang terjadi bergantung kepada respon dan tindakan daripada semua pihak..jangan jadi gelojoh dalam meluahkan isi hati,dan jangan gopoh dalam berbuat sesuatu..kita tak tahu tahap penerimaan seseorang tu macam mana..
apabila yakin untuk bertindak,kita perlu bersedia untuk menerima sebarang jawapan..itulah dinamakan kitaran..hidup ni penuh dengan kejutan..selagi kita hidup,selagi itulah kita akan belajar mengenainya..sebenarnya,hidup ni sangatlah indah..biarpun banyak perkara yang membuatkan kita sakit
belajar merangkak dulu,jangan terus berlari.....kalau tak,merangkak kita nanti
jual mahal betul budak ni..sampai ke sudah tak dilayannye 4 ekor ni
bukan nak merendahkan siapa siapa,sebab gua sendiri kadang kadang tak matang buat keputusan
pokok pun jatuh cinta ye?
ReplyDeletehaha...
xpe2, lakukan proses pedebungaan tu, jgn lupa pakai agen yg bule dipercayai ye
kihkih
kahkah..ingat lu je boleh..gua pun boleh la woii
Deleteapecer ni bro...skali kpale dah ting tong..perasaan suka tu mybe feeling je..mcm marah,sedih...lepas tu hilang..pikir2kan..
ReplyDeletetau takpa..dengan gua sekali ting tong..kah kah
DeleteCara penulisan semakin ilmiah... kihkihkih.. Ada perkembangan dari segi kepelbagaian rentak penulisan.
ReplyDeletemasalahnye aku sendiri pening..sebenarnya banyak benda lagi nak tulis..tapi kang panjang sangat..aku sendiri bosan
Delete