Saturday 27 April 2013

Batman






bersempena hari yang mulia ini,gua nak beri sedikit ucapan..




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





yesss gua dah sihat!!!









taim sakit,baru tahu nikmat sihat..syukur.


dalam tempoh gua sedang sakit,baru gua tahu cita cita sebenar gua..gua nak jadi batman

Saturday 20 April 2013

Ninja turtles





Assalamualaikum semua..ini malam mood gua lembut,jadi tiba tiba rasa nak bagi salam dulu..kalau tak,gua redah terus je..



gua sekarang kat terengganu..maklumlah,tahun ni kan tahun melawat terengganu..masuk ni dah banyak kali gua ke sini..jadi dah bosan..macam takda arah tuju..ibarat berenang sambil tutup mata..maaf kalau tak kelakar



memang tak syok kalau gi berjalan dalam keadaan tak berapa sihat..rasa macam nak capai kepok lekor lepas tu libas kat ketiak member..nak mengaruk tak masal..tapi alhamdulillah sekarang dah sihat sikit..boleh la gua berenang rentas dari KT ke seberang takir..




tadi gua jumpa kenalan lama..hampir 14 tahun tak jumpa...oh kejap gua nak ke tandas..sakit perut la pulak...okay dah..sambung balik..gua jumpa diorang,berbual dan bersembang..gua rasa eksaited pasal rindu..yang dulunya macam keluarga kedua gua masa kecik..banyak perubahan..




dan apabila sampai waktu di mana gua rasa tak keruan..gua malu,segan apabila beberapa soalan yang gua tak terjawab dengan kata kata..tak terluah..ahh geram betul..pasal apa?pasal soalan basic je woii..soalan apa??...............




adakala sesuatu yang datang,kita rasa macam tak perlu..yang kita harap,tak selalunya dapat..itu semua orang tahu..gua saja nak tulis lagi pasal nak kasi nampak yang gua ni pandai bermadah..puihh suka hati gua lah..



tapi sampai bila gua perlu mengelak..sampai bila gua perlu begini apabila benda ni datang lagi..hikmahnya,benda ni buat gua berfikir..dah puas fikir mula rasa nak menulis..padahal sebenarnya gua tak tahu nak buat apa..ingat nak pergi memburu,senapang pulak takda peluru..lupa beli





apabila datang kesukaran,gua cuba jadikan benda tu sebagai satu cabaran..pasal kalau gua dok asyik melayan perasaan,memang sampai ke sudah la gua jadi ayam berak kapur..tapi jauh di sudut hati,gua down sebenarnya.





maaf kalau entri kali ni nampak poyo..gua tahu mesti ada yang menyampah..apa gua peduli..pasal gua pun dalam keadaan nak muhasabah diri ni..pehh lagi poyo..ah pi lantak





"andai dapat,ku undurkan putaran dunia..ingin ku ubah segala kata kata dan tingkah laku ku" gua menyanyi tadi dalam jamban.





Cikna,Cik Jakpo,semoga kita berjumpa lagi.








Saturday 13 April 2013

Jip..jip..jip...jip jahanam??





"broommmmmmmmmmmm..."  sayup je bunyi moto kriss lalu....







weh pondan mana tu?

entah..

jom follow dia.

jom.






.........................................







woi woi pejabat agama woii..blah blah blah!!!









che lan dengan mat derih punya cuak sampai entah jalan mana dia pergi,jumpa jalan mati.

cerita sini habis sini la..sekali pondan tu usap belakang mat derih,ke atas terus anak mata member..wek ehh parok stim

padahal tu jip pejabat kesihatan..orang tu nak balik rumah nak tidur.



dan gua?............







gua dah 5km jauh dari tempat kejadian...puiihh!





Sunday 7 April 2013

Buku tulis dan sebatang pensel kayu





okay..hari tu saya dah beri syarahan tentang anak muda...

sekarang ini,saya akan sambung syarahan saya..untuk menyeru kepada semua golongan manusia tak kira di mana..di utara,selatan,timur dan barat..saya bukan berdiri kat sini pasal nak bentang manifesto ke janji manis ke apa..gua tak macam PERT DOHERTY..dia tu sayur..kalau dia ada kat depan saya sekarang ni,memang saya hentak terus kepala dia..



YANG PERTAMA tama sekali!!! haa nampak saya sungguh bersemangat....saya nak tanya kepada anda semua..adakah anda semua suka kena marah tak pasal pasal??haaa..itu yang paling penting..sebab apa,sebab tak pasal pasal sebelah telinga je kena tengking..eh dah ape pasal?ini bukan budaya kita..ini budaya orang yang tak jaga solat..ops sori kalau terasa.




okay yang kedua..benda ni ramai yang tak nampak..ramai yang ambil mudah..apa dia anda semua nak tahu??nak tahu??okay saya akan beritahu..orang putih kata 'social skills'..tapi saya tak layan sangat bahasa orang putih ni..saya orang melayu..jadi saya gelarkan 'kemahiran bersosial'..



anda masih ingat ketika anda berusia 6-12 tahun?apa yang anda gemar?apa yang anda suka?apa yang anda selalu buat?..jikalau anda semua masih mampu ingat,anda memang power..tak macam saya..saya banyak dah lupa..masa tadika,satu perkara yang saya masih ingat..di mana masa tu budak budak suka main 'ikat pensel'..cara dia mudah..silangkan 2 batang pensel kayu,sorang lagi buat acah acah ikat..konon ada tali ajaib..bila dialihkan,dapat rasa sedikit melekat pensel tersebut.....benda tu pun dah jadi mainan,seronok..siap ada yang bergasak pasal berebut nak jadi tukang ikat..konon nak budak perempuan kagum..




ada satu budak cakap kat saya.."ala bang,dulu lain..sekarang dah lain..sekarang dah maju"...saya suka statement tersebut..sebab apa,sebab dia cuba mencipta satu argument tentang isu ini..okay..memang dulu lain..tak maju macam sekarang,henpon setakat main sentuh sentuh..dulu henpon pun macam pulut susah nak jumpa..tapi cuba fikir..pemikiran kita bergerak sepatutnya bergerak seiring dengan kemajuan..dulu takda henpon,orang semua pakat guna pablik,telefon rumah..sebab setakat tu je yang ada..masih boleh berkomunikasi..masih boleh bercinta,masih boleh berkahwin..elok je




sekarang,mana pergi tradisi kita..bergaul sesama sendiri..bergasak,bertumbuk sama sendiri..kau tak puas hati dengan aku,kau post dekat fesbuk,twitter..mana pergi "weh kau mari sini..apa yang kau tak puas hati sangat kat aku?"..mana pergi?mana?



budak tingkatan 5 panggil masuk bilik..konon nak 'tarik'..dulu yang kecik kompem diam,tadah badan..tak pun sparring..apa point sekali pun saya tak ambil pusing..tapi daripada benda tu,sebenarnya ada isi..dia nak tarik point entah apa apa pun lantak dia..tapi yang kena ni..dia akan lebih beringat..ingat pasal apa..pasal 'HORMAT'..




budak sekolah sekarang??..sori...sedih saya tengok..sebab orang tua kita,mak bapak kita,atok atok kita,diorang lagi kuat??kenapa boleh bersusah susah untuk anak?keluarga?sebab sebelum itu mereka dah rasa apa yang sepatutnya..selalunya,mereka akan bercakap dan bertindak mengikut tekak mereka sendiri..sebab?sebab mereka tak terpengaruh dengan kemajuan..tapi bukan semua lah..ada jugak orang tua yang tak sedar diri..ops maafkan saya.





satu keluarga pergi ke kedai makan..3 orang..ayah,ibu,dan seorang anak..ketika pelayan sedang mengambil pesanan,si ayah sedang memegang henpon..si ibu memesan minuman dan makanan..ibu bertanya kepada ayah, "abang nak minum apa?"..tanpa mengalih pandangan dari skrin henpon,si ayah menjawab "teh tarik"..lalu si ibu bertanya pula kepada anaknya..anaknya menggeleng tanpa sepatah kata sambil menekan nekat skrin 'Galaxy Tab'..sepanjang mereka duduk di situ,ayah dan anak tidak pernah lepas daripada item mereka....di mana perbualan?di mana ambil berat?di mana pergaulan?di mana kasih sayang?mana pergi?..bukanlah maksud saya mereka tu takda terus rasa sayang sama sendiri..kasihan..apa dia fikir item item tersebut boleh memberi kenyang?boleh pujuk bila sedih?boleh hilangkan rasa sakit?..saya terkilan






jikalau dulu zaman ayah kita masih muda,berambut panjang berseluar yankee..tidak dapat lari daripada perkataan 'melepak bawah pokok,bermain gitar'..tapi sekarang?..susah nak jumpa..ramai ke bandar,lepak cafe..sama macam saya,selalu keluar..puihh!..hmm tapi samalah juga..seperti saya melihat budak budak sekarang,tiada lagi layang layang,gasing,mengail,guli,cop tiang,lempor tin,baling seliapar..mana??mana??nampak macam tak penting..tapi sebenarnya,dari situ sebenarnya kita akan tahu erti "BERGAUL".











wow..gua sendiri tak sangka boleh jadi panjang macam ni..taknak baca dah!puihh!