Tuesday 28 August 2012

Bendera Malaysia





di macam mana ni di..hari dah gelap ni


rilek rilek..dah nak sampai dah ni..sikit je lagi


aku tak nampak macam dah nak sampai puncak je ni


dah tu takkan kau nak naik khemah kat sini



**



yeahh!! berjaya!!lincah lincah


yess!!


pehh sejuk gila ni di...naik api cepat la..nak masak lagi ni


nak naik apa macam mana..angin kuat ni din..kabus tebal..berembun


habis tu macam mana??budak budak dah gigil sejuk ni..dah la baju semua basah kena hujan


takpa..kejap aku cari benda nak bakar


okeh..aku setting tempat tidur jap



***



kat situ ada satu bendera Malaysia orang tinggal..mungkin sebagai tanda diorang dah tawan puncak gunung Nuang..



sori bendera,gua terpaksa,,sebab dah takda benda kering lain dah gua nak bakar..sori






"bedebukkkk!!!"





akibat api terpadam,gua dah tak nampak jalan..lutut kanan gua berlaga dengan batu..berlubang juga..dia punya sakit,tak boleh nak bayangkan dengan kata kata..







kerek betul masing masing sebelum naik










lain kali,jangan cari pasal dengan bendera negara kita..berdaulat tahu


selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55




Monday 27 August 2012

Majlis tari menari 2






"bekal ni kau bawak balik ehh..kau tu bukannye berduit sangat"

"wallaweii!!!"

"ni siapa yang makan sampai 4 mangkuk ni??"

"jangan harap kau dapat masuk gambo..keh3"


"kejap aku nak cek kredit aku"

"sedaplah sangat makanan ni...hmmmm"


"min..pinjam moto..tapi nanti kau takleh pinjam moto aku tau"


"kepala hotak makan mi sampai terpercik kuah ke mata orang sebelah"

"sedap jugek minum air ngadap tiang ni..boleh jadi trend ni"


"benci betul aku duduk sebelah megat ni..dah la kepala macam telor..serabot!!"

"malam ni kita ronda..kau jalan depan"


"tau la aku ni lurus bendul..tapi takyah la suruh aku buat kerja ni..nasib nasib"


"fuhh sedap betul taik gigi cina sebelah ni..makin selera aku makan"


"sementara orang tengah ramai ni,baik aku tunjuk terer kopek tebu..hah!"\

"bila pulak ulat gonggok ni masuk air aku..ah hentam jela..bukan orang tau"


"yusnur...jangan main mercun..takmo takmo"


"aduh perit nye rasa kena kuah mi bandung kat jerawat!"


"woii faroq!!kau ni kerja nak mencekik je!!sampai air aku kau sebat!tahi!"












segala caption yang dibuat adalah rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati

selamat hari raya 

maaf zahir batin

















Majlis tari menari




gua ingat nak buat makan makan ah raya ni..lu semua okay tak dengan idea gua ni?


lu nak bagi siapa makan?


kita buat 2 biji rumah dah la..dengan rumah bibah..budak rumah dia masak


takda hal


**







salam aidilfitri
"terima kasih datang..jemput lah masuk ye"

"baik kita sental sebelum ramai kejap lagi" 



"kau tau budak rumah sebelah kita tu...haaaaa"


"hik hik hik..layan jugak kepala ni da pekena carlsberg"

"pening kepala aku pening..asyik aku je kena buat air"




"heh heh heh..jaga kau kejap lagi..aku nak telan semua malam ni"


wanita Umno

"aku paling macho sebab isap rokok depan gadis...hah!!"

"mana kuih aku tadi???siapa rembat ni??"


"malam ni siapa nak kret dota?aku on je game mana mana"


walaupun majlis ini untuk orang dewasa,tapi budak budak tu masih ada


"kamilah paling cantik kat parit ni"


"dah semangkuk kat tangan,nak orang suapkan lagi..padan la gemok"


hik hik hik!


"kuat betui depa ni makan..hmmm" *kebil-kebil*"


sampai budak cina pun datang..boleh makan pedas ke


"entah apa benda la dia ni cakap..kesian aku tengok takda orang layan..hmm"


"siapa tendang *&@#! aku tadi??baik ngaku cepat!!"

"bila la boipren aku nak datang ni..aku nak balik macam mana lepas ni??"


"ahhhh...siapa pegang bontot aku ni..hmm sedap"

"gi mampos orang nak cakap apa,aku lapo!"


"harap harap aku ada jodoh dengan dia..kembung pipi sikit..hehe"


"cilaka punya betina..habis kredit aku dia sebat!"

pening kepala kita..pening pening

"apehal main tolak kepala ni woii??tak suka laaa.."










penyudahnya habis semua yang kenal gua jemput..susah sangat

Tuesday 21 August 2012

Selamat Hari Raya





ding!


***


zaidi


ye badad


aku teringat kat kau
tiba tiba aku teringat video batman nyanyi tu
bodo betui la



hahaha
kau ni dah apesal?










gua sendiri taktau apesal dengan batman ni











selamat hari raya aidilfitri

bagi sesiapa yang kenal gua,gua nak mintak ampun mintak maaf sekiranya gua ada buat salah kat lu semua

halalkan makan minum

semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah

Monday 13 August 2012

Belukang kuala






tap!
tap!
tap!



gua menuju ke arah satu bangku yang tak berapa jauh dengan diri gua sendiri..ikutkan hati,memang malas nak gerak ke situ..nak bangku tu datang sendiri kat gua..tapi dari segi sains dan hukum alam,memang mustahil..kadang kadang gua jadi bangang sekejap pasal fikir mende yang tak masuk akal..tahi



sedang leka gua melayan pemandangan yang indah kat stesen bas,sebab banyak gadis muda yang lalu lalang kat situ,ada seorang brader datang duduk kat sebelah gua..



gua tengok dia
dia tengok gua
gua tengok dia balik
dia tengok gua balik



kecik beso kecik beso je gua tenung brader ni..silap tenung bertumbuk gua rasa kejap lagi..dengan gua jangan buat main..kalau dah kena jek dari bawah guna tangan kiri gua,termenung sekejap cari dinding..tapi bila tengok balik,brader ni dengan rambut mohawk,kulit hitam..bibir hitam..kasut kulit..seluar jeans..siap ada parut lagi kat tangan..fuh,gua dalam hati jadi cuak sendiri..gua fikir kalau bukan rempit,mesti kaki gaduh hentak helmet brader ni..kat situ jugak gua kagum.


terus tak jadi gua nak tenung lama..karang tak memasal gua yang dapat sakit..tadi tu eksen je lebih sebenarnya



**


"grengggg"

"aku lihat dia di sana..aku ingin mendekatinya...."




**






tu dia ringtone ainan tasnemm keluar seketul....ha nah!









mamat ni nak buat apa..bukan sihat sangat kepala..kahkahkah!










dont judge a book by its cover..puii! 






Saturday 11 August 2012

Kerisi 12 ringgit sekilo





fuh lama betul tak menulis cerita panjang..selalu tulis pendek pendek je..tak pun dialog

dah gua sendiri pun tak tahu nak tulis apa,apetah lagi nak buat panjang panjang...puiii





ha kali ni meh sini gua nak bercerita sikit..gigil gigil dah rasa jari ni..asyik main batu blok je tiap tiap hari,naik keras tapak tangan..paling lemah part simen masuk hidung..cengih cengih muka bersin..lu ingat tak penat ke bancuh simen ni..nak layan ke bersin lagi..naik keras bulu hidung korek malam malam


tapi semua tu tak penting..yang penting sekarang ni gua rasa sikit kecewa dengan sikap gua sendiri yang membiarkan kulit dimamah cahaya matahari..habis hitam..punah harapan kita nak jadi K-POP..kalau tak setakat lagu 2pm tu apa ada hal sangat nak joget..gua pakai but legen pun boleh buat la..pernah sekali gua terai mula mula dulu..jenis lutut kiri berlaga dengan pelipat belakang lutut kanan..lutut kiri sentuh lantai yang takda karpet..meraung jugak kejap..nasib baik masa tu gadis rumah sebelah tak lalu..eh,gadis rumah sebelah cantik cantik tau..time maghrib je mesti diorang bantai mengilai..mesti diorang mengilai sambil tepuk tepuk bontot member..lepas tu hidung berair mula merakas cari tisu..sekali gua sergah,diam terus..nampak gua ni jenis brader brader sound perempuan macam tu


dan pernah jugak sekali gua pergi rumah dia nak mintak nombor talipon rumah masa nak masuk internet dulu..fuhh..dan dan dia tinggal sorang..tengah mandi pulak tu...okay stop sampai sini je part ni..pandai la lu semua bayangkan apa yang berlaku seterusnya.



apa nak jadi dengan dunia sekarang ni gua pun tak tahu laa..ikan sekarang bukan main mahal lagi..ikan kerisi boleh cecah 12 ringgit sekilo..fuh melampau betul..gua tak salahkan nelayan..sebab gua tahu ikan sekarang ni makin bijak cari port nak menyorok..macam dah tau tau je bot ceklan nak tunda pukat kat situ..ngekek ngekek ketawa dalam air tengok member tunda air..nakal betul ikan sekarang..dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang diturunkan oleh nenek moyang,diorang dah tahu macam mana nak elak kena sauk dengan pukat..mungkin diorang ada menjalani latihan renang laju laju serta belok secara mengejut tanpa guna sirip..fuh power betul


kesian ceklan..dah la bot kena sekong je takleh main jauh..mana taknya,2 kali kena dengan marin..gi hentam sauk jugak kat kawasan larangan..masuk kali ke 3,boleh pulak datang buah nak ngentan..mana tak hangin marin..haa senyap terus parking kat kuala..dekat setahun tak gerak..naik karat rantai stereng..nampak tekong serabut gi repair kat endau..tapi ceklan tetap tenang...start enjin kereta terus henjut cc main game joget joget..lu ingat ceklan tak power??kalau keyboard tu boleh bercakap,gua rasa dah habis maki dah ceklan dapat.


tengah sedap online,sushi king pulak boleh buat hilang kunci basikal..mengaruk depan kaunter merengek..budak ni tak boleh biar macam tu..boleh datang sawan nanti..kalau datang sawan dia,gua rasa darus dengan raop ni memang pakat tengok jela budak tu keras kat lantai..sushi king bapak kaya,tapi nak main komputer letak seposen..hah macam mana?









kalau macam ni la gaya nak ke laut,belum sempat keluar kuala dah terbalik











maksim ni makan lipan ke labah-labah sampai lincah betul jari dia tekan butang piano tu






Friday 10 August 2012

dgsdkjgsdaghksjdgf







aku dah letih.


beban kat bahu ni berat sampai buat aku rasa down setiap masa


doakan aku supaya aku lebih kuat.
















ya Allah,aku berdoa kepada kau supaya dapat berikan aku semangat untuk mencari jalan yang lebih baik



Wednesday 8 August 2012

Senjah





Gurrrrrr!

gurrrrrrrrrrrrrr!


gurrr!


gurrrrrrrrr!!!!



***



ai pakcik...moto tak hidup ke?


.............


jangan sampai kepala kau pun aku senjah kat sini



.............



okay pakcik saya balik dulu.








sempat lagi dia tengok kamera.....malau,malau..haihh











moral of the story..kalau nampak orang tua tengah stat moto tak hidup hidup,jangan tegur benda yang boleh buat dia jiwa kacau









Sunday 5 August 2012

Gold Medal Match




lincah lah

ke mana?

eh kau tanya lagi..tadi kata nak berentap

aah la..lupa

dah jom..karang penuh pulak court



***



Pap!

Pap!

Tap!

Pap!


Tap!!!!!!



............................................................



mana bola?



tu tengah melekat kat net tu pe mende?




setan!









cenggini cenggini la muka gua taim tengok bulu tangkis tu asyik nak melekat kat net














gua pun sedih sekali tengok chong wei kalah tadi..takpa yang penting dia dah usaha habis habisan..gua tetap bangga dengan dia


go Malaysia!


Saturday 4 August 2012

Bau badan




edi

ya bah

garu belakang abah jap di

okay bah.


***

krukk krukkkk krukk!!


sambil garu kejap kejap gua cium belakang badan bapak gua


gua suka bau dia


gua pun taktau apesal







kembang kembang hidung gua plesing arai








tapi sekarang dah tak lah..bapak gua garu sendiri je..adik gua pulak yang kena