Tuesday 29 May 2012

You are not alone



kita ada tanggungjawab untuk dilakukan

kita ada Tuhan untuk disembah

kita ada solat untuk dijaga

kita ada malaikat untuk mencatit

kita ada kitab untuk panduan

kita ada akidah untuk pegangan

kita ada sunnah untuk panduan

kita ada takdir untuk penentuan

kita ada dunia untuk hidup

kita ada syurga untuk ganjaran

kita ada neraka untuk pembalasan

kita ada mak bapak untuk ditaati

kita ada hati untuk merasa

kita ada otak untuk berfikir

kita ada akal untuk memilih

kita ada suruhan untuk diikuti

kita ada larangan untuk dijauhi

kita ada ilmu untuk diamal

kita ada amal untuk kebaikan

kita ada kawan untuk berkongsi

kita ada kesakitan untuk kesedaran

kita ada masa depan untuk diubah

kita ada masa lampau sebagai pengajaran

kita ada kegagalan untuk belajar

kita ada kejayaan untuk bersyukur

kita ada agama untuk kebahagiaan

kita ada air mata untuk sedih

kita ada senyuman untuk gembira






you will never walk alone













tapi sori,aku bukan penyokong liverpool..phuiii

Sunday 27 May 2012

Keliru


Pendi nampak gusar..entah kenapa..kusut memikirkan masa depan agaknye..tak pun kusut memikirkan macam mana nak gi haji dalam masa terdekat..jauh betol pemikiran..rokok suria dah habis 3 batang..memang dasar tekak larong..bak kata mat salleh,heavy smoker..

henpon dikeluarkan dari kocek..cek kot kot ada mesej ke apa..

"hantar mesej kat Ayib pon cara ni..kacau sikit" getus Pendi dalam hati



"aku ada rokok..kau nak?" mesej ditaip




"Message delivered to Ayah" keluar tulisan kat skrin henpon







Pendi makin kusut..mampos!



Pelita



Zabidi nampak gelisah dalam kelas..sebab apa,sebab dia taktau macam mana nak jawab soalan periksa..periksa matematik tambahan..bagi Zabidi,soalan tu tak berapa susah,sebab memang dia taktau nak jawab macam mana..jadi,tekanan untuk memastikan jawapan itu betul sedikit..keadaan dia macam seorang budak kecil yang diajar berjalan,tidak pentingkan kualiti,asalkan dapat berjalan dengan cara yang biasa..

tengah sedap dia termenung sambil memikirkan tentang nasib,tak memasal ada satu announcement kedengaran..kuat betol..satu sekolah dengar..


"Perhatian kepada pelajar bernama Zabidi bin Azman,anda diminta hadir ke bilik pengetua sekarang juga..sekian,harap maklum"


kawan-kawan lain dah start tenung Zabidi dalam kelas..yela,nama dah naik..pehhhh


Zabidi terus keluar..tinggal kertas soalan macam tu je..dah tu takkan nak bawak..kalau bawak pun sama je,bukan boleh jawab..

tak berlengah dia terus masuk bilik pengetua...slumber buat muka tak bersalah..kalau buat muka baik ke ape ke,bukan boleh ubah apa apa pun..jenis berfikir sendiri,nak luah pun bukan ada siapa nak dengar..

terkejut sekejap Zabidi..nampak bapak dia ada sekali..duduk depan pengetua..ahh,sudah...ni dah apesal pulak ni sampai bapak datang


"Zabidi,macam ni jelah..kita straight to the point jela..awak nak belajar lagi ke tak.." pengetua berbunyi lembut

"nak.."

"betul ni awak nak belajar lagi?tapi kenapa tingkah laku awak macam dah taknak belajar ni?"

"saya nak belajar lagi ayahanda....."


"hmm..macam ni lah..saya dah berbincang dengan ayah awak tadi..ayah awak dah pun datang buat rayuan untuk awak boleh stay lagi kat sini..sekarang ni saya nak tau keputusan daripada awak pulak..macam mana?"

"saya nak belajar lagi ayahanda....tapi kalau saya nak mintak pindah sekolah boleh tak ayahanda.."

"kenapa awak nak pindah sekolah?"

"sebab saya macam dah down nak belajar kat sini..banyak cikgu yang macam dah give up,kecewa dengan  saya..nama saya pun dah buruk kat sini ayahanda.." Zabidi buat buat suara macam sedih,nak kasi tacing sikit konon..tapi,memang dia tengah sedih pun time tu

"saya faham keadaan tu..tapi,tak payah..awak stay je kat sini..belajar macam biasa..ubah perangai..takpa,pasal cikgu cikgu tu biar saya dengan cikgu Zam fikirkan cara untuk tolong awak macam mana..jangan risau.."

"hmm..baiklah ayahanda.."

"tapi,awak kena janji dengan saya...awak kena berubah..jangan buat kes lagi..kalau diikutkan dah lama awak balik rumah..tapi sebab ayah awak dah datang buat rayuan,saya tutup kes last awak..andai kata awak ada kes lagi lepas ni,walau kecik sekalipun..saya tak boleh tolong dah"

"baiklah ayahanda..saya akan dengar cakap ayahanda..saya janji saya akan cuba"

"dah,pergi masuk kelas semula.."


***


Zabidi tak masuk kelas..dia terus gi jumpa cikgu homeroom dia,cikgu Zamzana..bak kata lain,cikgu penasihat la..Zabidi ni kalau ada apa apa hal,mesti dia gi jumpa cikgu Zam..boleh dianggap ibunya kat sekolah tu..dia suka jumpa cikgu Zam ni bukan sebab apa,sebab cikgu Zam je yang henti-henti bagi sokongan,nasihat dengan semangat kat Zabidi ni..walaupun dia tahu Zabidi ni dah banyak kes,budak nakal..Zabidi rasa cikgu Zam sorang je yang mampu faham..biasalah,mana mana orang pun akan berkongsi cerita dengan orang yang dia selesa kan..


"assalamualaikum.."

"waalaikumsalam..haa,Zabidi..awak dari mana ni?bukan sekarang tengah ada paper ke.."

"saya malas ah nak jawab..bukannye reti pun..add math..kalau jawab pun fail jugak nanti"

"emm..kenapa ni..ada apa apa nak kongsi dengan saya?"

"hmm..taktau la nak cakap macam mana cikgu..saya down dah sekarang ni..sampai bapak saya datang buat rayuan"

"ohh..saya tau pasal tu..saya dah jumpa bapak awak sebelum ni..jadi sekarang macam mana?"

"ayahanda bagi satu lagi peluang kat saya.."

"haa..bagus la macam tu.."

"tapi cikgu..saya dah rasa lain la..saya segan dengan cikgu cikgu kat sini..dengan kawan kawan lagi.."

"hmm..awak jangan fikir macam tu..cikgu cikgu lain taktau semua tentang awak..diorang tak benci dekat awak..percayalah..awak sendiri je yang rasa macam tu.."

"hmmm.."

"dari dulu lagi,sejak awak jadi anak homeroom saya,tak pernah sekali pun saya give up kat awak..sebab saya tahu semua orang masih ada harapan..cuma kena cari jalan je macam mana nak dapatkan yang terbaik..awak boleh..saya yakin dengan awak..kalau saya tak give up nak tolong awak,jadi awak pun kena macam tu jugak..okay Zabidi.."


"okay cikgu..saya janji saya akan cuba untuk berubah..."



dari dulu lagi,sejak dia ada kes pertama lagi..cikgu Zam dah start bertindak..hampir tiap tiap minggu dia akan cari Zabidi untuk diajak bersembang atau berbincang..takpun Zabidi yang cari dia..ahh,same jela..marah,tegur,nasihat,dorongan,semua dia balun..tapi,dia tak pernah give up..sampai lah Zabidi dah ada 3 kes..tak pernah sekali pun dia hilang kepercayaan terhadap Zabidi..






dulu masa lower form,Zabidi baik dengan ramai cikgu..yela,Zabidi ni bukan jenis yang pendiam ke ape..mulut dia memang bising..masa lower form tu dia clean..takda apa apa kes disiplin..tapi,bila dah masuk upper fom,bila dia dah start ada kes..keadaan berubah..pada dia,ramai cikgu yang macam dah lain dengan dia..yela,bila dah dilabelkan budak nakal..biasa lah tu..normal..bukan niat nak burukkan cikgu yang lain..tak sama sekali..sebab Zabidi tak pernah salahkan cikgu cikgu pun..yelah,dah memang silap sendiri..padan lah dengan muka..cuma pada dia,ada beberapa cikgu yang dia rasa dah putus harapan kat dia..tapi bukan semua..ada yang okay..terutama sekali,cikgu Zam..


sejak itu,Zabidi berjaya berubah sedikit demi sedikit..sambil memegang tanggungjawab sebagai orang yang pernah melakukan kesilapan,Zabidi nekad..dalam masa yang sama,dia juga mahu mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan daripada semua cikgu..Alhamdulillah,walaupun tidak secara keseluruhan,dia mampu mengubahnya kembali!






cikgu Zam tersenyum melihat gelagat Zabidi ketika dia sedang berjalan di atas pentas..








Saturday 26 May 2012

Jendol



Darus leka main game kat henpon..entah ape syok sangat main snake..dah la tak power..asal mati je mulut macam longkang maki hamun..kadang maki budak rumah..jenis dah takda modal nak maki siapa..Ceklan perhati je dari jauh..ingat nak ajak ngeteh jap kat warung mak semah..


"weh Darus..jom ngeteh..sedap ni petang petang" Ceklan tegur lembut



Darus selamba...macam tak dengar..khusyuk main game


"oi Darus..kau dengar tak??jomla ngeteh...dah dah la tu main game.." Ceklan dah start paiseh



Darus terus berdiam diri.........






"Pecepekkkkk!!!!!!"



setepek Ceklan beri ke Darus..menjentat jentat ke belakang dahi kena....









Ceklan ngeteh sorang sorang






Thursday 24 May 2012

Guitarist



Dalam keheningan petang,Esah dan Mazlin duduk kat satu tempat ni..dekat dekat dengan area kafe..diorang duduk kat situ..eh berapa banyak duduk lah..ahh,peduli ape aku......mahu ajak bergosip,tak pun berborak kosong mungkin..memang sedap kalau duduk melepak petang petang..cuaca pun tak panas..gelap pun tak gelap..sedang molek orang kata..


"weh,kita nak buat apa kat sini?" Mazlin tegur Esah dengan muka pelik

"entah..aku pun taktau..aku ikut bontot kau je.." Esah jawab sambil tepuk nyamuk kat leher..senget senget kepala tengok..dendam sangat dengan nyamuk tu gamaknye

"eh,apa kata kita main gitar..aku ada gitar.."

"haa.cantik jugak tu...boleh nyanyi nyanyi..suara aku sedap"

"hik hik hik..okay..tunggu jap..aku amek gitar kat bilik"


berlari Mazlin gi amek gitar kat bilik..tak hirau dah orang keliling..bedebak bedebuk bunyi tapak kaki dia hinggap kat lantai..habis laju dia lari..dia rasa dia paling laju dah kat dunia ni..kalau boleh ukur kelajuan dia,boleh kata cahaya tu laju sikit je daripada dia..pehhh


5 minit kemudian..Mazlin datang balik..tangan belah kanan pegang gitar..siap bertali..pehh..Mazlin pegang gitar tu..placing baik punya..sekali pandang sebijik macam najwa latip..cuma keadaan je tak mengizinkan



"eh,cepat la main...aku nak nyanyi ni.." Esah bertempik keriangan..excited

"lagu apa?lagu apa?"

"aku nak nyanyi lagu....salam untuk kekasih..nadia"

"okeh"



Grengggg!!!!



Mazlin start main..Esah pun ape lagi..tak cakap banyak terus masuk...dengan muka muka sekali..berkerut habis dahi menerik suara tinggi..padahal baru start lagu..entah kenapa.....tengah sedap si Esah ni menyanyi,tetibe dia dengar macam tak sedap je..bunyi gitar macam tak masuk..entah ape ape bunyi keluar



"woii!! kau reti main ke tak??!!" Esah tengking


"heheheheheee.........tak" lebih kurang Mazlin jawab dengan muka tak bersalah






 sebelum kejadian..






penyudahnye,Esah amek gitar tu,hempok atas kepala Mazlin..lepas tu terus blah gi minum milo ais kat kafe..Mazlin pulak terus berjuang..masih pegang dan main gitar tu sorang sorang..tak putus asa

Suprise




Kelihatan Wasni dengan Alma sedang rancak bersembang kat atas katil..entah apa jugak lah yang jadi seronok sangat tu..sampai tangan boleh naik sana sini..tangan kanan siap boleh masuk kat celah ketiak belah kiri..entah cerita pasal ape la tu...lain macam..silap gaya,boleh dianggap tengah buat ritual..nasib takda lilin ke benda ape ke..

tapi tak lama..sebab nampak diorang dah penat..kalau dilayan terus,silap haribulan boleh melekat katil kat tingkap budak budak ni kerja kan...



"weh...kau nak tau satu benda tak?" Wasni tanya buat muka suspen sambil jari korek hidung sebab gatal


"ape benda weh..nak nak..cerita lah..." Alma pulak buat muka teruja..terbeliak bijik mata..


"kau tau...Syazwan budak kelas kita tu,sebenarnya tua dengan kita setahun....." Wasni buat suara tinggi


"yeke???!!!" Alma buat buat terkejut...







Alma terus blah..sambung buat assignment....






Kayuh!



"oi,kau dah ready belom?training la..kasi fit" Basir sound

"ahh..tak payah..nanti kita lenjan jela kat sana..nak training mende nye..malas aku" Roy sound balik

"alah..kalau kita training sekali pun,bukannye boleh menang.." Zabidi mencelah sambil garu betis


budak budak perempuan pulak tak amek kisah langsung..seronok sangat makan..dibiarkan saje perbualan antara budak budak laki tu..takleh harap!




Basir,Roy,Zabidi,Forhed,Badat,Piji,Mazlin,Wana, dan juga Nad pergi ke Pahang untuk menyertai program rakit peringkat IPT..jenis pergi tak fikir panjang,tau nak seronok je..bejalan


hari pertama nak berakit tu memang lain macam rasa dia..best betul..nampak ceria di muka masing masing..awal pagi dalam pukul 8 dah start..awal awal tenaga banyak...menyanyi masing masing atas rakit..amboii...

bila dah lama sikit,belum sampai tengah hari lagi..dah nampak letih dah..tapi semangat lagi..kalau awal pagi nyanyi lagu enjoy,kali ni masing masing bantai nasyid sama berzikir pulak..sebab dah taktau nak nyanyi lagu ape dah..

time matahari dah terpacak kat atas kepala,masing masing dah start merungut..panas la,penat la,lapo la..tapi nasib baik ada bot hantar makanan..tapi selera la pulak kan..dah penat cenggitu..dengan panas lagi..tapi tidak untuk Roy..habis semua dia balun..tak peduli ape dah..gemok ni peduli ape

time dah nak sampai petang,hilang semua zikir ape bende...semua dah start nak maki hamun..silap tegur boleh buat bertumbuk..nampak pedoman masing masing makin hilang..muka ketat macam spender Roy..


yang budak perempuan pulak start merengek nak balik cepat..macam macam gaya ada kat atas rakit tu..tapi yang penting,masing masing buat hal sendiri..emo

tapi tengah tengah emo ni,boleh pulak si Basir ni meracau tak memasal..Basir ni orang sabah..biasala orang sabah..dialek dia lain macam..sebutan baku..



"woii..kayuh woiii!! Basir jerit tetibe


"mana kayu mana??mana woii??elak elak!!" Forhed gelabah sambil tangan letak kat dahi


"bukan kayu...kayuh!!" Basir serius





dahlah buruk..slow pulak tu..tapi yang penting sumpah best!!






5 orang yang kat atas rakit masa tu bantai gelak kecuali Basir..sebab dia tengah serius nak kemudi rakit kat belakang..walaupun diorang bukan atlit,tapi masih mampu berakit dah mendapat tempat yang ke 12 daripada berpuluh puluh IPT..pengalaman beb..bukan nye pendek sungai Pahang ni











Wednesday 23 May 2012

Persoalan



Macam biasa,aku masuk kerja lewat..

dah,nak buat macam mana..dah memang aku bangun lambat,masuk kerja pun lambat la..biasanya aku pakai jeans masuk kerja..yang koyak koyak punya..alah,seluar basahan la kata kan..tapi dah tampal laa..aku ni memang jiwa rockers,tapi takdalah pakai seluar koyak sampai nampak kaki..bukan apa,sebab kaki aku banyak bulu..nampak buruk lubang nampak bulu..kalau seluar pendek tu,lainlah cerita kan..

tapi tadi lain sikit..disebabkan semua seluar jeans aku tak kering sebab mak aku baru basuh,aku kehabisan seluar..tak cakap banyak,terus aku sarung seluar pendek je..three quarter..pehh,semat jugek aku rasa..ni kalau pakai baju kaler pink ni,masuk ni..lagi pulak baju tu fit..pehh..aku fikir sendiri..entah sebab apa aku fikir macam tu pun aku taktau..ahhh,lantak lah

sampai je kedai..terus aku gi bungkus bubur..sebab ada pelanggan nak..seorang pakcik tua



"err..kamu ni lelaki ke perempuan?" tetibe pakcik tu sound aku tak memasal

"eh,laki la pakcik..tak nampak ke misai ni??" aku jawab terus tak cakap banyak



"hehe..pakcik ingat perempuan.."






dah apehal pakcik ni??mabuk laut ke ape

Wednesday 16 May 2012

Mak



Edi..nah..amek henpon ni..mak beli..kesian mak tengok asyik kutip yang kat rumah tu je mak tengok


Edi..ni haa mak beli ke mu kasut..teruk sangat dah kasut tu mak tengok


Edi..hari tu mak dah masukkan duit..beli seluar..semua dah koyak koyak mak tengok


Edi..ada duit tak nak ke batu pahat tu..amek la ni sikit buat belanja


Edi..hari ni makan nasi kat rumah..mak masak terung kari


Edi..toksah cara pasal orang..diri sendiri tu je jaga


Edi..mu dah semayang belum nak keluar tu


Edi!!balik makan nasi!!ke mana jugak lah keluar tak reti reti nak balik!!!haihhh!!


Edi..kenapa jadi macam ni..mu nak jadi apa..mak ni pikir ke mu masa depan nanti macam mana..yang senang nanti bukan mak,tapi mu



Edi....mak beleter ni bukan sebab benci..mak sayang anak-anak mak






Selamat hari jadi mak...Allah je boleh balas jasa mak..kita takkan mampu mak..tapi selagi kita mampu,kita buat

Selamat Hari Guru



Sekitar awal tahun persekolahan tingkatan 4


"Zabidi,masuk ke dalam.."


Zabidi masuk ke dalam bilik mesyuarat tanpa sebarang bantahan..diturutkan saje arahan ustazah..kat dalam tu dah stanby cikgu-cikgu lain..nampak Zabidi dalam sedikit ketakutan..maklumlah,orang bersalah memang macam tu...Zabidi kena berdiri kat depan..angkat sumpah

"betul awak pukul budak tu??" ketua warden sergah

"mana ada cikgu..saya tampar je budak tu" Zabidi menjawab


2 minggu Zabidi dengan rakan lain kena gantung sekolah


****

Sekitar pertengahan tahun persekolahan tingkatan 4


Zabidi masuk lagi ke dalam bilik mesyuarat..


"betul awak tengok sekali cerita **&%$# tu?"ketua warden yang sama jugak tanya

"mana ada cikgu,memang saya ada sekali dalam lab komputer tu,tapi saya tak tengok..saya main game pokemon je sorang-sorang" Zabidi menjawab


Zabidi dan rakan rakan lain kena sebat 2 kali,tak boleh keluar sekolah dalam masa sebulan


***

Sekitar akhir tahun persekolahan tingkatan 4


Zabidi masuk sendiri ke dalam bilik mesyuarat dengan gaya yang bersahaja


"betul awak hisap rokok dalam tandas petang tadi?" ketua warden tanya dengan muka slumber


"betul cikgu" Zabidi jawab tenang


"apa nak jadi dengan awak ni Zabidi..teruk betul perangai..belajar pun cikgu tengok,dah ke parit..cuba dengar nasihat cikgu ni..kalau tak dapat jadi pandai pun,dapat jadi manusia biasa pun jadi la.." ramai cikgu sound Zabidi


***


Sekitar awal tahun persekolahan tingkatan 5


"seterusnya,anugerah peningkatan terbaik bagi semester ini,juga dikira sebagai peningkatan tertinggi setakat ini,disandang oleh...Zabidi!!!" cikgu Zam umum nama penerima anugerah pengetua..



Zabidi naik pentas amek anugerah..dapat keluar makan kat resort dengan kawan-kawan yang lain






kalau diikutkan,Zabidi sudah dibuang sekolah sebab dah 3 kes berat..tapi atas sebab kesian dengan rayuan yang dibuat,pengetua bagi can kat Zabidi..dengan usaha dan berkat cikgu-cikgu dan pertolongan kawan-kawan,Zabidi berubah..syukur sebab cikgu tak pernah putus harapan kat Zabidi..kalau dibiarkan,entah apa akan jadi..penyudahnya,Zabidi berjaya habiskan sekolah..takpa keputusan tak gempak,tapi banyak yang dia dah belajar..tiap kali ada cuti,Zabidi pegi masuk sekolah melawat cikgu cikgu sebab konon nak tunjuk baik..padahal sebab dekat dengan rumah..boleh la..kah kah kah! 


bila Zabidi dah dapat rasa jadi cikgu,baru dia faham macam mana rasa dia kalau anak murid nakal semacam..pehh,rasa macam nak meletop! terima kasih cikgu! 





Saturday 12 May 2012

Tak kena




Zabidi bejalan ke dapur..muka habis monyok

pintu aisbok dibuke..

Zabidi capai botol air...

botol diletak semula kat tempat asal..

Zabidi tutup pintu aisbok..





Zabidi terus sambung tidur

Thursday 10 May 2012

Cair



Zamira pegi pekan..nak gi beli barang dapur kata nya..dah lama tak beli..dah takda apa dah barang nak masak..biasa lah,masih bujang..tak merajin sangat nak gi beli barang barang banyak banyak ni..lain lah kalau dah berumah tangga..

dah siap pakai cantik cantik,bertudung lengkap,terus masuk kereta..biasanya dia gi beli barang rumah kat Tesco je..senang..sekali jalan..

tapi,setiap kali nak gi situ,mesti dia singgah kat satu kedai ni..kedai baju..suka betul dia kat baju tu..nak beli,tapi masih tak mampu.sebab mahal..baju tu dah lama dah dia usha..berbulan-bulan jugak




"haiiiii....setiap kali terpandang je cair..." Zamira mendengus sendiri









dah sampai rumah,Zamira baru perasan dia terlupa nak beli kicap

Wednesday 9 May 2012

Suka



"Frimpong suke do cerita kau..pehhh" tetibe Popoy sound




"aku lah Frimpong.."





Pendi gelak kuat kuat kat belakang


Tuesday 8 May 2012

Betina




Pendi bukak pesbuk..banyak notifications..ada la dalam lapan..tapi dia tinggal dulu benda tu..dia bukak inbox dulu..sebab nak reply mesej gadis






"kalau dah kaki betina tu,memang kaki betina jugak...takleh buat ape

Terbang



Seperti biasa,bile hujung minggu,Pendi akan fly ke pekan sebab nak gi beli rokok..lepak sana sekali,gi main game la ape bende la..yela,sekolah asrama tak macam sekolah harian biasa..terperuk je kat dalam sekolah..memang bosan betul kalau dah takda hiburan..lagi-lagi kalau dah jenis perokok ni,stok memang nak kena sentiasa ada..

kali ni Pendi fly sorang..sebab kawan kawan lain taknak ikut..malas katanya..nak belajar kat bilik..Pendi ludahkan aje budak budak tu..jenis bagi alasan nak tunjuk baik..Pendi tak suka..Pendi ni samseng sekolah..ahh,gi lantak kalau taknak ikut..ape ada hal..

Pendi dah lepas keluar sekolah..pagar memang dah berlubang,dah jadi port biasa budak budak semua nak fly..kawan kawan Pendi jugak yang buat lubang tu..Pendi berehat kejap,amek angin..sebab dah penat berlari redah padang sekolah..dalam gelap pulak tu..duduk lepak jap..kat situ ada jalan raya..tapi jalan kecik la..orang tak selalu lalu situ..sebab gelap..

tengah sedap duduk,tetibe Pendi nampak ada satu cahaya..lampu moto..Pendi jadi gelabah..dia fikir tu mungkin warden ke pakgad ke saja nak round situ..ahh,sudah...Pendi taktau nak buat ape..nak masuk sekolah semula,nak kena panjat bukit..kalau panjat,sah sah kena kejar nanti..Pendi kusut..takleh fikir..arghhhh


Pendi bukak baju,terus meniarap kat tepi jalan...pejam mata rapat-rapat..taktau apesal dia buat gitu...gelabah sangat mungkin...dia perasan moto tu lalu slow je dekat dia..tak lama sikit,moto tu terus blah...






Pendi gi pekan samok karaoke kat warung Mak Semah sambil layan rokok suria

Sunday 6 May 2012

Rindu



bagai pahat dan tukul,Pendi dengan Said suka lepak bersama..taktau apesal..nak kate gay,tak..kadang suka ngintai awek rumah sebelah sidai baju..tapi hari ni tak dapat,sebab ada kerja sikit..nak ngemas rumah..Said baru beli lukisan sekeping..nak gantung kat dalam rumah...


"woi,nak letak gantung mana gambar ni woii!!" Pendi ngentan


"letak kat bawah gambar aku tu laa.." Said jawab sambil korek idong


"okay dah.."


"apesal kau letak situ woii?"


"dah kau yang suruh beruk!!"


"letak kat tempat lain laa..kat sebelah sana ke..kat dinding kosong tu haa.."



"kalau gua dah setat begasak jangan buat hal"







Pendi keluar gi beranda isap rokok...

Thursday 3 May 2012

Enjet-enjet semut


"enjet-enjet semut,siapa sakit naik atas...."


"enjet-enjet semut,siapa sakit naik atas...."


"enjet-enjet semut,siapa sakit naik atas...."


"enjet-enjet semut,siapa sakit naik atas...."





Pakkkkkk!!!!

pakkk!!!

pakkkkkk!!!



"nah amek kau enjet sekali....cikgu suruh buat latihan korang main enjet-enjet ehh..."






cikgu Zabidi sengih sorang-sorang kat meja...teringat masa kecik-kecik main enjet-enjet semut

Love



Shamira jalan dengan muka riang..terlompat-lompat..suka sangat agaknye..mungkin baru lepas waktu period..kalau mintak belanja makan,berkemungkinan besar boleh dapat ni..sambil menyanyi lagu "sandarkan pada kenangan",Shamira datang ke arah Zabidi..diorang lepak kat mamak..kebetulan terserempak agaknya


"kau ni dah apesal?tersengih-sengih.." Zabidi sound sambil tengok muscle nye yang makin taff

"hihihi..takda apa-apa...biasa lah,baru balik dating.." Shamira jawab


"ohhh..patut la..ai suka no.."


"wow..best betul rasa..i love being in love..do u know the meaning of love Zabidi? hik hik hik"



"love is full of shits.."





Zabidi bakar sebatang rokok.....sedut

Tuesday 1 May 2012

Pecah



Jamilah masuk bilik dengan muka bengis..taktau kenapa..nak kata datang bulan,taktau nak kate la..sebab takkan dia nak kecoh kat orang dia tengah datang bulan..agaknye ada isu la tu..buat dia marah..muke dah ketat habis..berkerut dahi...hampir jahanam pintu bilik tu dia hempas laju-laju..nasib baik pintu tu kayu dia keras..pehhh,bahaya betul..

berubah muka Mariam,kawan sebilik Jamilah....muka takut..nak tanya kenapa pun tak berani..apetah lagi nak datang dekat...terpaksa duduk je kat katil diam-diam...tunggu Jamilah berbunyi dulu



"aku panas betol lah!!arghhhh!!" tetibe Jamilah menjerit

"kenapa ni Jamilah?siapa kacau kau?" Mariam tanya dengan suara perlahan..takut

"takdela..aku panas betul la dengan orang yang banyak cakap ni..macam dia tau semua..padahal,entah ikut cakap orang je!!"

"siapa?"

"ahhh..siapa-siapa lah!!"



Jamilah capai gelas atas meja dia..gelas tu besar jugak la..ada muat segenggam tangan..kalau minum boleh kembung jugak perut..sambil pegang gelas tu,mulut Jamilah tak henti-henti membebel..kecewa betul dia agaknya..haihhh


"Jamilah..sabar..jangan hempas gelas tu..kot ye pun nak marah..bawak bertenang..."



"mende kau ni?aku nak minum air laaa..."







lepas minum air segelas,Jamilah terus tidur...







Joget



Dulu masa masa sekolah,aku memang cuak betul kalau nama naik kena gi PLKN..khidmat negara..dengar cerita memang benda tu tak best..main panas la,penat la,ape mende la..


tapi bila dah masuk sana..starting memang rasa macam &*@$#..bosan betul..kerja asyik nak taklimat je..bukan nak gi main terus..flying fox ke,ape mende ke..duduk je kat dewan makan dengar jurulatih semua membebel..ada la dalam 2 minggu aku tak stop maki pasal benda ni..


tapi bile dah lepas dalam 2 minggu macam tu..aktiviti dah start tunjuk muka..pagi gi kelas sampai tengah hari..kelas tu pun entah pasal ape aku tak ingat..cuma yang aku ingat kelas tu macam kelas tadika..pakai uniform kaler biru lengan panjang macam posmen..masuk kelas,main kaler-kaler..nyanyi nyanyi...tapi kelas tu rilek je...takda pening pening ajak mengira arus ke voltan ke..takda rumus pun..


aku kat sana dapat jadi ahli company Charlie..entah apa nasib..ah peduli ape aku masa tu..macam takda beza pun..masa tu nampak la semangat berpasukan..makan sekali,tidur sekali..kalau ada competition pun,teamwork kena kuat..best betul..tapi yang tak bestnye..dia punya penat..pehhhh..dah macam sotong kering..kena jemur jela manjang..kulit aku bukan main putih masa sekolah,habis macam tu je..baru ingat nak jadi model spender bile dah besar nanti..haihhh...hitam habis kulit aku..silap-silap sampai ke tulang..


kira sepanjang 3 bulan tu kira best la..pengalaman orang kata..mana boleh dijual beli kan..kan kan kan...

tapi part yang paling takleh lupa aku boleh join team joget poco poco untuk majlis penutup kem..entah siape hasut aku ajak masuk..nasib baik aku ada basic tarian masa kat sekolah dulu..alah,poco poco je kot..semua orang boleh buat..tapi kira best jugak dapat wakil pelatih perform depan orang semua..keh keh keh




cari la yang mana satu aku

Parok




Terkulat-kulat esah dok tenung ke nota subjek voltan tinggi..khusyuk sangat study agaknye..sampai nampak macam dah tak terurus..rambut pun dah naik kusut masai..dah la kerinting,terbiar pulak macam tu....hmm,kalau semut masuk pun boleh sesat tak jumpa jalan pulang..susah sangat agaknye subjek tu..sampai nak kena fokus betul..lagi-lagi dia sekarang pun dia pelajar tahun akhir..


sambil study tuentah ape mende dia bebel sorang pasal rumus yang dia tengok..habis semua orang dia nak makin..tak boleh ada yang tak kena sikit..silap gaya,boleh bawak bertinju kalau salah tegur..kawan sebilik dia,si Mazlin dengan Wana pun tak berani nak kacau sangat..padahal diorang tu kawan baik..tu dia penangan Esah...


tengah sedap menelaah,henpon si Esah ni keluarkan bunyi.."tett tett,tett tettt"..mesej masuk..ape lagi,lincah je tangan dia capai henpon tu..takut pakwe dia mesej..taknak balas lambat,nanti boleh jadi isu..sayang betul dia dekat pakwe dia..bagus..dia bukak mesej tu..hampa sikit dia rasa..sebab bukan pakwe dia yang mesej..tapi kawan dia...Zabidi


"wehh esah,aku ada masalah besar ni wehh......." tertulis ayat kat skrin henpon dia



nampak Esah macam sikit suspen..risau agaknye bile dapat tau kawan dia ada masalah..Esah ni memang baik,dia kalau dah berkawan,memang ambil berat sungguh..semua cerita dia nak tau...lepas tu bergosip..sama je dengan kawan-kawan bilik dia tu..



"masalah ape wei?" Esah reply



"aku tengok cermin tadi..nampak kacak sangat,taff pulak tu..takleh kawal rasa.." Zabidi reply balik









daripada 6 rumus yang Esah hafal,habis tinggal satu je dia ingat lepas tu....