Sunday 27 May 2012

Pelita



Zabidi nampak gelisah dalam kelas..sebab apa,sebab dia taktau macam mana nak jawab soalan periksa..periksa matematik tambahan..bagi Zabidi,soalan tu tak berapa susah,sebab memang dia taktau nak jawab macam mana..jadi,tekanan untuk memastikan jawapan itu betul sedikit..keadaan dia macam seorang budak kecil yang diajar berjalan,tidak pentingkan kualiti,asalkan dapat berjalan dengan cara yang biasa..

tengah sedap dia termenung sambil memikirkan tentang nasib,tak memasal ada satu announcement kedengaran..kuat betol..satu sekolah dengar..


"Perhatian kepada pelajar bernama Zabidi bin Azman,anda diminta hadir ke bilik pengetua sekarang juga..sekian,harap maklum"


kawan-kawan lain dah start tenung Zabidi dalam kelas..yela,nama dah naik..pehhhh


Zabidi terus keluar..tinggal kertas soalan macam tu je..dah tu takkan nak bawak..kalau bawak pun sama je,bukan boleh jawab..

tak berlengah dia terus masuk bilik pengetua...slumber buat muka tak bersalah..kalau buat muka baik ke ape ke,bukan boleh ubah apa apa pun..jenis berfikir sendiri,nak luah pun bukan ada siapa nak dengar..

terkejut sekejap Zabidi..nampak bapak dia ada sekali..duduk depan pengetua..ahh,sudah...ni dah apesal pulak ni sampai bapak datang


"Zabidi,macam ni jelah..kita straight to the point jela..awak nak belajar lagi ke tak.." pengetua berbunyi lembut

"nak.."

"betul ni awak nak belajar lagi?tapi kenapa tingkah laku awak macam dah taknak belajar ni?"

"saya nak belajar lagi ayahanda....."


"hmm..macam ni lah..saya dah berbincang dengan ayah awak tadi..ayah awak dah pun datang buat rayuan untuk awak boleh stay lagi kat sini..sekarang ni saya nak tau keputusan daripada awak pulak..macam mana?"

"saya nak belajar lagi ayahanda....tapi kalau saya nak mintak pindah sekolah boleh tak ayahanda.."

"kenapa awak nak pindah sekolah?"

"sebab saya macam dah down nak belajar kat sini..banyak cikgu yang macam dah give up,kecewa dengan  saya..nama saya pun dah buruk kat sini ayahanda.." Zabidi buat buat suara macam sedih,nak kasi tacing sikit konon..tapi,memang dia tengah sedih pun time tu

"saya faham keadaan tu..tapi,tak payah..awak stay je kat sini..belajar macam biasa..ubah perangai..takpa,pasal cikgu cikgu tu biar saya dengan cikgu Zam fikirkan cara untuk tolong awak macam mana..jangan risau.."

"hmm..baiklah ayahanda.."

"tapi,awak kena janji dengan saya...awak kena berubah..jangan buat kes lagi..kalau diikutkan dah lama awak balik rumah..tapi sebab ayah awak dah datang buat rayuan,saya tutup kes last awak..andai kata awak ada kes lagi lepas ni,walau kecik sekalipun..saya tak boleh tolong dah"

"baiklah ayahanda..saya akan dengar cakap ayahanda..saya janji saya akan cuba"

"dah,pergi masuk kelas semula.."


***


Zabidi tak masuk kelas..dia terus gi jumpa cikgu homeroom dia,cikgu Zamzana..bak kata lain,cikgu penasihat la..Zabidi ni kalau ada apa apa hal,mesti dia gi jumpa cikgu Zam..boleh dianggap ibunya kat sekolah tu..dia suka jumpa cikgu Zam ni bukan sebab apa,sebab cikgu Zam je yang henti-henti bagi sokongan,nasihat dengan semangat kat Zabidi ni..walaupun dia tahu Zabidi ni dah banyak kes,budak nakal..Zabidi rasa cikgu Zam sorang je yang mampu faham..biasalah,mana mana orang pun akan berkongsi cerita dengan orang yang dia selesa kan..


"assalamualaikum.."

"waalaikumsalam..haa,Zabidi..awak dari mana ni?bukan sekarang tengah ada paper ke.."

"saya malas ah nak jawab..bukannye reti pun..add math..kalau jawab pun fail jugak nanti"

"emm..kenapa ni..ada apa apa nak kongsi dengan saya?"

"hmm..taktau la nak cakap macam mana cikgu..saya down dah sekarang ni..sampai bapak saya datang buat rayuan"

"ohh..saya tau pasal tu..saya dah jumpa bapak awak sebelum ni..jadi sekarang macam mana?"

"ayahanda bagi satu lagi peluang kat saya.."

"haa..bagus la macam tu.."

"tapi cikgu..saya dah rasa lain la..saya segan dengan cikgu cikgu kat sini..dengan kawan kawan lagi.."

"hmm..awak jangan fikir macam tu..cikgu cikgu lain taktau semua tentang awak..diorang tak benci dekat awak..percayalah..awak sendiri je yang rasa macam tu.."

"hmmm.."

"dari dulu lagi,sejak awak jadi anak homeroom saya,tak pernah sekali pun saya give up kat awak..sebab saya tahu semua orang masih ada harapan..cuma kena cari jalan je macam mana nak dapatkan yang terbaik..awak boleh..saya yakin dengan awak..kalau saya tak give up nak tolong awak,jadi awak pun kena macam tu jugak..okay Zabidi.."


"okay cikgu..saya janji saya akan cuba untuk berubah..."



dari dulu lagi,sejak dia ada kes pertama lagi..cikgu Zam dah start bertindak..hampir tiap tiap minggu dia akan cari Zabidi untuk diajak bersembang atau berbincang..takpun Zabidi yang cari dia..ahh,same jela..marah,tegur,nasihat,dorongan,semua dia balun..tapi,dia tak pernah give up..sampai lah Zabidi dah ada 3 kes..tak pernah sekali pun dia hilang kepercayaan terhadap Zabidi..






dulu masa lower form,Zabidi baik dengan ramai cikgu..yela,Zabidi ni bukan jenis yang pendiam ke ape..mulut dia memang bising..masa lower form tu dia clean..takda apa apa kes disiplin..tapi,bila dah masuk upper fom,bila dia dah start ada kes..keadaan berubah..pada dia,ramai cikgu yang macam dah lain dengan dia..yela,bila dah dilabelkan budak nakal..biasa lah tu..normal..bukan niat nak burukkan cikgu yang lain..tak sama sekali..sebab Zabidi tak pernah salahkan cikgu cikgu pun..yelah,dah memang silap sendiri..padan lah dengan muka..cuma pada dia,ada beberapa cikgu yang dia rasa dah putus harapan kat dia..tapi bukan semua..ada yang okay..terutama sekali,cikgu Zam..


sejak itu,Zabidi berjaya berubah sedikit demi sedikit..sambil memegang tanggungjawab sebagai orang yang pernah melakukan kesilapan,Zabidi nekad..dalam masa yang sama,dia juga mahu mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan daripada semua cikgu..Alhamdulillah,walaupun tidak secara keseluruhan,dia mampu mengubahnya kembali!






cikgu Zam tersenyum melihat gelagat Zabidi ketika dia sedang berjalan di atas pentas..








No comments:

Post a Comment