Saturday 23 June 2012

Maaf



sudah hampir 23 tahun gua hidup kat muka bumi

tak dapat dibayangkan betapa banyak nya dosa gua..sedangkan sehari,mungkin sudah berapa banyak yang gua sendiri terleka dalam menjadi salah seorang hamba Allah

setiap masa gua berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik,tapi biasalah mesti akan ada godaan syaitan dan kehendak nafsu yang menjadi kekangan

dosa dan nafsu itu abstrak,yang kita sendiri tak boleh nak lihat..gua bukan jenis yang sentiasa diam dan akur dalam melakukan satu perkara..gua suka melakukan banyak perkara..apa yang gua rasa gua minat,gua langgar..gua suka kan kebebasan..apa yang berlaku,gua tahu bukan semuanya betul..sebab gua sedar tahap gua sampai mana..

tapi,bila gua makin banyak keluar,bercakap,bertindak,mungkin gua jadi makin leka..seronok itu sudah pasti,tapi sakit juga akan muncul..takpa,gua redha

setiap kesalahan gua tak nafikan gua memang menyesal..bila kita merasa berat untuk mengaku dan menerima kesilapan sendiri,lagi berat akan kita rasa untuk perbetulkan..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul


yang paling tajam itu lidah
yang paling besar itu nafsu
yang paling jauh itu masa lalu
yang paling berat itu amanah
yang paling ringan itu solat
yang paling dekat itu mati


gua bukan taknak berubah ke arah kebaikan,tapi gua tahu bukan senang..tapi gua tahu,benda ni jugak tak mustahil..gua tahu..takyah nak sound gua banyak kali..

gua tahu macam poyo je main mintak mintak maaf ni..tapi apa lagi yang boleh gua buat..cuba lu semua bagitau...mungkin nampak simple,tapi bagi gua,benda ni penting..langkah pertama gua untuk semua orang..selagi gua masih bernafas





time kat sekolah dulu pun dah buat amali haji..entah bila boleh gi haji betul betul








bagi siapa siapa yang kenal gua,yang pernah lepak dengan gua,yang pernah rasa gua ada buat lu semua sakit hati,yang terambil harta lu,gua mintak maaf banyak banyak..bagi yang menghalalkan,alhamdulillah terima kasih..bagi yang mahu menyatakan apa apa,sila bagitau gua..nanti gua boleh usahakan untuk pulangkan semula apa yang gua dah ambil..gua tak marah,gua cuma taknak jadi orang jahat

4 comments:

  1. gempak.. muka aku ade kat situ.. hoho..

    ReplyDelete
  2. dah 6 tahun berlalu.. semuanya terasa cepat berputar bila tgk wajah2 cilik dlm gambar ni.. skrg, smua dah matured2 belaka! hiks :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..masing masing dengan gaya hidup sendiri..semoga semua berjaya dunia akhirat

      Delete