Wednesday 1 October 2014

Mopper







Gua buka pintu.

gua keluar.

tangan kiri seluk poket uniform.

henfon gua keluarkan.

mata gua ligat melihat gelagat makcik cleaner yang sibuk mop lantai.












"mau pigi mana adik.."

dua orang gadis yang lalu disebelahnya buat taktau..buat tak nampak..



"adikk..mau pigi manaaaa"

dua gadis tersebut teruskan perjalanan..tak tahu ke mana arah tujunya..



"adikk..ada kursus kaa..kursus ada di atas..naik tangga lepas itu belok kiri"

gerak kaki dua gadis terus laju menaiki tangga..sambil muka yang tidak tahu diekspresikan..ego membatasi diri untuk ucapkan terima kasih..malu mungkin.








Tuhan ni kalau nak tunjuk kuasa,tak kira la pangkat apa pun..ingat tu..tak ingat gua tumbuk nanti.

Wednesday 18 June 2014

best story ever














penyu yang berenang renang di lautan,mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan..ombak memukul lembut di persisiran pantai..aahhh tenangnya ku rasa.

Tuesday 27 May 2014

Kolot





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..terima kasih kerana sudi untuk hadir..memandangkan saya ni dah lama tak beri syarahan,jadi rasanya macam nak bersyarah pula hari ini..




Hadirin yang dirahmati sekalian,di sini saya ingin menyeru kepada semua,bahawasanya dunia ini adalah tempat tumpangan untuk sementara,akhirat jua lah tempat yang kekal selama-lamanya..tapi mengapa saya masih leka di dunia ini...Ya Allah.................sedih





Dan satu perkara lagi..kenapa mesti ada lelaki yang meminati lagu encik mimpi..sedihnya saya rasa....geli ketiak saya mendengarnya.........."ku benar benar sayang,pada dirimu oh kasihku"..eh kepala bana apakah ini.





Okay itu sahaja yang ingin saya perkatakan hari ini..terima kasih








eh kat mana pulak ubat cirit ni





esok gua pulang bercuti..doakan keselamatan gua

Saturday 26 April 2014

Pendengar Terbaik






Azlan berlari pantas..sambil berlari sambil melihat jam di tangan..ah tak sempat ni!



debaran semakin kuat melanda..degupan jantung semakin kencang..darah semakin laju bergerak..Azlan tidak berhenti berharap dan berdoa..maklumlah,kali pertama akan bergelar bapa.




BANG!!!



pintu ditendang...ganas..rakus...terangkat sebentar seorang pakcik yang sedang tenang duduk dalam kerusi roda di sebelah nurse yang cantik itu...entah apa yang dibuatnya,tak tahulah..hmm.




"isteri saya mana??bagaimana dengan isteri saya??anak saya??"  

3 das soalan ditanya berturut turut membuatkan nurse itu menggelabah,lantas segelas milo panas di tangannya terus diteguk sekali jalan..meraung sebentar kepanasan..nasib baik ada pakcik kerusi roda tadi..terus elok...hmm musykil




Azlan terus berlari mencari isterinya..tidak sanggup lagi menahan diri untuk mengetahui keadaan..adakah isterinya selamat melahirkan anak..atau sebaliknya...dan alhamdulillah dia berjaya..isterinya terdampar kepenatan..yelah,mana ada orang bersalin terus sihat boleh pergi ambil joran..terus dikucup dahi isterinya itu..dengan penuh rasa kesyukuran.





"Tahniah encik Azlan,awak berjaya mendapat anak lelaki..saya dah cek keadaan dia,dia sihat..sekarang awak boleh lah azankan anak awak ni"




"baiklah doktor" jawab Azlan






lantas Azlan mendukung anak lelakinya itu,dan menuju ke arah penjuru wad..nafas dihela..wajah anak didekatkan dengan wajahnya...Azlan menarik nafas.............




.
.
.
.
.
.
.
.




"ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBARRRR!!!!!!!!!"








"Woiiii kau ni nak azankan anak ke nak panggil orang semayang!!..tau la tak dosa,tapi elak aku pulak yang berdosa bunuh orang kejap lagi ni karang...."

Doktor Ezzat berang.










harap gua tak begini suatu hari nanti

Friday 14 February 2014

Permata Hatiku






"Terima kasih cikgu!!"




Cikgu Mardiah keluar kelas..lantas berubah suasana kelas 3 Kemboja..maklumlah,sudah bermula waktu rehat..ada yang berlari keluar ke kantin,ada yang berzapin,ada yang azan tak semena mena..entahlah,apa kena dengan mereka,tiada siapa tahu..guru besar pun pening kepala



Deris dan Khairi mula bersiap siap..kaki seluar dilipat,kasut diikat kemas,tangan diurut urut..sempat juga deris menggosok ketiak sekali lalu dan hidu..test bau mungkin..hmmm,hamis.



pokok ciku dituju..keadaan di bawah redup seperti hari hari yang sebelumnya..mereka menyeluk kocek seluar..dan yaa...guli dikeluarkan..



Khairi memulakan langkah..cantik..permainan menjadi semakin sengit..Deris juga tidak kurang hebatnya..dia antara murid yang pegang title "champion guli" di sekolah,selain murid paling pantas berlari bila orang klinik datang suruh cek gigi..



"no bidis" deris serius.


.
.
.
.



"no bidis tengkorak kau!!hutang guli aku bila nak bayar!!!" Asyraf teriak




Khairi terdiam..kaku..tak mahu masuk campur dalam urusan antara Deris dan Asyraf...Asyraf terus menerus menekan Deris,mendesak supaya hutang guli dibayar dengan guli..Deris cuba mengelak..tak mahu berikan gulinya kepada Asyraf..


Asyraf terus berkeras..lantas tangannya dimasukkan ke dalam kocek kiri Deris..Deris meronta ronta..Asyraf terus berkeras..cuba mengambil guli di dalam kocek Deris..dan kelihatan Asyraf tersenyum..sudah dapat mungkin..terus dicekup dan ditarik keluar tangannya....namun,tiada guli kelihatan di tapak tangannya...


.
.
.
.
.
.
.
.
.



"tu bukan guli la bodohhhh.....aaaaaaahhhh!!!!!"








deris menangis sambil cangkung..Khairi pergi main guli dengan Safwan

Saturday 8 February 2014

Kembali ke sarang






arhhhhhhhhhh!!!!

Muo menguap sambil pegang bisep kanannya yang tak berapa nak ada shape


"Hmm...nok wat mende hari ni" getusnya sendiri

selimut ditarik,bantal dicapai..ahh..posisi menghadap kiblat,muo baring terkangkang..terkadang jari tergentel anggota badan di bawah pinggang..ah tak senonoh..muo memang begitu,sudah menjadi tabiat sejak dia putus hubungan dengan kekasihnya..bukan dia tiada rupa,cuma.....entahlah..



tidak sampai 5 minit,muo sudah hampir terlena..terasa begitu damai..pintu ke alam mimpi sudah terbuka..ibarat pintu hatinya yang sudah bersedia untuk mencari pacar baru..


mata dipejam..lena..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Eeeeeeeeeeeeeeeeee.......pommm!!!!!!






"mu nok gocoh???nok gocoh ke???mari ahh mari sini..natang!!!"




ho mari ah nok gocoh


melompat member tengah tidur bunyi mercun sebelah telinga..setan punya badad

Kembali ke sarang






arhhhhhhhhhh!!!!

Muo menguap sambil pegang bisep kanannya yang tak berapa nak ada shape


"Hmm...nok wat mende hari ni" getusnya sendiri

selimut ditarik,bantal dicapai..ahh..posisi menghadap kiblat,muo baring terkangkang..terkadang jari tergentel anggota badan di bawah pinggang..ah tak senonoh..muo memang begitu,sudah menjadi tabiat sejak dia putus hubungan dengan kekasihnya..bukan dia tiada rupa,cuma.....entahlah..



tidak sampai 5 minit,muo sudah hampir terlena..terasa begitu damai..pintu ke alam mimpi sudah terbuka..ibarat pintu hatinya yang sudah bersedia untuk mencari pacar baru..


mata dipejam..lena..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Eeeeeeeeeeeeeeeeee.......pommm!!!!!!






"mu nok gocoh???nok gocoh ke???mari ahh mari sini..natang!!!"




ho mari ah nok gocoh


melompat member tengah tidur bunyi mercun sebelah telinga

Wednesday 8 January 2014

buku teks bab 1






jam tepat 6 setengah..


Bidin bingkas bangun,capai tuala..


baju kemeja disarung,tali leher diikat,rambut disisir rapi..kacak


ramai jururawat asyik usha bidin ni,tapi dia tak endah..biasalah,brader brader kan..


bidin masuk kelas..duduk di belakang

.
.
.
.
.
.
.
.



"okay kelas,hari ni kita belajar bab 1,bab  jirim.."







bidin pening,jenis dekat 7 tahun tinggalkan zaman sekolah..otttaaa die