Saturday, 26 April 2014

Pendengar Terbaik






Azlan berlari pantas..sambil berlari sambil melihat jam di tangan..ah tak sempat ni!



debaran semakin kuat melanda..degupan jantung semakin kencang..darah semakin laju bergerak..Azlan tidak berhenti berharap dan berdoa..maklumlah,kali pertama akan bergelar bapa.




BANG!!!



pintu ditendang...ganas..rakus...terangkat sebentar seorang pakcik yang sedang tenang duduk dalam kerusi roda di sebelah nurse yang cantik itu...entah apa yang dibuatnya,tak tahulah..hmm.




"isteri saya mana??bagaimana dengan isteri saya??anak saya??"  

3 das soalan ditanya berturut turut membuatkan nurse itu menggelabah,lantas segelas milo panas di tangannya terus diteguk sekali jalan..meraung sebentar kepanasan..nasib baik ada pakcik kerusi roda tadi..terus elok...hmm musykil




Azlan terus berlari mencari isterinya..tidak sanggup lagi menahan diri untuk mengetahui keadaan..adakah isterinya selamat melahirkan anak..atau sebaliknya...dan alhamdulillah dia berjaya..isterinya terdampar kepenatan..yelah,mana ada orang bersalin terus sihat boleh pergi ambil joran..terus dikucup dahi isterinya itu..dengan penuh rasa kesyukuran.





"Tahniah encik Azlan,awak berjaya mendapat anak lelaki..saya dah cek keadaan dia,dia sihat..sekarang awak boleh lah azankan anak awak ni"




"baiklah doktor" jawab Azlan






lantas Azlan mendukung anak lelakinya itu,dan menuju ke arah penjuru wad..nafas dihela..wajah anak didekatkan dengan wajahnya...Azlan menarik nafas.............




.
.
.
.
.
.
.
.




"ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBARRRR!!!!!!!!!"








"Woiiii kau ni nak azankan anak ke nak panggil orang semayang!!..tau la tak dosa,tapi elak aku pulak yang berdosa bunuh orang kejap lagi ni karang...."

Doktor Ezzat berang.










harap gua tak begini suatu hari nanti

2 comments:

  1. kah kah kah kah.. syaitan syaitan.. meraung real ke ni?

    ReplyDelete
  2. haha..rekaan je pert..iktibar

    ReplyDelete