Wednesday 27 January 2021

Bersatu

 

“Haijat,jom lepak minum dulu”

“okay jom”


Umar dan Haijat singgah di warung Wak Piji..cuaca panas membuatkan mereka sangat dahaga selain panas akibat dikecam teruk hanya kerana bola sepak.Mereka masih cuba melupakan perkara yang telah berlaku sebelum ini.


“eh Haijat..macam kenal la orang tua tu..cuba kau tengok”

“aah la..adui..menyampah la aku kat orang tua ni”


Haijat dan Umar sengaja berbual dengan nada yang kuat untuk menarik perhatian orang tua yang dibencinya itu.Dan mereka berjaya.


“Pakcikkk!!..beli ape tu..bekalan untuk masuk gua ke??!!”

.

.

.

.



Umar dan Haijat balik rumah dalam keadaan muka bersalut milo..Pakcik Izman terus tidak kelihatan sehingga harini setelah ape yang berlaku.

Sunday 17 January 2021

Kaki Di Mulut

 


Kokk kok kok kokkkkkkkkkk!!!

Kedengaran bunyi ayam jantan berkokok.Umar bingkas bangun lantas mencapai tuala.Jika sebelum ini Umar akan membelek telefon bimbitnya terlebih dahulu apabila bangun tidur,tetapi tidak untuk hari tersebut.Dia tahu dia akan diejek oleh rakan rakannya yang lain.Tidak cukup dengan rakan rakan,teman wanitanya pun kadang kala sama naik oleh kerana berbeza minat dalam hal bola sepak.Malahan lebih teruk.

Selepas selesai bersiap,Umar terus mencapai kunci motosikal.Dia terus bergerak menuju ke rumah Haijat Paiji.Kebetulan Haijat sedang bercuti di rumah.Dia mengajak Haijat ke pusat latihan snuker berdekatan di pekan.Dalam perjalanan,sempatlah mereka berbual kosong.


“Bila kau sampai kampung Jat??!!”

“aah!!!”

“game malam tadi kau tengok tak??!!!!”

“hahahaha..tu la pasal!!!!

.

.

.

Oleh kerana kurang dengar,mereka hanya mengikut logik perbualan semata mata.



Apabila mereka tiba di satu simpang tiga,Umar hilang kawalan lalu hampir terlanggar seorang pakcik.Pakcik tersebut terbabas ke dalam semak sehinggakan mulutnya hinggap ke rumput tebal.Mereka semua kaku akibat terkejut.


“Macam mana kau bawak moto ni?”

“eh,pakcik Izman..maaf pakcik,saya tak sengaja”

“kau tau tak jatuh la air muka aku kalau janda sebelah nampak aku gigit rumput”

“maaf pakcik..maaf”

“kau berdua nak ke mana ni laju laju..duduk jela diam diam dalam gua”


Pakcik Izman berlalu pergi..Umar dan Haijat terdiam






Umar dan Haijat bermain snuker dalam keadaan muka ketat setelah melihat baju yang disarung oleh Pakcik Izman merupakan jersi Manchester United