Tuesday 25 December 2012

Pirates of the Caribbean








teringat masa taim zaman gua budak sekolah dulu...






*******







"edi,hari ni nak outing?"

"kenapa bah?ada nak gi mana mana ke?"

"ikut jela..kejap lagi abah amek"

"okay"








4 beranak naik bot pusing pusing pulau..bukan main suka lagi gua..tak dan dan bot turun air gua dah tegak batang leher tak sabar nak tengok pulau...mak gua tenang,kelihatan cantik seperti biasa..bapak gua jadi *tekong..kenyit kenyit mata kena angin,sambil rokok *cokeng kat mulut..bapak gua nampak cool..gua sama abang gua dah terkinja kinja seronok dapat jalan jalan..jenis tak pernah..cantik betul pulau kat depan depan ni rupanya..





20 minit kemudian....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



uwekkkkkkkkkk!!!









anak buah gua dah besar rupanya...









cerita sini habis sini..gua mabuk laut...pui!




p/s :

tekong = pengemudi bot
cokeng = gua taktau nak terangkan macam mana


Wednesday 19 December 2012

Ais krim pop






lagu mende jugak la mu dengar ni ika..



ala abang edi ni,biar lah...ika nak dengar


lagu merepek


alah,abang edi bawak jela kereta tu diam diam


tu lah budak sekarang ni,mengarut mengarut je lagu..

















sampai ke sudah gua layan..best jugak lagu ni..kehkehkeh..pui!

Thursday 13 December 2012

Man of the match






ye bang,nak apa?



bagi rojak satu dik..



okay...



eh dik,taknak lengkuas eh



aaaaaaa...bang,rojak sini memang tak letak lengkuas bang



eh eh..apa nama benda yang putih tu?



ni sengkuang nama dia bang



haaa..sengkuang..hahaha..taknak sengkuang eh








ni nama dia sengkuang








haa yang ni pulak lengkuas nama dia










tak pernah dibuat orang rojak letak lengkuas..kalau rasa lu power,lu terai ah *pepak lengkuas tu hidup hidup..tengok macam mana pegi anak tekak lu.



*pepak = kunyah/makan/gigit



sampai ke petang gua rasa nak ketawa..pui!

Tuesday 11 December 2012

Famous last words






Babi.



binatang yang paling terkenal di muka bumi Malaysia..mungkin juga di negara lain..mungkin


kali ni gua nak cerita pasal babi.


pasal gua tengah menyirap dengan binatang ni.


tapi pasal apa?adakah dia mengganggu gua tidur?adakah dia guna moto gua lepas tu tak isi minyak?


bukan.





dan kenapa binatang ini dipanggil babi?






pasal perangai dia memang macam babi.
kalau dah kata nak melintas,tak pandang kiri kanan..tegak batang leher berlari.
nasib baik gua tak langgar..alamat kalau dah tergolek kat situ,dengan gua sekali join.
tengah malam pulak tu!

babi punya babi..pui!










tadi gua tengok berita,pasal anjing boleh bawak kereta..tepuk dahi terus gua kat situ..hai lah dunia..elak lepas ni gua selisih je dengan anjing kat jpj nak renew lesen.



Monday 10 December 2012

The Great Message






Gua tengok jam..hari cun.."mancing sedap ni",getus gua dalam hati..tapi tu cuma angan angan,sebab gua tengah kerja,mana boleh nak gi mancing tiba tiba..mau kena pelangkung dengan tokey gua karang..takpa,gua redha..tunggu Deris balik kampung,baru gua mancing..thats it!..gua tetiba speaking dalam hati.


gua capai henpon pulak..persoalan yang berbuku dalam kepala hotak gua selama beberapa hari,gua cuba nak sampaikan kepada kawan gua..minta pendapat,sebab pada gua dia lebih berilmu dan arif pasal benda ni..


gua unlock keypad...




"antara solat sendiri di rumah dan kemudian membaca Al-Quran,dan pergi ke surau atau ke masjid untuk solat berjemaah,mana lebih elok"

gua taip lincah..pasal takut tokey nampak.







"tenet tenet tetttt!" henpon samsung gua berbunyi..





"solat berjemaah adalah lebih baik..cabaran hebat untuk lelaki adalah solat berjemaah di masjid,dan cabaran hebat untuk perempuan pula adalah menutup aurat.Berjemaah di masjid manfaat dia adalah untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling dan amat digalakkan dalam Islam.Perkara ini boleh dirujuk kepada hadis hadis sahih.boleh la google ke."


lebih kurang macam tu lah mesej kawan gua tu bagi..





"terima kasih" gua reply balik.





kawan gua tu perempuan,kawan sekolah gua..gua malas nak tanya ustaz ke,imam ke pasal gua segan..ihiks!


p/s : kadang kadang amalan baik tu perlu dibuat buat dulu,supaya nanti dapat didik jadi lekat terus


gua cuma nak berkongsi..maaf kalau gua nampak noob..pui!

Monday 3 December 2012

The Last Wish







Dulu,masa zaman nabi dulu..haaaaaaaaaaaaaa..ni gua nak cerita ni







setiap nabi ada doa yang terakhir..sebagai contoh,Nabi Noh guna doa terakhir dia,maka tenggelam lah umatnya dalam banjir yang amat besar..



Nabi Musa,guna doa terakhir dia,tenggelam jugak umat dia...





tapi Rasulullah S.A.W kita,tak guna doa untuk yang macam tu..agak agak lu semua,bila dia guna?



Nabi kita guna doa terakhir masa ajal dah dekat..ketika malaikat Izrael mencabut nyawa baginda,nabi merintih "ummati..ummati..ummati (umatku).." sambil meminta kepada Allah, 






"Ya Allah, izinkanlah aku merasai bagaimana sakitnya sakratul maut umat ku nanti sebelum mereka manghembuskan nafas yang terakhir".










lu tengok,betapa sayangnya Nabi kat kita..dia boleh doa sampai macam tu sekali..rasa sayang yang begitu hebat...tapi kita?ada kita ingat semua tu?ada kita ikut apa pesan nabi?ada?semua pakat samok kat dunia yang entah apa apa ni...wallaweiii!!ingat ingat la woi..!



sebenarnya gua pun dengar benda ni kat radio..ihiks!

Wednesday 28 November 2012

Kartunis






Tetettt!




gua tekan mesej




1 mesej diterima Pert





"gua dapat intebiu sarekat katon"











semoga lu dapat kerja sana

Sekolah







waaa..awak banyak pandai aa potong rojak



aaaa...... *gua bangga*



aaaa..selalu banyak ni tokey kata 3 ringgit je



aaaa..okay



awak pandai tangkap ikan kat laut?jadi nelayan?



aaa..tak pandai  *gua sengih*



aiya..awak patut pergi tangkap ikan wo..pasal lu muda lagi..patut muda muda macam ni pergi tangkap ikan kat laut..baru dapat rasa ikan orang muda..tengok sekalang ni semua orang tua...aiya,itu kemahiran hidup tau jadi nelayan..nanti kalau awak tak ke laut,siapa nak ke laut aaa..apa la awak ni











tak masal gua kena sekolah dengan cina....pui!


Sunday 25 November 2012

Cerita masa katil





"adik,tidur la kat sanaa...."





"taknak taknak taknak!!!" Pert hentak hentak kaki sambil kesar air mata kat pipi




"kenapa ni dik??"




"takut!! ada hantu kat atas tuu...!!" Pert beriya













Pangg!!!!!!









"mana ada hantu kat situ!!!"













ini kawan gua Pert..dia kini sudah berjaya peroleh segulung ijazah..tahniah Pert!















dekat situ jugak Pert tidur lepas kena lempang sekali dengan bapak dia

Fruit Queens..ah bedal jelah..peduli apa gua salah tulis






"makcik,boleh bawak balik?" Yaya sound



"makcik,ada tempoyak?" Yaya sound



"makcik,buah manggis takda?" Yaya sound




"pakcik,bunga kantan ada?" Yaya sound lagi



"eh kitorang nak solat asar dulu" tiba tiba Ham mencelah



"aku nak semua rambutan ni!" Fida tak ketinggalan..tak padan dengan kecik









si dungu pert ni bergalak dapat durian,padahal dia orang pontian












kami di syurga buah buahan











Yaya memang power..memang power
Ham pulak jenis tak reti menyabo nak solat..pak imam pun belum ketuk mic lagi nak azan

Saturday 24 November 2012

Hero






"okay,siapa dulu?"




"saya saya!!saya nak dulu!!"








gua buat hensem.









.............








"hai hilang dah hero?tadi bukan main.."













macam tu je bapak gua sound...telentang gua atas katil tahan sakit..

jenis bius kat *&^*$ dah hilang..

sumpah gua taknak sunat lagi dah..

pui!



Monday 19 November 2012

Black market






assalamualaikum..





waalaikumsalam mak cik....ye cik,nak apa cik...





aa......mak cik nak kamu..boleh?






....................................................














market gua kat makcik makcik ke??puii!!

Tuesday 13 November 2012

The road not taken





pilihan


masing masing ada pilihan


sebelum membuat pilihan,kita berasa yakin bahawa pilihan itu betul


jika pilihan itu adalah pilihan yang betul,maka kita bertuahlah kita


bangga dengan tindakan,megah dengan hasilnya


jika salah,selalu kita akan cakap 'kalau aku tau,aku pilih jalan lain"


marah diri sendiri,salahkan keadaan











tak perlu nak cerita pasal kalau,sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku..kita tak nampak masa depan

bergembiralah di dunia ni,hidup sekali je beb..

Friday 2 November 2012

The best relationship







kita selalu risau untuk menjaga hubungan dengan manusia..dengan kawan kawan,kekasih,dan juga orang lain..



ada yang anggap diri doktor love la,konon tolong bagi nasihat kat kawan kawan..konon power laa kan..tak kisah la tu..bagus la..gua apa peduli



tak balas mesej,dah risau..

tak angkat panggilan,dah risau..

tuhan panggil suruh kau solat,ada kau risau?









tapi kita ni selalu fikir ke pasal hubungan kita dengan tuhan?ada?

ni yang gua nak marah ni woii!!










gua sendiri pun kadang kadang begitu juga

ihiks!

Sunday 28 October 2012

fewitt!





amal tanpa ilmu   =   bodoh




ilmu tanpa amal   =   gila








takda ilmu,lepas tu tak beramal   =    bodoh gila










cara?

Saturday 27 October 2012

Sembilang Kuala Mersing






wek eh codoh



wek eh cendek



wek eh selow perangai



hek eh ai annn...










faham?



Thursday 25 October 2012

Kasih orang muda





aaaa...bang kasi kacang tanah 2 kilo




kau nak buat apa sampai 2 kilo?kenduri kawen?



eh..sori sori..2 ringgit je bang



kau lain kali fikir dulu baik baik sebelum datang kedai aku...aku tumbok muke kau karang!









penat gua agah dia..bukan dia pandang gua pun..cis











selamat menyambut hari raya haji..semoga yang di tanah suci sana selamat menunaikan ibadat haji,dan kita semua di sini mendapat keberkatan daripada Allah




Wednesday 24 October 2012

Makbon




weh jom ah gi belakang


buat apa??


belakang rumah kau banyak pokok pandan kan


aah..nak buat apa?


jomla..cari king


haa..cara jugak tu..jom jom...belakang rumah bersepah sepah king


cantekk!!






***




pecepekkkk!!!



ni makbon bodo!!!










menatang ni selalu budak bela letak dalam kotak kaset..lepas tu sebelum bergasak tiup dulu dalam tapak tangan..nak kasi power kononnya..gua pun taktau apa function tiup tu










makbon tu jenis macam ni jugak,tapi bontot dia besar..betina..mana nak bergasak..budak tak suka






Zamirul menangis masuk rumah pasal dah kena tepuk kat dahi dengan Maruwan

Saturday 20 October 2012

Gusim






Hazim terduduk..dari bahu,darah mengalir pekat..luka yang besar membuatkan darah membuak buak menitis ke tanah..adakah tembakan Dubin itu tepat mengenai sasaran,atau luka itu terjadi kerana geseran pada batu atau pun pokok yang menahannya daripada terus terpelanting..


tiada lagi tenaga,habis digunakan untuk mengelak daripada serangan 3 askar Dubin yang lengkap bersenjata.


lengan baju yang tertera lencana confront dikoyakkan..tiada guna lagi,setelah ia hancur dan terbakar..luka yang besar itu segera dibalut dengan kain..mata dipejam,menahan kesakitan..dia cuba menenangkan diri,untuk berfikir apa langkah yang perlu diambil selepas ini..takut,sakit,marah,semuanya bercampur aduk..


Dubin sangat kuat dan bijak..bergerak secara berkumpulan dan mempunyai strategi pertempuran yang sungguh di luar jangkaan akal manusia..senjata yang canggih membuatkan mereka semakin sukar untuk ditewaskan..sedangkan mereka itu hanyalah askar bawahan,belum lagi orang atasan mereka menunjukkan belang


enam sekawan terpisah,akibat letupan..dan satu daripadanya mati..Hazim terpaksa menamatkan riwayat ahli pasukannya sendiri,untuk mengelakkan virus merebak..jika tidak,manusia akan terima bencana...tiada pilihan,selain bunuh..










bersambung..

Friday 19 October 2012

Bidan





Gua ni seorang lelaki yang lahir normal seperti orang lain


Gua tahu tempat kelahiran gua di mana





"Mak,bidan yang sambut kita lahir tu ada lagi?"


"entah lah..mak pun taktau..benda dah lama..mu nak buat apa?"


"kita ingat nak cari dia la mak...nak jumpa dia...nak ucap terima kasih sebab sambut kita lahir dulu"












setahu gua bidan tu dipanggil "Kak Teh" masa kat jemaluang




Saturday 13 October 2012

Hulubalang Pendekar Sakti






woi Asmara!!mari ke sini kau!



apehal??



sini laa!!



apehal kau ni??aku tengah sibuk ni!!



sibuk apa ke benda nya!!setakat main snake kat henpon tu!



yela yela...apesal?



tolong aku jap



tolong apa?



tolong flush taik kau ni sebelum aku radak muka kau dengan pam tandas ni....nama bukan main asmara,rambut siap belah tengah,tapi perangai macam setan berak tak flush!


















nama cantik tak semestinya berak dia flush

dan sebenarnya gua rasa nak berak ni,itu pasal gua post pasal kebersihan tandas

ihiks!


Friday 12 October 2012

Masyam





Hafiyyy.....sini meh kat Paktam


hmmmm....



pehhhh!!!!masyam!!bau cuka!!






budak ni suka buat hensem depan kamera..tapi jangan sampai dia melungkup,jenis marah sendiri sebab tak boleh nak naik kepala..benda baru lagi







jenis cium kat belakang kepala budak..tempat peluh berkumpul,dan dan gua senjah

Saturday 6 October 2012

Paradigma




Kelihatan banyak kelibat manusia di sekitar warung rojak Azian


keletuk keletak!!keletuk keletak!!


bunyi parang hinggap di papan pemotong semakin laju rentaknya..mungkin si pemotong rasakan kerjanya semakin banyak dan perlu diselesaikan dengan segera..untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekecohan pesanan lambat sampai..kadang orang ni tak tahu apa itu erti kesabaran..dunia



gua tenang di sudut kedai...tisu digentel gentel


"nak buat apa malam ni ekk" getus gua sendiri


handphone diunlock..tiada sebarang perubahan..tiada mesej,tiada panggilan yang tidak dijawab..gua tenung pada skrin,terpapar digit digit yang agak besar,menunjukkan waktu sudah berada pada 15:36..gua tarik nafas lega






.......................






jika hari ni kita gembira,esok lusa belum tentu apa emosi kita..





Friday 5 October 2012

Sukaneka




apa plan kita esok?


aaa...taktau la..budak budak ni kata nak berkaraoke


gua tak kisah mana mana..ikut je..tapi lepas tu,nak buat apa?


aaa...kita buat  sukaneka nak?






ada satu kawan ni kadang kadang tak reti nak simpan bebal dia

Thursday 27 September 2012

Untuk Dia





untuk dia,hey!

untuk dia,hey walley walley,pui!!





bla bla bla bla bla...





Senyum mu menawan menawan

Kau buat hatiku tertawan


Ada sesuatu yang kau perlu tahu


Tentang diri aku dengan lelaki itu


Meski dia bisa beriku apa sahaja


Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)


Itu bukan segalanya










dasar lagu untuk perempuan nak curang

awal awal dulu bukan main mabok pakwe tabur duit

dah jumpa laki lain yang sweet sedap sikit mula miang..

puiiii!!





apa apa pun gua tak benci najwa latip..keh3

Tuesday 18 September 2012

Nervous




aaa..




mmmm..





hmmmmmm.....












sampai ke sudah gua kelu

nervous betul bila depan dia

ihiks!




lama tak menulis..gua taktau nak tulis apa

Sunday 2 September 2012

Al-Fatihah buat mu Sahabat




Perginya seseorang yang aku kenal

yang pernah rapat dengan aku

ajak aku panjat gunung

ajak aku pergi kenduri

ajak aku pergi open house

ajak aku kemas rumah dia

teman aku makan

belanja aku bila aku takda duit

bawak aku keluar naik kereta



jadi teman ketawa aku

jadi teman gadoh aku

biarpun kadang kadang aku rimas dengan keadaan tu

tapi aku tak pernah mintak dia yang akan pergi dulu





demi Allah aku terkilan sebab tak dapat tunaikan hasrat dia nak jumpa aku

aku bersalah oleh sebab ego yang tinggi

belum sempat untuk aku memohon maaf buat kali terakhir

aku tak sangka dia akan pergi sekarang,ke tempat yang paling jauh





Eip,

aku halalkan makan minummu

aku maafkan segala silapmu











mungkin dia tak layak untuk hidup kat dunia yang entah apa apa ni

mungkin dia lebih tenang kat sana

Prek,kuatkan diri kau..Eip pergi atas urusan Allah....


Al-Fatihah







Tuesday 28 August 2012

Bendera Malaysia





di macam mana ni di..hari dah gelap ni


rilek rilek..dah nak sampai dah ni..sikit je lagi


aku tak nampak macam dah nak sampai puncak je ni


dah tu takkan kau nak naik khemah kat sini



**



yeahh!! berjaya!!lincah lincah


yess!!


pehh sejuk gila ni di...naik api cepat la..nak masak lagi ni


nak naik apa macam mana..angin kuat ni din..kabus tebal..berembun


habis tu macam mana??budak budak dah gigil sejuk ni..dah la baju semua basah kena hujan


takpa..kejap aku cari benda nak bakar


okeh..aku setting tempat tidur jap



***



kat situ ada satu bendera Malaysia orang tinggal..mungkin sebagai tanda diorang dah tawan puncak gunung Nuang..



sori bendera,gua terpaksa,,sebab dah takda benda kering lain dah gua nak bakar..sori






"bedebukkkk!!!"





akibat api terpadam,gua dah tak nampak jalan..lutut kanan gua berlaga dengan batu..berlubang juga..dia punya sakit,tak boleh nak bayangkan dengan kata kata..







kerek betul masing masing sebelum naik










lain kali,jangan cari pasal dengan bendera negara kita..berdaulat tahu


selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55




Monday 27 August 2012

Majlis tari menari 2






"bekal ni kau bawak balik ehh..kau tu bukannye berduit sangat"

"wallaweii!!!"

"ni siapa yang makan sampai 4 mangkuk ni??"

"jangan harap kau dapat masuk gambo..keh3"


"kejap aku nak cek kredit aku"

"sedaplah sangat makanan ni...hmmmm"


"min..pinjam moto..tapi nanti kau takleh pinjam moto aku tau"


"kepala hotak makan mi sampai terpercik kuah ke mata orang sebelah"

"sedap jugek minum air ngadap tiang ni..boleh jadi trend ni"


"benci betul aku duduk sebelah megat ni..dah la kepala macam telor..serabot!!"

"malam ni kita ronda..kau jalan depan"


"tau la aku ni lurus bendul..tapi takyah la suruh aku buat kerja ni..nasib nasib"


"fuhh sedap betul taik gigi cina sebelah ni..makin selera aku makan"


"sementara orang tengah ramai ni,baik aku tunjuk terer kopek tebu..hah!"\

"bila pulak ulat gonggok ni masuk air aku..ah hentam jela..bukan orang tau"


"yusnur...jangan main mercun..takmo takmo"


"aduh perit nye rasa kena kuah mi bandung kat jerawat!"


"woii faroq!!kau ni kerja nak mencekik je!!sampai air aku kau sebat!tahi!"












segala caption yang dibuat adalah rekaan semata-mata..tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati

selamat hari raya 

maaf zahir batin

















Majlis tari menari




gua ingat nak buat makan makan ah raya ni..lu semua okay tak dengan idea gua ni?


lu nak bagi siapa makan?


kita buat 2 biji rumah dah la..dengan rumah bibah..budak rumah dia masak


takda hal


**







salam aidilfitri
"terima kasih datang..jemput lah masuk ye"

"baik kita sental sebelum ramai kejap lagi" 



"kau tau budak rumah sebelah kita tu...haaaaa"


"hik hik hik..layan jugak kepala ni da pekena carlsberg"

"pening kepala aku pening..asyik aku je kena buat air"




"heh heh heh..jaga kau kejap lagi..aku nak telan semua malam ni"


wanita Umno

"aku paling macho sebab isap rokok depan gadis...hah!!"

"mana kuih aku tadi???siapa rembat ni??"


"malam ni siapa nak kret dota?aku on je game mana mana"


walaupun majlis ini untuk orang dewasa,tapi budak budak tu masih ada


"kamilah paling cantik kat parit ni"


"dah semangkuk kat tangan,nak orang suapkan lagi..padan la gemok"


hik hik hik!


"kuat betui depa ni makan..hmmm" *kebil-kebil*"


sampai budak cina pun datang..boleh makan pedas ke


"entah apa benda la dia ni cakap..kesian aku tengok takda orang layan..hmm"


"siapa tendang *&@#! aku tadi??baik ngaku cepat!!"

"bila la boipren aku nak datang ni..aku nak balik macam mana lepas ni??"


"ahhhh...siapa pegang bontot aku ni..hmm sedap"

"gi mampos orang nak cakap apa,aku lapo!"


"harap harap aku ada jodoh dengan dia..kembung pipi sikit..hehe"


"cilaka punya betina..habis kredit aku dia sebat!"

pening kepala kita..pening pening

"apehal main tolak kepala ni woii??tak suka laaa.."










penyudahnya habis semua yang kenal gua jemput..susah sangat