Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru



Sekitar awal tahun persekolahan tingkatan 4


"Zabidi,masuk ke dalam.."


Zabidi masuk ke dalam bilik mesyuarat tanpa sebarang bantahan..diturutkan saje arahan ustazah..kat dalam tu dah stanby cikgu-cikgu lain..nampak Zabidi dalam sedikit ketakutan..maklumlah,orang bersalah memang macam tu...Zabidi kena berdiri kat depan..angkat sumpah

"betul awak pukul budak tu??" ketua warden sergah

"mana ada cikgu..saya tampar je budak tu" Zabidi menjawab


2 minggu Zabidi dengan rakan lain kena gantung sekolah


****

Sekitar pertengahan tahun persekolahan tingkatan 4


Zabidi masuk lagi ke dalam bilik mesyuarat..


"betul awak tengok sekali cerita **&%$# tu?"ketua warden yang sama jugak tanya

"mana ada cikgu,memang saya ada sekali dalam lab komputer tu,tapi saya tak tengok..saya main game pokemon je sorang-sorang" Zabidi menjawab


Zabidi dan rakan rakan lain kena sebat 2 kali,tak boleh keluar sekolah dalam masa sebulan


***

Sekitar akhir tahun persekolahan tingkatan 4


Zabidi masuk sendiri ke dalam bilik mesyuarat dengan gaya yang bersahaja


"betul awak hisap rokok dalam tandas petang tadi?" ketua warden tanya dengan muka slumber


"betul cikgu" Zabidi jawab tenang


"apa nak jadi dengan awak ni Zabidi..teruk betul perangai..belajar pun cikgu tengok,dah ke parit..cuba dengar nasihat cikgu ni..kalau tak dapat jadi pandai pun,dapat jadi manusia biasa pun jadi la.." ramai cikgu sound Zabidi


***


Sekitar awal tahun persekolahan tingkatan 5


"seterusnya,anugerah peningkatan terbaik bagi semester ini,juga dikira sebagai peningkatan tertinggi setakat ini,disandang oleh...Zabidi!!!" cikgu Zam umum nama penerima anugerah pengetua..



Zabidi naik pentas amek anugerah..dapat keluar makan kat resort dengan kawan-kawan yang lain






kalau diikutkan,Zabidi sudah dibuang sekolah sebab dah 3 kes berat..tapi atas sebab kesian dengan rayuan yang dibuat,pengetua bagi can kat Zabidi..dengan usaha dan berkat cikgu-cikgu dan pertolongan kawan-kawan,Zabidi berubah..syukur sebab cikgu tak pernah putus harapan kat Zabidi..kalau dibiarkan,entah apa akan jadi..penyudahnya,Zabidi berjaya habiskan sekolah..takpa keputusan tak gempak,tapi banyak yang dia dah belajar..tiap kali ada cuti,Zabidi pegi masuk sekolah melawat cikgu cikgu sebab konon nak tunjuk baik..padahal sebab dekat dengan rumah..boleh la..kah kah kah! 


bila Zabidi dah dapat rasa jadi cikgu,baru dia faham macam mana rasa dia kalau anak murid nakal semacam..pehh,rasa macam nak meletop! terima kasih cikgu! 





5 comments:

  1. Alhamdulilah.. sesungguhnya hidayah itu milik Allah yang diberikan kepada hamba yang dikehendakinya..
    Im proud of u "zabidi".. teruskanlah mencetus perubahan paradigma khususnya buat diri sendiri dan anak bangsa!
    Jazakallah kheyran :)

    ReplyDelete