Friday 29 June 2012

Queen




hari ni gua rasa gembira..tak tahu kenapa..tapi gembira..riang je rasa..

tapi yang penting bukan sebab ada mesej yang tak dijangka daripada gadis ke,bapak ajak gi london ke,dapat duit banyak ke,dapat tawaran berlakon ke..bukan

gua bangun awal pagi..sebelum subuh gua dah lincah ke jamban..mandi air kolah,jangan tanya kenapa gua rasa nak maki je air tu..sejuk betol

jerang air,goreng karipap..bersandar gua kat beranda rumah sambil sarapan..udara pagi memang segar..cuma tadi spoil sikit sebab gua terkentut..pagi pagi jangan buat pasal,sebab deria hidu tengah pikap tinggi

gua cuci pinggan mangkuk,buang sampah,kemas dapur sikit..mood baik..kadang kalau nampak orang tu buat baik,jangan ditegur..kang tak memasal mood dia hilang



"edi,nanti ada masa potong rambut tu di..panjang dah mak tengok"


"ala mak...sayang laa...lawo"


"lawo pe mende nye"


"taknak la mak"



"simpan la simpan...kalau mak dah paranaweii nanti,mu jangan tanya kenapa"


"okay mak nanti kita potong"






walaupun kadang kadang gua menangis bila sedih,gua tetap rockers

















alhamdulillah akhirnya gua dah kembali sihat..pagi pagi dah bersembang dengan mak gua sambil gentel karipap..sebab tu gua gembira sebenarnya








Wednesday 27 June 2012

Paranaweii




"bang,berapa posen?"


"aaaa..60 posen"


"apehal mahal sangat ni woiii!!"


"dah lu tak puas hati apa..suka hati gua la..gua yang jaga tandas ni!"






sap pap pap pap!!!


jari bertemu mata

siku bertemu leher

lutut bertemu rusuk

kepala bertemu dinding


tap!





"erghhhhh...jurus apa yang kau gunakan ni? hebat betul..arghhh"





"jurus ini dinamakan........................."










jurus paranaweii banana! peace!!









malam ni game pukul 3..gua ni dah la belum pulih sepenuhnya..awal pagi esok pula nak kena jalan jauh naik moto...harap Portugal menang..gua benci busquet





Tuesday 26 June 2012

AB




"wei mad..facebook kau slow tak?"

"slow hanjing.."

"apesal aa?"

"aku rasa mark zuckerberg sakit kot"

"takkan berjangkit dengan aku kot"

"aku rasa dah tiba masanya kita buat laman web sosial sendiri"

"kepala hotak"

"amadbadio.com..nama singkatan,AB"

"okeh cun..kau buat coding untuk traffic semua..biar aku buat bahagian decoration"

"baru macho..nanti orang kata,weh bukak AB jap"

"aah..bukak terus keluar muka kau ekk..mau log out terus semua orang"




"log out terus gi tandas..........maklum lah muka aku kan jambu"





tengok apa?jambu kan aku?kan kan?










masuk hari ni dah 3 hari gua demam..kesian gua..aduh tak bermaya rasa..makan panadol,rasa macam makan gula gula je..tak jadi benda pun..semoga gua sembuh cepat




Saturday 23 June 2012

Maaf



sudah hampir 23 tahun gua hidup kat muka bumi

tak dapat dibayangkan betapa banyak nya dosa gua..sedangkan sehari,mungkin sudah berapa banyak yang gua sendiri terleka dalam menjadi salah seorang hamba Allah

setiap masa gua berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik,tapi biasalah mesti akan ada godaan syaitan dan kehendak nafsu yang menjadi kekangan

dosa dan nafsu itu abstrak,yang kita sendiri tak boleh nak lihat..gua bukan jenis yang sentiasa diam dan akur dalam melakukan satu perkara..gua suka melakukan banyak perkara..apa yang gua rasa gua minat,gua langgar..gua suka kan kebebasan..apa yang berlaku,gua tahu bukan semuanya betul..sebab gua sedar tahap gua sampai mana..

tapi,bila gua makin banyak keluar,bercakap,bertindak,mungkin gua jadi makin leka..seronok itu sudah pasti,tapi sakit juga akan muncul..takpa,gua redha

setiap kesalahan gua tak nafikan gua memang menyesal..bila kita merasa berat untuk mengaku dan menerima kesilapan sendiri,lagi berat akan kita rasa untuk perbetulkan..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul


yang paling tajam itu lidah
yang paling besar itu nafsu
yang paling jauh itu masa lalu
yang paling berat itu amanah
yang paling ringan itu solat
yang paling dekat itu mati


gua bukan taknak berubah ke arah kebaikan,tapi gua tahu bukan senang..tapi gua tahu,benda ni jugak tak mustahil..gua tahu..takyah nak sound gua banyak kali..

gua tahu macam poyo je main mintak mintak maaf ni..tapi apa lagi yang boleh gua buat..cuba lu semua bagitau...mungkin nampak simple,tapi bagi gua,benda ni penting..langkah pertama gua untuk semua orang..selagi gua masih bernafas





time kat sekolah dulu pun dah buat amali haji..entah bila boleh gi haji betul betul








bagi siapa siapa yang kenal gua,yang pernah lepak dengan gua,yang pernah rasa gua ada buat lu semua sakit hati,yang terambil harta lu,gua mintak maaf banyak banyak..bagi yang menghalalkan,alhamdulillah terima kasih..bagi yang mahu menyatakan apa apa,sila bagitau gua..nanti gua boleh usahakan untuk pulangkan semula apa yang gua dah ambil..gua tak marah,gua cuma taknak jadi orang jahat

Thursday 21 June 2012

Wallaweiii




wallaweiiii


"kacak gile lu..siapa amek gambar ni??"



"Pendi"


"pehh Pendi..amek gambar dia sorang je..."


"hahaha..mana aku tau..dah kau takda tadi"


"dah la kau...pilih kasih"


"wallaweiiii!!!









apa tengok?











ni kawan gua..rupa gua takdalah kacak macam ni..tapi seriously,gua comel..ramai kata gitu

Tuesday 19 June 2012

Minum




vrooooommmmmm!!!




sejam gua atas highway.




...............




"alo machaaa....dari mana?"

"dari jb.."

"mau pigi mana?"

"bp"

"ada keluarga ke kat sini?"

"takdalah..jumpa kawan.."

"kasi isi dulu..dari gemas ni.."

"oooo.."

"u tak mau minum?"

"eh taklah..memang tak minum"

"hehe..wokey macha"








kalau gua minum tadi,alamat bertambah masalah gua nanti..tapi gua memang bukan jenis kaki minum..gua baik..sentuh pun tak pernah

Sunday 17 June 2012

Fantasi dan realiti




"hehehe..tak sabar aku nak tunggu hari esok..last paper woii!!"


"hahaha..tau takpa..habis paper lincah terus balik"


"akhirnya habis jugak kita belajar kat sini ekk..lepas ni tunggu grad je..tak sabar betul rasa"


"nanti dah kerja kita lepak selalu la..baru samok masing masing dah berduit..tapi kau jangan lupa kat aku la"


"mesti laa..kamon laa..takkan lupa punya lah! kita kan kawan baik.."



"sampai bila bila pun kita kawan..."



****



..................................................







cuba kira ada berapa orang semua sekali dalam gambar ni...













hari ni gua penat lain macam..dah la tak cukup tidur sebab tengok bola..awal pagi dah kena bangun ikut mak bapak gua gi kluang lawat adik gua

Saturday 16 June 2012

Cantik




"Adoiiii!!!"


"weh apesal kau ni..kenapa kau tak tahan kaki tu.."


"tak sempat..."


"dah dah..bangun..buat semula dari awal..dari sana!"


"taknak la...asyik jatuh je dari tadi..malas dah aku"


"habis sampai bila kau nak macam ni..bila nye kau boleh bawak basikal.."


"dah kalau asyik jatuh je..takda semangat aku dah"


"woii..bawak jela..jatuh sikit pun nak merungut..biasala tu baru nak belajar..sikit sikit la..dah,aku jaga kat sini...jangan risau..cepat!!"


"okay....."


***



tolong jangan tiru....aksi ini dilakukan oleh professional












kadang kadang,nak bagi kata semangat tu tak perlu kata kata yang indah..ikhlas tu lagi penting





Thursday 14 June 2012

Rebutan




kali ni aku nak sembang pasal salah satu elemen yang penting dalam hidup..

ini soal hati dan perasaan..malam ni tak kenapa tetiba aku nak menjiwang..ah suka hati aku la



aku ni bukan la terer sangat ke apa..saja nak luah apa yang aku tau..aku ni kadang bukannye betol sangat..biasa lah manusia..dah,aku nak start formal




kalau nak cakap pasal suka,memang benda ni nampak senang..dan memang senang pun..suka..dah nama suka..semua orang tau maksud dia..budak yang belum sekolah pun boleh tau apa itu suka..suka ni terlalu luas,general..banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan perkataan suka..

dan pengaruhnya jugak sangat besar..rasa suka boleh mendorong kepada sesuatu perkara..daripada kosong,boleh menjadi penuh kalau dah rasa suka..dorongan yang kuat ni berkait rapat jugak dengan mind seting..perkara ini sangat bagus,kerana ia dapat memberi semangat untuk mencapai apa yang kita mahukan..bagus

tapi,kadang kadang rasa suka ni jugak dapat buat kita leka..leka dengan kelemahan dan kemampuan sendiri,membuatkan kita bertindak tidak seperti yang dijangka..sesekali suka ni boleh buatkan kita jadi confuse..apa sebenarnya yang kita mahu


antara isu yang penting dan menjadi satu perkara yang kita takkan boleh elak,adalah perasaan suka kepada seseorang...

mungkin sesetengah orang beranggapan bahawa apabila kita ni suka kepada seseorang,jadi kita perlu ambil serius dan memberi perhatian yang lebih..dan ada juga sesetengah orang yang anggap suka ni ada benda kecik..benda biasa..suka melihat rupa,suka dengan perangai,selesa dalam pergaulan..

mungkin bila kita dah suka kat seseorang,kita akan berusaha untuk mendapatkan orang tu..mahu mencuba nasib adakah perasaan suka pada awalnya akan dapat diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi..itu tidak salah..

tapi,cara penerimaan masing masing adalah berbeza..jika terlalu jauh ke hadapan,lebih senang untuk leka dan berubah arah dalam hidup..terpulang kepada masing masing untuk mentafsir kehendak diri..kerana minda kita,tiada siapa yang boleh kawal..bagi yang lebih memahami tentang diri sendiri,mungkin orang itu lebih banyak idea yang lebih bernas dalam membuat pertimbangan untuk dizahirkan dengan perbuatan

tahap kematangan semua orang tidak tetap pada satu tahap sahaja..boleh berubah ubah berdasarkan situasi dan keadaan..faktor ini memberi kesan yang hebat dalam diri..kesan yang akan datang juga bergantung kepada tindakan awal sesuatu perkara..

jadi,setiap yang berlaku kita kena fikir tentang diri sendiri dulu..apa yang kita rasa,setakat mana perasaan kita dalam menerima sesuatu perkara,dalami untuk fahamkan..ini kerana apabila kita berada dalam situasi yang melibatkan orang lain,kita kena ingat..ini kerana,apa yang terjadi bergantung kepada respon dan tindakan daripada semua pihak..jangan jadi gelojoh dalam meluahkan isi hati,dan jangan gopoh dalam berbuat sesuatu..kita tak tahu tahap penerimaan seseorang tu macam mana..

apabila yakin untuk bertindak,kita perlu bersedia untuk menerima sebarang jawapan..itulah dinamakan kitaran..hidup ni penuh dengan kejutan..selagi kita hidup,selagi itulah kita akan belajar mengenainya..sebenarnya,hidup ni sangatlah indah..biarpun banyak perkara yang membuatkan kita sakit


belajar merangkak dulu,jangan terus berlari.....kalau tak,merangkak kita nanti





jual mahal betul budak ni..sampai ke sudah tak dilayannye 4 ekor ni








bukan nak merendahkan siapa siapa,sebab gua sendiri kadang kadang tak matang buat keputusan




Wednesday 13 June 2012

Pendekar




Semua pasukan sudah tiba di perkarangan gelanggang..pendaftaran semua sudah selesai..tidak ketinggalan pasukan daripada luar negara,iaitu Tanjung Pinang dan Acheh dari Indonesia,satu pasukan dari Vietnam dan juga dari Singapura


kelihatan semua peserta nampak yakin dan bersemangat dalam memperjuangkan bakat masing masing untuk merebut pingat dalam kejohanan Silat peringkat antarabangsa..fuh!


Gua dengan sorang member,telah ditugaskan untuk menjadi LO untuk pasukan Tanjung Pinang..setiap pergerakan dan kebajikan mereka adalah menjadi tanggungjawab gua dengan Roy..mana mana diorang nak pergi,kitorang kena bawak..kecuali tandas..sebab tak kuasa gua nak gi cebok berak orang..buat sendiri


boleh tahan power jugak pasukan T.Pinang ni..orang kata,melawan jugak lah kan..sampai gua sendiri dah jadi ultras diorang..lebih lebih pulak gua dengan roy bersorak..siap bertekak dengan member lain..parok gini wehh..tapi budak budak pompuang indon ni boleh tahan comel jugak..kalau dah malam malam ajak lepak bilik diorang,jangan tanya kenapa gua dengan roy ada kat situ


selain LO,gua ada job sampingan..sebagai salah seorang urusetia bagi pihak penganjur,biasalah..macam macam job dapat..ada benda kecik pun kena buat..setakat tick kaler kat borang untuk juri..punya la malas juri juri ni nak tick sendiri..nak terajang kang,takut kena tibai balik..dengan orang silat jangan buat main,mau berdarah batang leher kalau kena tumbuk



nasib baik dapat duk hotel 5 star..memang best..gua punya jakun sampai tertidur dalam tab mandi..buat air kopi lepas tu berendam dalam tab tu sambil hisap rokok..konon macam orang kaya..jangan tanya ah gua bogel ke tak....sebab memang kompem gua bogel la woii..baru samok...dalam jamban pun ada talipon..tapi satu je gua tak berkenan,dalam jamban takda kepala paip..kepala hotak macam mana gua nak cebok..ha,lu fikir la sendiri gua cebok macam mana


seminggu gua dengan Roy jaga pasukan T.Pinang ni..seronok betul..urusetia lain kena jaga event,kitorang yang LO ni dapat balik hotel sebab nak kena ikut pasukan yang nak balik..ape lagi,terjun swimming pool la...tapi kali ni gua tak bogel la..gile ke apa


time dah habis event,gua bawak la budak budak ni gi jalan jalan...gi zoo..tapi zoo johor...kecewa rasa..gua tengok binatang kat situ pun semua macam takda mood je..nak mampos pun ada..siap ada yang nyorok tu....Subhanallah...tepuk dahi gua


habis event,masing masing balik ke tempat asal..orang sana ada ajak gua dengan roy gi sana pulak..gua pun ape lagi,lincah kata okay...last last sampai ke sekarang gua tak pegi pegi lagi...nanti lah







kalau gua dah ketuk gong ni,lu jangan tanya kenapa badan juri boleh terangkat sendiri sebab terkejut















gua ada terai follow member gua iring team Vietnam...sepatah haram gua tak paham mende

Brader brader




...........................


















adoi takda idea la pulak








jangan bagi aku pegang budak kecik,memang aku ciom tonyoh













aku nak gi tengok bola..bai

Tuesday 12 June 2012

Jeling




Popoy dengan Zabidi gelabah..sebab ada periksa..masing masing jenis malas nak study..Popoy kira okay lagi,sebab senang nak lekat..si Zabidi ni pulak jenis ingat dalam masa 2 minit je..lepas tu ghaib entah ke mana..keluar sekali masa berak agaknye




"weh,nanti dalam dewan aku tiru kau ehh...kau power.."

"okay..aku power"





dalam dewan duduk sebelah sebelah..2 orang ni memang tak main toyol..konon baik..padahal si Zabidi ni kalau pegang toyol,gigil tak memasal..silap gaya boleh kantoi bodoh kalau dah tetibe gelabah




"weh,letak ke sini sikit...tak nampak" slow je Zabidi sound


"okay okay....aku power"





Papp!!!






pengawas datang....alih kertas Popoy....Zabidi cuak






Zabidi dengan Popoy gi kenduri kawen lepas periksa









sampai ke sudah pengawas tu berdiri kat depan diorang....Zabidi fail paper tu..tak cakap banyak

Cleaner




suasana kelas 3M nampak meriah..masing masing kalau tak bergalak,tak sah..habis semua benda nak di bantai main dalam kelas tu..kalau ada senapang,silap gaya bunuh sama sendiri budak budak ni..haihhh


tapi cikgu Zabidi tetap dengan gaya tenangnya..dapat dikekalkan kekacakannya..walaupun dalam hati ada sedikit rasa paiseh dengan budak budak ni..bising ngalahkan orang kat pasar tengah nego harga ikan...ikan pulak sekarang aduhai..bukan main mahal lagi..ikan kembong besar 2 3 jari pun dah belas belas ringgit sekilo..sama je dengan selar kuning..kalau dulu bawak 10 ringgit gi pasor orang kata dah kira okay..sekarang ni kalau takda 20 30 ringgit,tak sah....eh dah apehal cite pasal ikan pulak..takpa,pasal ikan nanti nanti ah aku cerita lagi





"selamat pagi kelas..."


bersepah kaki masing masing nampak cikgu Zabidi masuk..ada yang terkejut sampai tersedak biji lada nasi lemak waktu rehat tadi,ada yang menangis tetibe terkenang kisah silam,ada yang berlaga kaki sendiri sampai nak tergolek..nasib ada member sambut..kalau tak,2 penyakit dapat..dengan cikgu Zabidi jangan buat main,salah cara boleh kena sebat dengan buku tulis..



"semua berdiri tempat masing masing..haa,tengok bawah meja,bawah kerusi..bukan main kotor lagi kelas..siapa bertugas hari ni?"



"aaa..Kamal,Alia,Samad,Abu,Ali,dengan Maria cikgu...diorang tak buat kerja pun...main je dari tadi"

ada sorang budak jawab sambil betulkan tudung dia yang comot..takpa biar comot,asalkan dia reti nak tutup aurat..budak kecik pun boleh buat,malu la kat budak besar yang suka dok tayang rambut..tapi taktau la dah besar nanti macam budak tu kan..haa,aku kalau dah start berdakwah,jangan tanya kenapa



"cikgu nak kamu semua bersihkan tempat masing masing..cikgu bagi 10 minit..kalau tak bersih,cikgu taknak bawak kamu gi bilik komputer"



"okay cikgu!!yeayyyy!!"


senang je nak pancing budak budak ni.......sayur......cikgu Zabidi duduk buat lesson plan..jenis masuk kelas dulu baru buat lesson plan..kalau ada pegawai pantau,mau kena maki..







krokkkk krekkkkk..krookkkk krekkk krokk krekkkkkkk!!




bukan main bising lagi bunyi..cikgu Zabidi pelik..rasa macam pernah dengar bunyi macam tu..waktu dulu dulu..tapi tak ingat time bila....bila dia tengok budak budak tu mengemas,baru la dia teringat...tersenyum sendiri cikgu Zabidi..terkenang waktu dia sekolah rendah dulu..macam tu jugak lah dia buat kalau cikgu suruh bersihkan meja......







pembaris dengan kertas..senjata yang digunakan oleh budak budak untuk mengaut pasir kat bawah meja










budak budak dapat main komputer 15 minit je..cikgu Zabidi saja lengah sebab nak siapkan lesson plan terus..sebab waktu free nanti dia nak gi kantin isap rokok..keh keh keh




Monday 11 June 2012

Sendawa



"jom makan"

"jom"



***


burpppppp!!


"alhamdulillah.."


"ai kenyang no gaya"


"haha..kenyang betul.."









ni rupa aku time sendawa lepas makan rojak tadi









"bila dah kenyang,makanan yang masuk tu tolak tolak udara dalam usus..udara tu dihasilkan oleh bakteria dalam usus..tiada kesan sampingan malahan bagus,terutama kepada budak budak sebab makanan dan susu takkan keluar semula kalau dah sendawa" ada satu kawan bagitau aku pasal sendawa

Saturday 9 June 2012

Sains



lalat pantang tengok air yang ada buih..


selalunya air yang kena tarik macam teh tarik ke,nescafe tarik ke..


aku dah buat kajian..beberapa journal aku sudah selidik..


dan aku juga dah buat beberapa kali eksperimen tentang benda ni..


secara purata,lalat akan lebih cenderung untuk hinggap kat air yang berbuih..


jadi,berjaga jaga lah!





tak tau apesal suka sangat berendam..kan dah mampos









sekian..

Thursday 7 June 2012

999



macam biasa,aku balik kerja..tapi hari lewat sikit..pukul 8 aku baru nak balik..selalunya sebelum pukul 8 aku dah sampai kat rumah..aku jarang balik ikut jalan atas,ikut jalan belakang je..lalu tepi laut..tapi,kali ni aku ikut atas..sebab dah lewat sangat,takut nak lalu kubur..

lincah aku start moto nak balik rumah..takut terlepas maghrib..aku ni baik orangnya,berat hati kalau tertinggal solat...betul..serius



time nak keluar simpang jalan besar tu,aku ada perasan sorang budak perempuan ni naik basikal,nak melintas jugak..tapi bukan dekat simpang,tapi dekat tepi jalan..bila jalan dah clear,aku terus keluar simpang..

betul betul aku dah lepas keluar simpang tu,terus dengar bunyi benda berdentum kat depan..sekali tengok,dah terseret ada satu moto tu kat depan..dengan budak perempuan tu sekali

tak cakap banyak,terus aku parking tepi..berlari aku kat budak tu..masa aku tengah nak gi kat dia,dia tengah bergolek golek lagi kat tengah jalan..eh,cuaknye lah rasa..

masa tu boleh pulak jalan lengang..tak banyak kereta..menggelabah aku tahan semua orang..nasib baik takda lori tengah laju,kalau tak dengan aku aku sekali jalan

aku tengok brader yang bawak moto tu terkulai kat bahu jalan..takpa,biar dulu..aku nak alih budak perempuang ni dulu,sebab dia kat tengah tengah jalan..time nak angkat,aku tak dapat rasa tulang kat lutut budak tu..terpulas habis aku rasa..takpun dah kena hentam dengan moto,habis patah teruk

terus tak jadi aku nak angkat,silap gaya jadi makin teruk..nasib ada pakcik yang agak terer tolong alihkan..aku gi pulak kat brader tadi tu..teruk jugak..muka penuh dengan darah..mulut pun penuh..seram gile la wallaweiii

aku bawak keluar henpon,terus dail 999..report eksiden...tapi sampai sekarang aku taktau,apesal operator tu panggil aku asyraf..padahal aku takda perkenalkan diri pun..ah,layankan aje..ada urusan yang lagi penting

makin ramai orang datang nak menolong..lega jugak rasa..kalau nak harap aku sorang,aku sendiri pun gelabah..
sekali aku tengok lepas tu,kaki budak tu dah siap kena balut..bagus betul pakcik ni,siap ada bawak bandage..

punya la lama nak tunggu ambulans sampai..ada la dalam 20 minit..main apa sampai lama macam gitu..padahal hospital dengan tempat tu taklah jauh pun..5 minit boleh sampai,apetah lagi van ambulans..aku dah start menyirap dah..semua orang sibuk tanya aku mana ambulans tak sampai sampai..pressure kita gini tau


time dua orang tu dah blah gi hospital,makin ramai yang blah..tapi ada jugak yang stay..part ni yang paling best ni..masing masing aku dengar bercerita pasal kejadian..dia main hembus je..padahal jenis baru datang taktau apa apa..biasa la,tak memasal jadi detektif.....aku saksi depan mata pun takda macam tu sekali..


time mak budak tu sampai,anak dia dah kat hospital..dah satu kerja pulak nak kena tenangkan mak dia..padahal aku yang tengah cuak ni tak reda reda lagi..












sampai rumah aku terus mandi,solat,lepas tu duduk diam tengok tv..takda mood nak keluar






Wednesday 6 June 2012

Susah




Azmira nampak gembira..dari tadi tersengih sengih..mana tak nya..tengah berkepit dengan pakwe dia,Izmat..yelah,pakwe hensem..kerja pun sedap..duit masyuk..pehh,memang untung kalau dapat kahwin dengan laki ni..bukan main seronok diorang duduk sama sama kat situ..main suap suap fries lagi..amboii..punya la gelepor pakwe dia ni,sampai tersumbat fries tu kat dalam lubang hidung Azmira..nasib baik fries..kalau lidi sate,tak ke naya...


"hmm..abang,saya ada sesuatu nak bagitau ni..."

"apa dia..bagitau la.."

"saya tengah susah hati ni.."

"laa..kenapa pulak ni..ada apa apa masalah ke..cuba cerita"

"hmm..saya rasa macam nak pergi kaler rambut la..kasi perang sikit.."

"lah,ikut suka hati awak lah..."

"abang ni..macam tak suka je..."

"eh..yelah..ikut awak lah..takkan saya nak larang pulak.."

"hmm..awak rasa nanti kalau saya dah buat,nampak lagi cantik tak.."

"entah la..cantik kot..kalau awak rasa cantik,cantik la tu.."

"betul?"

"betul la..tapi saya rasa kalau biar macam tu kan lagi elok.."

"tapi bang..saya takda duit la nak buat.."

"kalau macam tu,takyah la buat.."

"eii abang ni,bukan nak sapot ke apa..teruk betul!"

"eh,awak ni dah apehal??"

"yelah,abang tu yang teruk..dah la tak sapot,kedekut pulak tu..dah,malas nak layan abang..balik la abang sorang sorang...huh!"

"hah,lantak awak lah...taknak layan sudah"










Kamarul start kereta terus blah gi main snooker dengan kawan..malam tu jugak diorang break

Tua



Tettt tett!!! tett tettt!!


mesej masok




"hye.."


"hai.."


"tadi aku nampak satu mak cik ni..muka dia sama dengan kau..aku rasa nanti bila kau dah tua,mesti muka kau      macam tu.."


"haha..dah takda point lain nak kenakan aku ke..."


"ni bukan soal nak kenakan ke apa.....tapi...eh,diam ah!"


"hahaha..apa la"












Wasni menyirap tak dapat kenakan Zubaidah..


ihiks!



Monday 4 June 2012

Bedtime stories - Nyamuk



Tersebut lah al-kisah,mengenai nyamuk..pada zaman dahulu..nyamuk ini amat ditakuti oleh semua lapisan masyarakat..hal ini kerana saiz nyamuk itu adalah sebesar seekor ayam jantan..setiap kali nyamuk itu datang mencari mangsa,sudah tentu mangsanya itu mati kerana kekeringan darah dalam badan..apatah lagi,melihat wajah nyamuk nyamuk itu,sangat menakutkan..

Jauh di pedalaman,kampung Perigi Tua sering saja menjadi tempat untuk nyamuk itu mencari makanan..pasti berlakunya peperangan antara dua makhluk itu..akan tetapi,jika mahu dibandingkan,jumlah manusia adalah lebih banyak yang terkorban..dengan kelebihan nyamuk itu yang mempunyai sayap dan mudah untuk terbang ke sana dan ke mari..

Kusut kepala ketua kampung tersebut..memikirkan masalah yang melanda di kampungnya..berkali kali mencuba strategi baru untuk membanteras keganasan nyamuk tersebut,tetapi tidak satu pun yang berjaya..tidak dapat mengenal pasti apakah kelemahan binatang tersebut


Pada satu malam..semua penduduk kampuang Perigi Tua berkumpul..mahu berbincang untuk mendapatkan penyelesaian berikutan masalah itu..bermacam-macam pendapat yang dilontarkan..berlaku juga sedikit pertengkaran..masing masing mahu menegakkan benang yang basah..ketakutan menghantui diri..


Akibat kekecohan yang tidak terkawal,ketua kampung tersebut mula menggunakam kuasa yang dia ada sepenuhnya..dia mengeluarkan cadangan supaya beberapa orang kampung perlu keluar mengembara daripada kawasan kampung tersebut untuk mencari sarang utama nyamuk nyamuk tersebut..

Keadaan menjadi suram..semua terdiam..kerana patuh akan arahan ketua..akan tetapi,tiada seorang pun yang berani menawarkan diri untuk menjadi pengembara tersebut..takut

Sehinggalah seorang pemuda bangun dan berani ke hadapan..sikap berani itu membuatkan orang lain kagum..dan selepas itu,2 orang pemuda lagi tampil ke hadapan.....

Segala persiapan dibuat secara bergotong royong..3 pemuda itu diajar bermain senjata,asas asas pertahanan diri,ilmu perubatan,dan macam macam lagi..manakala dari segi peralatan dan bekalan makanan diuruskan oleh orang kampung yang lain..apabila sudah genap 4 hari..mereka sudah bersedia untuk memulakan perjalanan

Hari pertama mereka berjalan keluar,tiada sebarang masalah yang mereka hadapi..

Hari kedua pula..setelah penat berjalan..mereka berhenti di satu kawasan..menghidupkan unggun api untuk bakar jagung mentah yang dibekalkan..sedang mereka makan,terdengar bunyi yang begitu kuat..

Kelihatan beberapa ekor nyamuk terbang ke arah mereka..begitu menakutkan..atas tiada pilihan lain,mereka terus mengeluarkan pedang masing masing..mereka dikepung oleh nyamuk..akan tetapi,mereka pelik kerana tiada seekor nyamuk pun datang menghampiri mereka..dan ketika itu,baru lah mereka perasan,bahawa nyamuk ini takutkan asap...


Terus mereka nyalakan lagi api..dan dibiarkan asap semakin banyak..lama kelamaan,nyamuk nyamuk itu pun beredar dari situ..setelah keadaan reda,mereka bertiga terus bergerak pulang ke kampung..diberitahunya kelemahan nyamuk itu kepada semua orang..

Selepas daripada itu,setiap hari penduduk kampung akan menyalakan obor yang banyak di keliling kampung..disebabkan itu,nyamuk nyamuk tidak dapat memasuki kawasan kampung itu lagi..penduduk kampung tersebut dapat hidup dengan selamat..tidak takut lagi..


Oleh kerana tidak mendapat jumlah makanan yang mencukupi,nyamuk nyamuk itu semakin lama semakin berkurangan..dan saiznya juga turut berkurang kerana kekurangan zat mungkin..

Dan,sehingga kini,nyamuk sekarang hanya bersaiz sangat kecil..sekali kena tepuk,mampos terus..begitulah sejarah silam tentang nyamuk...








bayangkan kalau nyamuk ni besar ayam..mana tak mampos kalau kena gigit









cerita ni abang gua yang bagitau time gua kecik kecik dulu...satu malam tu,terus gua tertidur lepas dia dah habis cerita...lain macam dia punya mengarut...keh keh keh

Sunday 3 June 2012

Kepastian



berikan lah aku kepastian...


agar dapat aku teruskan perjalanan.....



.........................................



..................................









ihiks!

Hebat



"awak ni..hebat lah..."


"eh,kenapa awak cakap saya hebat ni tiba tiba..."


"hebat lah sebab awak menggunakan bahasa melayu penuh..hebat macam pendekar"


"malu lah saya awak puji macam tu..ihiks!"


"usahlah malu..hehe"


"bukan apa..untuk mendapatkan satu komunikasi yang lebih berkesan..senang untuk difahami.."


"hehehe..whatever lah..awak memang mengagumkan.."



"terima kasih atas pujian..ihiks!"










sedap jugek rasa kalau time nak gedik..ihiks!


Saturday 2 June 2012

Hair Stylish




bedebukkk..bedebukkk..bedebukkk bedebakkkk!!



Pendi dengan Zabidi bergurau..bukan main kasar lagi bergurau..dah macam bertumbuk..Zabidi terajang muka Pendi,Pendi tumbuk bontot Zabidi..kalau nampak diorang tengah bergurau,jangan masuk campur..silap silap kena gali 3 kubur serentak..tu sebab Ayib duduk diam je kat tepi..tengok dari jauh..takut..Ayib ni badan besar,tapi sayur..masa sekolah dulu,berapa kali dia kena hentak..sayur betol



"weh..potong rambut aku..dah panjang ahh.." Zabidi tetibe stop bergalak..cakap pun mengah mengah


"jom..takda hal.." Pendi jawab tenang..dia pun nampak mengah..badan siap peluh..sampai ke spender peluh dia


"nak ikut..nak tengok.." Ayib menyampuk lembut




Zabidi gi dapur..amek kerusi dengan gunting..bawak ke beranda rumah..dengan cermin sekali..kasi seting baik macam kat kedai


"kau nak stail yang macam mana?" Pendi tanya gaya pro

"aku nak kau trim tepi dengan belakang kasi pendek,kemas..atas potong sikit je.." Zabidi bagi arahan

"okay..."




sappp sapppp sapppp..sappppp sapp!!!



ada la dalam setengah jam Pendi potong rambut Zabidi..lama betul..dah la waktu maghrib,nyamuk bukan main seronok bantai kaki..Ayib siap maki hamun..dibakar nye entah baju siapa kat luar tu sebab nak halau nyamuk punya pasal..bangang jugak si Ayib ni..dah la sayur




"okehh..siap!!..cuba tengok.."




Zabidi capai cermin..belek belek rambut baru...




"apehal ni woii...macam kelakar je aku tengok..apesal pendek sangat tepi ni??atas pulak panjang!!" bentak Zabidi





"okay la tu..baru macam kapten amerika..."Ayib sound dari jauh





nak gunting tu gunting jela..dan dan time tu jugak nak hisap rokok









seminggu Zabidi tak gi kelas..barua punya Pendi

Aku suka dia




tett tett..tett tett!!


bunyi mesej masuk...lincah Karim cari henpon..tak menyabo..padahal masa tu tengah sedap dia korek hidung..tak sempat selet lagi terus capai..beliak beliak biji mata..sebab rabun..malas nak amek spek....

biasa lah orang tengah dilamun cinta..kentut bau wangi,taik hidung pun rasa cokelat..cuba kalau gaduh,tengok muka awek nampak macam ketiak bangla..Karim memang,begitu obses dengan cinta dia..maklum lah,cinta pertama..dia yang kata..taktau la betol ke tidak..tapi rasa memang betol pun..sebab masa first time nak keluar date,punya gelabah sampai sembur perfume tala ke lubang hidung..terkenyit kenyit mata tahan pedih



"Abang Karim..saya...saya nak mintak putus......"


terpapar ayat tu kat skrin henpon Karim


"tapi kenapa sayang..." Karim reply




"sebab saya dah tak suka kat abang..abang tak hensem..saya dah ada pakwe yang lagi hensem.."




Karim tenung ayat tu lama lama..tak sampai 2 minit,air mata dah mula mengalir..begitu sedih dia rasakan..jantungnya seperti ditikam tikan dengan pisau rambo..mulut tidak terkata kata..hanya air mata menjadi lambang kekecewaan dia...





"kau apehal??menangis apesal??" Mad berbunyi dari belakang



"awek aku....dia mintak clash mad........" tidak tertahan lagi,terus luah kat Mad



"dah orang dah tak suka..biarkan jela..cari je yang lain..tengok macam aku ni haa..tenang je..berapa kali dah aku tukar tukar awek.."






"tapi aku suka dia Mad....wuuuu wuu..wuu" Karim teresak esak meniarap sambil menekup muka di bantal







kecewa itu menyakitkan








seminggu Karim tak makan nasi..korek hidung je kat atas katil..

Sudah cukup sudah




"sudah cukup sudah...cukup sampai di sini saja..." habis lembut Mat buat suara

suka betul dia kat lagu tu..lagu nirwana band..biasa la,awal awal dengar..rasa suka tu membuak buak betul..sampai berkali-kali dia ulang lagu yang sama..hafal masa tu jugak..kalau dah 14 kali ulang..mana tak lekat terus dalam kepala otak


Pendi duduk kat sebelah dah naik kusut..dah la ulang banyak kali,nyanyi siap salah pulak tu..yelah,jenis baru dengar terus nak bantai nyanyi macam dah hafal habis..kejap kejap salah,kejap salah..dah macam budak baru nak belajar bercakap pun ada..lepas tu kalau dah salah,gelak sorang sorang..malu sendiri..tapi sebab nak cover,dia bagitau Pendi setiap kali dia tersalah lirik..ehh,pe mende aku ni??ahh suka hati


"woiii!kau boleh diam kejap tak...naik kusut aku dengar kau nyanyi lagu sama" Pendi sound

"eh biar lah..sedap do lagu ni..aku suka" Mad ngentan



Pendi diam..malas nak menjawab balik..silap gaya boleh bergaduh 7 keturunan..Pendi teruskan kerja..edit gambo..yang ni pun satu,edit punya edit,bukan jadi makin lawo..makin tak senonoh ada la..jenis perasan sendiri je gambo tu jadi lawo..puiii!




"sudah cukup sudah...cukup sampai di sini saja.." Mad nyanyi lagi



Pendi bingkas bangun..



Panggg!!!!!




"haa!! cukup tak???!!!"


hinggap sebijik penampo kat pipi Mad....



"cukup..cukup......" Mad jawab sedih






jangan la sedih sedih.....






Mad cucuk earphone,nyanyi bisik bisik dalam hati.....