Saturday 20 October 2012

Gusim






Hazim terduduk..dari bahu,darah mengalir pekat..luka yang besar membuatkan darah membuak buak menitis ke tanah..adakah tembakan Dubin itu tepat mengenai sasaran,atau luka itu terjadi kerana geseran pada batu atau pun pokok yang menahannya daripada terus terpelanting..


tiada lagi tenaga,habis digunakan untuk mengelak daripada serangan 3 askar Dubin yang lengkap bersenjata.


lengan baju yang tertera lencana confront dikoyakkan..tiada guna lagi,setelah ia hancur dan terbakar..luka yang besar itu segera dibalut dengan kain..mata dipejam,menahan kesakitan..dia cuba menenangkan diri,untuk berfikir apa langkah yang perlu diambil selepas ini..takut,sakit,marah,semuanya bercampur aduk..


Dubin sangat kuat dan bijak..bergerak secara berkumpulan dan mempunyai strategi pertempuran yang sungguh di luar jangkaan akal manusia..senjata yang canggih membuatkan mereka semakin sukar untuk ditewaskan..sedangkan mereka itu hanyalah askar bawahan,belum lagi orang atasan mereka menunjukkan belang


enam sekawan terpisah,akibat letupan..dan satu daripadanya mati..Hazim terpaksa menamatkan riwayat ahli pasukannya sendiri,untuk mengelakkan virus merebak..jika tidak,manusia akan terima bencana...tiada pilihan,selain bunuh..










bersambung..

No comments:

Post a Comment