Friday 14 February 2014

Permata Hatiku






"Terima kasih cikgu!!"




Cikgu Mardiah keluar kelas..lantas berubah suasana kelas 3 Kemboja..maklumlah,sudah bermula waktu rehat..ada yang berlari keluar ke kantin,ada yang berzapin,ada yang azan tak semena mena..entahlah,apa kena dengan mereka,tiada siapa tahu..guru besar pun pening kepala



Deris dan Khairi mula bersiap siap..kaki seluar dilipat,kasut diikat kemas,tangan diurut urut..sempat juga deris menggosok ketiak sekali lalu dan hidu..test bau mungkin..hmmm,hamis.



pokok ciku dituju..keadaan di bawah redup seperti hari hari yang sebelumnya..mereka menyeluk kocek seluar..dan yaa...guli dikeluarkan..



Khairi memulakan langkah..cantik..permainan menjadi semakin sengit..Deris juga tidak kurang hebatnya..dia antara murid yang pegang title "champion guli" di sekolah,selain murid paling pantas berlari bila orang klinik datang suruh cek gigi..



"no bidis" deris serius.


.
.
.
.



"no bidis tengkorak kau!!hutang guli aku bila nak bayar!!!" Asyraf teriak




Khairi terdiam..kaku..tak mahu masuk campur dalam urusan antara Deris dan Asyraf...Asyraf terus menerus menekan Deris,mendesak supaya hutang guli dibayar dengan guli..Deris cuba mengelak..tak mahu berikan gulinya kepada Asyraf..


Asyraf terus berkeras..lantas tangannya dimasukkan ke dalam kocek kiri Deris..Deris meronta ronta..Asyraf terus berkeras..cuba mengambil guli di dalam kocek Deris..dan kelihatan Asyraf tersenyum..sudah dapat mungkin..terus dicekup dan ditarik keluar tangannya....namun,tiada guli kelihatan di tapak tangannya...


.
.
.
.
.
.
.
.
.



"tu bukan guli la bodohhhh.....aaaaaaahhhh!!!!!"








deris menangis sambil cangkung..Khairi pergi main guli dengan Safwan

3 comments: