Sunday, 28 October 2012
fewitt!
amal tanpa ilmu = bodoh
ilmu tanpa amal = gila
takda ilmu,lepas tu tak beramal = bodoh gila
cara?
Saturday, 27 October 2012
Thursday, 25 October 2012
Kasih orang muda
aaaa...bang kasi kacang tanah 2 kilo
kau nak buat apa sampai 2 kilo?kenduri kawen?
eh..sori sori..2 ringgit je bang
kau lain kali fikir dulu baik baik sebelum datang kedai aku...aku tumbok muke kau karang!
penat gua agah dia..bukan dia pandang gua pun..cis
selamat menyambut hari raya haji..semoga yang di tanah suci sana selamat menunaikan ibadat haji,dan kita semua di sini mendapat keberkatan daripada Allah
Wednesday, 24 October 2012
Makbon
weh jom ah gi belakang
buat apa??
belakang rumah kau banyak pokok pandan kan
aah..nak buat apa?
jomla..cari king
haa..cara jugak tu..jom jom...belakang rumah bersepah sepah king
cantekk!!
***
pecepekkkk!!!
ni makbon bodo!!!
menatang ni selalu budak bela letak dalam kotak kaset..lepas tu sebelum bergasak tiup dulu dalam tapak tangan..nak kasi power kononnya..gua pun taktau apa function tiup tu
makbon tu jenis macam ni jugak,tapi bontot dia besar..betina..mana nak bergasak..budak tak suka
Zamirul menangis masuk rumah pasal dah kena tepuk kat dahi dengan Maruwan
Saturday, 20 October 2012
Gusim
Hazim terduduk..dari bahu,darah mengalir pekat..luka yang besar membuatkan darah membuak buak menitis ke tanah..adakah tembakan Dubin itu tepat mengenai sasaran,atau luka itu terjadi kerana geseran pada batu atau pun pokok yang menahannya daripada terus terpelanting..
tiada lagi tenaga,habis digunakan untuk mengelak daripada serangan 3 askar Dubin yang lengkap bersenjata.
lengan baju yang tertera lencana confront dikoyakkan..tiada guna lagi,setelah ia hancur dan terbakar..luka yang besar itu segera dibalut dengan kain..mata dipejam,menahan kesakitan..dia cuba menenangkan diri,untuk berfikir apa langkah yang perlu diambil selepas ini..takut,sakit,marah,semuanya bercampur aduk..
Dubin sangat kuat dan bijak..bergerak secara berkumpulan dan mempunyai strategi pertempuran yang sungguh di luar jangkaan akal manusia..senjata yang canggih membuatkan mereka semakin sukar untuk ditewaskan..sedangkan mereka itu hanyalah askar bawahan,belum lagi orang atasan mereka menunjukkan belang
enam sekawan terpisah,akibat letupan..dan satu daripadanya mati..Hazim terpaksa menamatkan riwayat ahli pasukannya sendiri,untuk mengelakkan virus merebak..jika tidak,manusia akan terima bencana...tiada pilihan,selain bunuh..
bersambung..
Friday, 19 October 2012
Bidan
Gua ni seorang lelaki yang lahir normal seperti orang lain
Gua tahu tempat kelahiran gua di mana
"Mak,bidan yang sambut kita lahir tu ada lagi?"
"entah lah..mak pun taktau..benda dah lama..mu nak buat apa?"
"kita ingat nak cari dia la mak...nak jumpa dia...nak ucap terima kasih sebab sambut kita lahir dulu"
setahu gua bidan tu dipanggil "Kak Teh" masa kat jemaluang
Saturday, 13 October 2012
Hulubalang Pendekar Sakti
woi Asmara!!mari ke sini kau!
apehal??
sini laa!!
apehal kau ni??aku tengah sibuk ni!!
sibuk apa ke benda nya!!setakat main snake kat henpon tu!
yela yela...apesal?
tolong aku jap
tolong apa?
tolong flush taik kau ni sebelum aku radak muka kau dengan pam tandas ni....nama bukan main asmara,rambut siap belah tengah,tapi perangai macam setan berak tak flush!
nama cantik tak semestinya berak dia flush
dan sebenarnya gua rasa nak berak ni,itu pasal gua post pasal kebersihan tandas
ihiks!
Friday, 12 October 2012
Masyam
Hafiyyy.....sini meh kat Paktam
hmmmm....
pehhhh!!!!masyam!!bau cuka!!
budak ni suka buat hensem depan kamera..tapi jangan sampai dia melungkup,jenis marah sendiri sebab tak boleh nak naik kepala..benda baru lagi
jenis cium kat belakang kepala budak..tempat peluh berkumpul,dan dan gua senjah
Saturday, 6 October 2012
Paradigma
Kelihatan banyak kelibat manusia di sekitar warung rojak Azian
keletuk keletak!!keletuk keletak!!
bunyi parang hinggap di papan pemotong semakin laju rentaknya..mungkin si pemotong rasakan kerjanya semakin banyak dan perlu diselesaikan dengan segera..untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kekecohan pesanan lambat sampai..kadang orang ni tak tahu apa itu erti kesabaran..dunia
gua tenang di sudut kedai...tisu digentel gentel
"nak buat apa malam ni ekk" getus gua sendiri
handphone diunlock..tiada sebarang perubahan..tiada mesej,tiada panggilan yang tidak dijawab..gua tenung pada skrin,terpapar digit digit yang agak besar,menunjukkan waktu sudah berada pada 15:36..gua tarik nafas lega
.......................
jika hari ni kita gembira,esok lusa belum tentu apa emosi kita..
Friday, 5 October 2012
Sukaneka
apa plan kita esok?
aaa...taktau la..budak budak ni kata nak berkaraoke
gua tak kisah mana mana..ikut je..tapi lepas tu,nak buat apa?
aaa...kita buat sukaneka nak?
ada satu kawan ni kadang kadang tak reti nak simpan bebal dia
Subscribe to:
Posts (Atom)