Friday, 27 April 2012

Sayur


Cikgu Zabidi buat kerja macam biasa kat meja dia...setelkan lesson plan..nampak macam kusut..entah apa dia kusut pun taktau apesal..yelah,bukannya dia reti sangat buat mende tu..taktau agaknya nak mengajar apa nanti..tengah sedap menghentam dekat logbook tu,tibe-tibe cikgu Aris datang..bawak kad kecik...kad jemputan.


"Zabidi,ni kat jemputan untuk kau..kau free kan pagi ni..nah amek..ganti cikgu Shasha..dia sibuk hari ni,ajar budak tarian..pukul 8.30 ehh..kelas 1M"

"okay cikgu Aris.."

masa tu jam dah dekat pukul 8..cikgu Zabidi nampak tenang..dia sambung buat dulu kerja dia..sambil dengar lagu radio cikgu sebelah...




cikgu Zabidi masuk kelas 1M..ni first time dia masuk kelas budak darjah 1..dapat pulak kena ganti kelas bahasa Inggeris..agak mencabar masa tu untuk cikgu Zabidi..yelah,nak ngajar budak budak ni bukan senang..lagi subjek bahasa..nampak gelabah jugak cikgu Zabidi..tapi boleh kawal lagi..masih kelihatan matang dalam kelas..pehhh


"okay,good morning class.."

"good mornig cikgu Zabidi...."

"okay..sit down"

"thank you cikgu Zabidi"


hebat betul budak-budak ni..belum apa-apa dah tau nama cikgu Zabidi..macam dah kenal lama..tapi lagi bagus,takyah sibuk-sibuk nak kenalkan diri dah..cikgu Zabidi terus pergi kat whiteboard..tulis hari dengan tarikh kat hujung whiteboard tu..amek masa jugak dia nak tulis..jenis dah lama tak tulis mende tu sejak habis sekolah..lagi-lagi bahasa Inggeris..padahal senang je.


"okay,class..do you have any homework?"

"yes...."

"okay,do it now.."


cikgu Zabidi duduk kat meja cikgu kat depan..tengok budak-budak buat kerja sekolah...comel betul..kecik-kecik dah menulis..macam-macam ragam..tersenyum sorang cikgu Zabidi..


dalam tak sedar,jam dah pukul 9...

"cikgu,dah rehat......" ada sorang budak bagitau

"eh kamu ni,belum lah..duduk..bukan rehat pukul 9 setengah ke?" lebih kurang cikgu Zabidi menjawab..hilang dah bahasa Inggeris..

"taklah cikgu..pukul 9 la..." kali ni ramai yang bersuara..sapot member


cikgu Zabidi diam kejap...dia tak pasti rehat untuk budak darjah 1 pukul berapa..sebab dia tak pernah ngajar kelas bawah ni...pening kejap cikgu Zabidi...budak-budak dah start kecoh..ada yang dah siap pegang bekal nak beratur..ada sorang budak perempuan comel boleh pulak buat suara kiut..memang comel betul...makin terpengaruh cikgu Zabidi..


"okay class..beratur kat luar..."

"yeayyyy!!!"




cikgu Zabidi masuk bilik guru...cikgu Nas tegur

"eh,sekejap nye kelas?"

"yelah..dah rehat.."


"rehat apa kau ni?darjah 1 rehat pukul 9 setengah laa"







cikgu Zabidi sambung buat lesson plan...

5 comments:

  1. typo name cikgu lagi. haha

    ReplyDelete
  2. kah kah kah.. macam setan kena main dengan budak

    ReplyDelete
  3. kah kah kah..sayur woiiii..sayur

    ReplyDelete
  4. hmmm naya ke cikgu zabidi...

    ReplyDelete