Saturday 21 April 2012

Lompat tinggi



"Assalamualaikum warahmatullah...."


habis solat asar,terus lincah cikgu Zabidi gerak terus gi dataran perhimpunan..hari ni turn dia kena handle budak-budak pasukan rumah kuning..latihan sukan..nanti ada event sukan sekolah..cikgu Zabidi turun..dengan berpakaian kemeja seluar licin berkasut kulit hitam..malas nak balik rumah tukar baju sukan..lenjan je..setakat nak train budak-budak,apelah sangat..sayur


"haa,gi amek tilam semua..pasang siap-siap..."cikgu Zabidi bagi arahan kat budak-budak yang tengah main lari-lari kat situ..ada yang sampai tersadung kaki sendiri,tak menyabor punye pasal...ade yang bantai karok dulu kat situ sorang-sorang,ada yang main korek hidung lepas tu nak selet kat orang....haihh budak-budak ni..tapi cikgu Zabidi tetap macho berdiri kat situ diam-diam..matang konon

"okay hari ni kita buat latihan lompat tinggi..minggu lepas cikgu hisyam dah ajar main lompat jauh kan.."

"okay cikgu!!"


"haa..cube korang try dulu lompat,cikgu nak tengok macam mana.."

ada sorang budak india terus bangun..lari laju-laju terus lompat...dia lompat...pap!,lepas....

tapi cikgu Zabidi nampak tak puas hati...


"ni cikgu nak bagitau ni..bahaya lompat macam tu..silap landing,mau terlajak mendarat atas lantai..bahaya...okay sekarang ni tengok cikgu lompat..ikut cara cikgu..."

"okay cikgu!!!"


cikgu zabidi lari slow-slow..dah dekat-dekat dengan palang tu,cantik je cikgu Zabidi lompat..lepas...tapi badan terlebih pusing..kaki jatuh dulu..

"bedebakkkkk!!!"

cikgu Zabidi landing atas tilam..nampak cantik...........



tapi sebenarnya kaki kanan cikgu Zabidi dah terselit kat celah tilam tu...lutut dah dekat lantai......budak-budak tak nampak



"okay,nampak tak cikgu lompat macam mana??..lepas ni ikut cara cikgu lompat..dah,cikgu nak gi tandas kejap"


"baik cikgu Zabidi!!!"




cikgu Zabidi bangun..pergi ke belakang bangunan...lap air mata sambil gosok-gosok lutut dia yang tengah benjol








seminggu cikgu Zabidi jalan terhencot-hencot

No comments:

Post a Comment