Saturday 11 August 2012

Kerisi 12 ringgit sekilo





fuh lama betul tak menulis cerita panjang..selalu tulis pendek pendek je..tak pun dialog

dah gua sendiri pun tak tahu nak tulis apa,apetah lagi nak buat panjang panjang...puiii





ha kali ni meh sini gua nak bercerita sikit..gigil gigil dah rasa jari ni..asyik main batu blok je tiap tiap hari,naik keras tapak tangan..paling lemah part simen masuk hidung..cengih cengih muka bersin..lu ingat tak penat ke bancuh simen ni..nak layan ke bersin lagi..naik keras bulu hidung korek malam malam


tapi semua tu tak penting..yang penting sekarang ni gua rasa sikit kecewa dengan sikap gua sendiri yang membiarkan kulit dimamah cahaya matahari..habis hitam..punah harapan kita nak jadi K-POP..kalau tak setakat lagu 2pm tu apa ada hal sangat nak joget..gua pakai but legen pun boleh buat la..pernah sekali gua terai mula mula dulu..jenis lutut kiri berlaga dengan pelipat belakang lutut kanan..lutut kiri sentuh lantai yang takda karpet..meraung jugak kejap..nasib baik masa tu gadis rumah sebelah tak lalu..eh,gadis rumah sebelah cantik cantik tau..time maghrib je mesti diorang bantai mengilai..mesti diorang mengilai sambil tepuk tepuk bontot member..lepas tu hidung berair mula merakas cari tisu..sekali gua sergah,diam terus..nampak gua ni jenis brader brader sound perempuan macam tu


dan pernah jugak sekali gua pergi rumah dia nak mintak nombor talipon rumah masa nak masuk internet dulu..fuhh..dan dan dia tinggal sorang..tengah mandi pulak tu...okay stop sampai sini je part ni..pandai la lu semua bayangkan apa yang berlaku seterusnya.



apa nak jadi dengan dunia sekarang ni gua pun tak tahu laa..ikan sekarang bukan main mahal lagi..ikan kerisi boleh cecah 12 ringgit sekilo..fuh melampau betul..gua tak salahkan nelayan..sebab gua tahu ikan sekarang ni makin bijak cari port nak menyorok..macam dah tau tau je bot ceklan nak tunda pukat kat situ..ngekek ngekek ketawa dalam air tengok member tunda air..nakal betul ikan sekarang..dengan berbekalkan pengalaman dan ilmu yang diturunkan oleh nenek moyang,diorang dah tahu macam mana nak elak kena sauk dengan pukat..mungkin diorang ada menjalani latihan renang laju laju serta belok secara mengejut tanpa guna sirip..fuh power betul


kesian ceklan..dah la bot kena sekong je takleh main jauh..mana taknya,2 kali kena dengan marin..gi hentam sauk jugak kat kawasan larangan..masuk kali ke 3,boleh pulak datang buah nak ngentan..mana tak hangin marin..haa senyap terus parking kat kuala..dekat setahun tak gerak..naik karat rantai stereng..nampak tekong serabut gi repair kat endau..tapi ceklan tetap tenang...start enjin kereta terus henjut cc main game joget joget..lu ingat ceklan tak power??kalau keyboard tu boleh bercakap,gua rasa dah habis maki dah ceklan dapat.


tengah sedap online,sushi king pulak boleh buat hilang kunci basikal..mengaruk depan kaunter merengek..budak ni tak boleh biar macam tu..boleh datang sawan nanti..kalau datang sawan dia,gua rasa darus dengan raop ni memang pakat tengok jela budak tu keras kat lantai..sushi king bapak kaya,tapi nak main komputer letak seposen..hah macam mana?









kalau macam ni la gaya nak ke laut,belum sempat keluar kuala dah terbalik











maksim ni makan lipan ke labah-labah sampai lincah betul jari dia tekan butang piano tu






2 comments:

  1. lincah lang balik rumah.. tekong telefon nak ikat ladung dekat pukat

    ReplyDelete
  2. sehari tak keluar rumah jahit pukat

    ReplyDelete