Friday, 27 December 2013
Merpati dua sejoli
Amni menekan butang on komputer ribanya..niat di hati mahu bermain game mungkin..ahhh sudah berkurun lama beliau tak dapat perform dengan cemerlang dalam permainan yang digelar DOTA..walaupun sebenarnya dia sememangnya NOOB.
weh bun..kau buat apa..termenung je aku tengok..jom lah main sekali
malas ah..kau bukannnya power..aku main dengan orang power je
yelah yelah..apa kau menungkan ni bun..nak kata putus cinta,awek pun takda
kau jangan sebut pasal cinta depan aku
kawan kawan kita ramai yang dah kawen bun..kau bila lagi..umur pun dah lanjut
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
berbuih mulut amni kena tumbuk
Saturday, 21 December 2013
Bob kepala
Epal hijau pembuka selera,
Assalamualaikum pembuka bicara.
ini kali gua taknak bercerita panjang,cerita dongeng ke,cerita rakyat ke,cerita cinta ke,bukan...tapi gua nak bercerita pasal kehidupan..adakah anda semua tahu erti sebenar kehidupan kita kat muka bumi ni..haaa gua rasa anda semua belum cukup power macam bob..kenal bob tak?..takpa nanti gua kenalkan..dia power.
ramai yang suka bersosial,dan ada juga yang tak suka..gua tahu..tak kisah,ini terpulang kepada diri masing masing..ada yang mahu lebih,ada yang takut terlebih,dan ada jugak yang tak sepatutnya lebih,tapi lebih lebih pulak..eh dah kenapa...itu normal,manusia kan.
gua?
gua biasa je..pasal gua ni brader brader,jadi gua ni slow la sikit..tapi kawan kawan gua semua lain macam..diorang ni betul betul mendalami maksud bersosial..nasib baik mereka salurkan keinginan tersebut pada jalan yang betul..bijak mengatur langkah,terutama bob.
gambar makanan adalah hiasan..lina dah cakap dia makan sikit je sekarang ni
itu tangan pejal..sasa bukan?
oleh kerana anggota tak mencukupi,jadi hanya ini sahaja yang ada..bob paling power
tahniah susar
antara guru yang masih kekal di mersing
antara kewajipan di jb
Seperti yang kita semua tahu,sekarang ni musim hujan kan..jadi,berhati hati lah kepada sesiapa yang memandu,jangan gopoh gopoh..mana mana yang kawasan rumah dia ada banjir tu,jangan nak buat gangster pulak pergi redah banjir tu..karang ada yang dapat sakit..kalau bob takpe,dia darah pahlawan.
Akan tetapi,hujan ke angin ke apa budak budak ni peduli..selagi mampu,mereka akan terus berjuang.
kacak bukan?
bob lebih kacak daripada pengantin..how?
selamat pengantin baru ruby dan sol....sol sol sol..
bob tetap mendahului
"u mad bro?haa?"
"kami masih single dan maskulin"
"wind of change"
abaikan kipas tersebut,gua bukan ramzul...mok pulak dan dan buat buat busy
"hahaha!!!!..kelakarnya lina ni"
ayu kan saya?mmmmmmmmm
brrrrrrrr.....gua pun tak tahu apa function diorang buat benda ni
"tadaaaaa!!!!"
"macam tak ke mana je sayur ni"
masing masing letih berbual..buat kerja tak penat mana pun
sebenarnya banyak sangat gambar,tapi tak larat nak upload semua..jadi setakat ini sahaja yang boleh gua kongsikan bersama..
terima kasih
Wednesday, 6 November 2013
Hantu
"ni semua ni kira berapa ni?"
"aaa..member member punya harga kan,250 jadi la..aku pun taknak makap banyak sangat..kesian..aku tengok korang pun bukannye berduit sangat..?
"apa celake sangat ayat kau ni..aku jab jap lagi baru tahu.."
"dah tu,aku tengok rumah korang ni pun dah macam ape dah..teruk sangat..cari la rumah lain"
"nak buat macam mana..ni jela yang dapat..murah pun murah..bilik pun 3..okay la"
"emmm..suka hati kau lah..ni aku nak pesan,mesin basuh tu kau cuci sikit dalam..lama tak pakai"
"haa yelah....dah dah,berambus..benci aku tengok muka kau..hodoh"
"setan"
Zamri mula mengemas..katil,tilam semua diletakkan dalam bilik..di tempat yang sepatutnya..walaupun rumah dia tak berapa nak cantik seperti rumah kawan kawanya yang lain,dia tetap tenang dah bersyukur..tapi kadang kadang,ada jugak dia maki hamun bila rasa panas..rumah macam oven
Paizal pulak sibuk pasang komputer..entah apa dia bikin tak tahu lah..bikin punya bikin,nanti meletup jugak..dah tahu sangat dah perangai dia..macam tikus baiki labu..lain nak buat,lain yang jadi.
punya la syok mengemas,sampai ke malam..masing masing dah penat
"weh jom basuh baju..kita test mesin basuh ni nak?"
"jom bak datang la celake!!"
"kau dah apa pasal nak marah setan??!!haa ni makan dia!!!"
berbuih kejap mulut Paizal kena siku
****
grooooooommmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!gedebuk gedebak gedebuk gedebuk gedebuk!!!!!
.
.
.
.
.
.
"woiiii woiii mesin basuh kita nak lari dari rumah woiii!!!cepat tangkap!!"
punya la buruk rumah,sampai mesin basuh pun tak sanggup nak duduk dalam tu
Sunday, 13 October 2013
akademi fantasia
abang....
abang.......
abang.........
bukak lagu abang.......
aku tak tahuuu menilai cintamu,
aku tak mampuuuu pertahankan...
nepal pun minat lagu hafiz..otak dieeee
Sunday, 15 September 2013
Command & Conquer
gua lihat jam di dinding.
tepat jam 8.
"nampaknya rakyat malaysia tak pernah lupa tentang erti kemerdekaan"
"dik,apa yang adik tahu tentang merdeka dah hari malaysia?"
|
|
|
|
|
|
"aa..merdeka ni hari kita bebas dari penjajahan,hari malaysia ni adalah hari penubuhan malaysia dengan gabungan sabah sarawak dan tanah melayu"
bebas ke kita?korupsi dalam kepimpinan,orang melayu pakai baju tak senonoh arah,rambut berkaler sana sini,ketat sampai gua tengok tak berkelip,kpop sana sini,bunuh sana sini,kena rotan sikit repot mak..
tapi running man memang sedap layan..ihiks! puihhh!
Sunday, 18 August 2013
Go go power rangers
mungkin ramai yang sibuk beraya..itu gua tahu
dan ramai juga yang tak ambil pusing pasal raya.."alah,aku tak rasa macam raya pun..macam biasa je"
walaupun gua macam ni,tapi sebenarnya gua tetap anggap hari raya ini adalah hari raya..best apa raya..pergi melawat saudara mara,tayang baju raya,pergi rumah orang bedal kuih raya,minum air orang hidang..berjalan sana sini..
pergi ziarah kubur.
"emmm,batu kat kubur ni pecah sebab hari tu pokok tumbang ni..angin kuat"
pakcik ni dah apa pasal tak bagi salam tiba tiba cerita pokok tumbang..terkujat sekejap gua tengah cabut rumput..
doakan kejayaan dan keselamatan gua.
Saturday, 17 August 2013
Tuesday, 23 July 2013
Jumper!
bruppppp!
alhamdulillah.
gua bingkas bangun.
teh o gua tuang dalam gelas.
fuhh berasap asap gua tengok.
panas.
"kriukkkkkkk.."
pintu rumah gua buka perlahan.
ahhhh lepas sahur sedapnye rasa duduk kat beranda taim taim begini.
angin malam..sejuk.
gua rasa tenang.
air dihirup sedikit demi sedikit.
hmmmm nikmat dunia.......................
MIOWWW!!!!!!!!!
murah rezeki elly payung berbuka tempoh hari
terangkat gua..barua punya kucing tiba tiba berbunyi..
p/s : hari ni bapak gua teringin nak makan roti jala..jadi mak gua buat roti jala..tak tahu lah nanti adakah bini gua boleh buat semua ni untuk gua nanti
Wednesday, 26 June 2013
Smile
"Assalamualaikum.." gua beri salam sebelum melangkah masuk ke bilik..
Gua lihat Pert sibuk korek hidung lepas tu selet ke dinding.
Badat pulak sibuk timbang berat badan..hampir 13 kali jugak gua tengok dia melakukan perkara yang sama sedangkan bacaan tidak berubah.
berkerut kerut dahi Bun ngadap laptop..melihat gambar sendiri dengan muka kesal tak jaga makan..bahagian punggung semakin membesar..hmm
Ibnor duduk terpaku..mengusap usap dagu sendiri..hampir luka gua lihat jari jemarinya..hmm tajam mungkin
Botak leka dok 'iron' rambut..sudah genap 5 hari dia buat kerja tu,sedangkan seurat rambut dia pun gua tak nampak jadi lurus..
Muo?hmm..hampir menangis gua melihat gelagatnya..terbeliak biji mata sambil mencekak rambut sendiri akibat kepedasan...hampir tercekik juga mungkin
Mat memicit micit jerawat di muka sambil terkumat kamit mulutnya dok maki ke jerawat tersebut..tetapi,rambutnya yang panjang membuatkan dia rasa begitru kacak..kembungkan sedikit pipi,korea..
Karim tak henti henti kepit hidung dengan penyepit baju..dia mengharapkan sesuatu..sesuatu yang digelar 'miracle'.
Ijat dari semalam gua tengok dok usap usap dahi..kering agaknya..seperti gurun yang ketandusan air.
Dan tak semena mena Pot masuk ke bilik..sambil muncungkan bibir.
"weh pot,aku nak surf internet ni..macam mana?"
"kau amek pendrive ni,cucuk..lepas tu main ah tenet" Pot jawab selamba
"ohh yeke...YEAYYYY!!!! sayang kau Pot!!"
"EH TAKDA PUN POT..NO INTERNET CONNECTION DIA TULIS KAT SINI"...Ijat jawab slow
gelembung semua ketawa
maafkan aku kawan kawan jikalau ada yang tersinggung..aku cuma rindukan kamu semua
cuba teka yang mana satu ijat?
Saturday, 15 June 2013
Che' Lan the warrior
titt titttt!!
"siapa pulak mesej tengah tengah hari buta ni" gua bermonolog sendirian..gua garu pipi,siku,perut..malas nak capai henpon..ambik angin kejap..
"ngenjut sorang sorang kita gini kat jeti..codoh perangai" gua baca dengan nada tenang..hmm gua dah boleh agak dari awal siapa hantar mesej ni..siapa lagi kalau bukan mat derih pahlawan kampung air merah..jenis suka mesej bukan bukan tak masal..takpa,gua layan..member punya pasal..
"parok mbeng mu derih..mu ada mana kibol?main mende ngenjut sorang sorang..ada naik?" gua riplai lincah..berkipas jari menekan.
"ada la sikit sikit..anak selor"
"caru takda naik?"
"takda di..berembas masing masing nak tembo balik..kita ni jenis nahan taim air nak keluar"
"jom jeming malam ni derih..ajak che' lan."
"lakk datang selak ke nak jeming..codoh..che' lan kat segamat hantar kepok..guane kite?"
"takpa malam karang ada la tu..aku nak pinjam novel dia sekali..novel terlanjur kabo.."
"hahaha..lakk..ening ale ite gini"
tempat jeming dah tutup..buah last masing masing balik rumah tidur..CODDOHHHHH!!!
Tuesday, 11 June 2013
Sayang menyayang cinta dikenang
tiada kata secantik bahasa.
tiada rupa secantik lukisan.
assalamualaikum pembuka bicara,
buah mempelam pembuka selera.
daun selasih burung kedidi,
daun pakau buat berjudi.
ada satu suara yang menuju ke telinga gua,
"kita kalau takda rasa nak semayang,takyah semayang"
gua malas nak komen apa apa..pandai lu semua lah..dah beso panjang
Saturday, 1 June 2013
Nobita
"ha kau jaga sana"
"kau,sana!"
"hah,kau pulak hujung sana!"
"kat sini biar aku jaga"
jam 3 pagi tiba tiba gua rasa nak pergi main rondes kat padang..jangan main main sama gua
Sunday, 26 May 2013
Helang Merah
gua tukar gear neutral.
gua turunkan tongkat superbike gua.
langkah dimulakan dengan kaki kanan.
"cik,kasi winston sekotak"
"burrrpppppppppp!!"
gua garu pipi.
***
"orang kalau dah sendawa sebut alhamdulillah"
"saya sebut dalam hati cik......."
"tu lah..mulut je cakap gitu..tapi tak buat pun..tu lah orang sekarang..hmm cakap senang..tapi nak buatnye payah..bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla..........................."
eh makcik ni dah apa pasal tiba tiba nak mengaruk sendiri..gua ni dah la letih buat kerja kawen..elak gua bukak silat gayung je kejap lagi
Thursday, 16 May 2013
Addicted
gua bukak twitter.
gua ada terbaca satu kawan tweet, 'minat menjadi beban'
lu semua tahu apa yang dikatakan minat menjadi beban?
gua dah rasa,gua dah alami,gua dah selami,gua dah harungi,dan....memang best!
Sunday, 12 May 2013
Whitebeard
Oh! Ibu~
Kau disiram bayu pagi~
Kehilangan terasa kini~
Dan kesepian~
Dan aku~
Bagai purnama gerhana~
Di ibarat lautan kering~
Tiada tempat ku layarkan...............~~
PECEPEKKKK!!!!!!!!!!
haaaa!!!kan dah kena..kasut sekolah tu pergi basuh dulu..!! dari tadi dah mak suruh!! asal suruh tak pernah nak buat selalu...pergi!!karang ada yang birat bontot tu!
pada gua inilah penyelamat dunia ketika gua sekolah rendah
tak pernah lagi gua jumpa budak sekolah yang rajin basuh kasut sekolah pada waktu hujung minggu..kalau ada,budak tu memang legend
Saturday, 27 April 2013
Batman
bersempena hari yang mulia ini,gua nak beri sedikit ucapan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yesss gua dah sihat!!!
taim sakit,baru tahu nikmat sihat..syukur.
dalam tempoh gua sedang sakit,baru gua tahu cita cita sebenar gua..gua nak jadi batman
Saturday, 20 April 2013
Ninja turtles
Assalamualaikum semua..ini malam mood gua lembut,jadi tiba tiba rasa nak bagi salam dulu..kalau tak,gua redah terus je..
gua sekarang kat terengganu..maklumlah,tahun ni kan tahun melawat terengganu..masuk ni dah banyak kali gua ke sini..jadi dah bosan..macam takda arah tuju..ibarat berenang sambil tutup mata..maaf kalau tak kelakar
memang tak syok kalau gi berjalan dalam keadaan tak berapa sihat..rasa macam nak capai kepok lekor lepas tu libas kat ketiak member..nak mengaruk tak masal..tapi alhamdulillah sekarang dah sihat sikit..boleh la gua berenang rentas dari KT ke seberang takir..
tadi gua jumpa kenalan lama..hampir 14 tahun tak jumpa...oh kejap gua nak ke tandas..sakit perut la pulak...okay dah..sambung balik..gua jumpa diorang,berbual dan bersembang..gua rasa eksaited pasal rindu..yang dulunya macam keluarga kedua gua masa kecik..banyak perubahan..
dan apabila sampai waktu di mana gua rasa tak keruan..gua malu,segan apabila beberapa soalan yang gua tak terjawab dengan kata kata..tak terluah..ahh geram betul..pasal apa?pasal soalan basic je woii..soalan apa??...............
adakala sesuatu yang datang,kita rasa macam tak perlu..yang kita harap,tak selalunya dapat..itu semua orang tahu..gua saja nak tulis lagi pasal nak kasi nampak yang gua ni pandai bermadah..puihh suka hati gua lah..
tapi sampai bila gua perlu mengelak..sampai bila gua perlu begini apabila benda ni datang lagi..hikmahnya,benda ni buat gua berfikir..dah puas fikir mula rasa nak menulis..padahal sebenarnya gua tak tahu nak buat apa..ingat nak pergi memburu,senapang pulak takda peluru..lupa beli
apabila datang kesukaran,gua cuba jadikan benda tu sebagai satu cabaran..pasal kalau gua dok asyik melayan perasaan,memang sampai ke sudah la gua jadi ayam berak kapur..tapi jauh di sudut hati,gua down sebenarnya.
maaf kalau entri kali ni nampak poyo..gua tahu mesti ada yang menyampah..apa gua peduli..pasal gua pun dalam keadaan nak muhasabah diri ni..pehh lagi poyo..ah pi lantak
"andai dapat,ku undurkan putaran dunia..ingin ku ubah segala kata kata dan tingkah laku ku" gua menyanyi tadi dalam jamban.
Cikna,Cik Jakpo,semoga kita berjumpa lagi.
Saturday, 13 April 2013
Jip..jip..jip...jip jahanam??
"broommmmmmmmmmmm..." sayup je bunyi moto kriss lalu....
weh pondan mana tu?
entah..
jom follow dia.
jom.
.........................................
woi woi pejabat agama woii..blah blah blah!!!
che lan dengan mat derih punya cuak sampai entah jalan mana dia pergi,jumpa jalan mati.
cerita sini habis sini la..sekali pondan tu usap belakang mat derih,ke atas terus anak mata member..wek ehh parok stim
padahal tu jip pejabat kesihatan..orang tu nak balik rumah nak tidur.
dan gua?............
gua dah 5km jauh dari tempat kejadian...puiihh!
Sunday, 7 April 2013
Buku tulis dan sebatang pensel kayu
okay..hari tu saya dah beri syarahan tentang anak muda...
sekarang ini,saya akan sambung syarahan saya..untuk menyeru kepada semua golongan manusia tak kira di mana..di utara,selatan,timur dan barat..saya bukan berdiri kat sini pasal nak bentang manifesto ke janji manis ke apa..gua tak macam PERT DOHERTY..dia tu sayur..kalau dia ada kat depan saya sekarang ni,memang saya hentak terus kepala dia..
YANG PERTAMA tama sekali!!! haa nampak saya sungguh bersemangat....saya nak tanya kepada anda semua..adakah anda semua suka kena marah tak pasal pasal??haaa..itu yang paling penting..sebab apa,sebab tak pasal pasal sebelah telinga je kena tengking..eh dah ape pasal?ini bukan budaya kita..ini budaya orang yang tak jaga solat..ops sori kalau terasa.
okay yang kedua..benda ni ramai yang tak nampak..ramai yang ambil mudah..apa dia anda semua nak tahu??nak tahu??okay saya akan beritahu..orang putih kata 'social skills'..tapi saya tak layan sangat bahasa orang putih ni..saya orang melayu..jadi saya gelarkan 'kemahiran bersosial'..
anda masih ingat ketika anda berusia 6-12 tahun?apa yang anda gemar?apa yang anda suka?apa yang anda selalu buat?..jikalau anda semua masih mampu ingat,anda memang power..tak macam saya..saya banyak dah lupa..masa tadika,satu perkara yang saya masih ingat..di mana masa tu budak budak suka main 'ikat pensel'..cara dia mudah..silangkan 2 batang pensel kayu,sorang lagi buat acah acah ikat..konon ada tali ajaib..bila dialihkan,dapat rasa sedikit melekat pensel tersebut.....benda tu pun dah jadi mainan,seronok..siap ada yang bergasak pasal berebut nak jadi tukang ikat..konon nak budak perempuan kagum..
ada satu budak cakap kat saya.."ala bang,dulu lain..sekarang dah lain..sekarang dah maju"...saya suka statement tersebut..sebab apa,sebab dia cuba mencipta satu argument tentang isu ini..okay..memang dulu lain..tak maju macam sekarang,henpon setakat main sentuh sentuh..dulu henpon pun macam pulut susah nak jumpa..tapi cuba fikir..pemikiran kita bergerak sepatutnya bergerak seiring dengan kemajuan..dulu takda henpon,orang semua pakat guna pablik,telefon rumah..sebab setakat tu je yang ada..masih boleh berkomunikasi..masih boleh bercinta,masih boleh berkahwin..elok je
sekarang,mana pergi tradisi kita..bergaul sesama sendiri..bergasak,bertumbuk sama sendiri..kau tak puas hati dengan aku,kau post dekat fesbuk,twitter..mana pergi "weh kau mari sini..apa yang kau tak puas hati sangat kat aku?"..mana pergi?mana?
budak tingkatan 5 panggil masuk bilik..konon nak 'tarik'..dulu yang kecik kompem diam,tadah badan..tak pun sparring..apa point sekali pun saya tak ambil pusing..tapi daripada benda tu,sebenarnya ada isi..dia nak tarik point entah apa apa pun lantak dia..tapi yang kena ni..dia akan lebih beringat..ingat pasal apa..pasal 'HORMAT'..
budak sekolah sekarang??..sori...sedih saya tengok..sebab orang tua kita,mak bapak kita,atok atok kita,diorang lagi kuat??kenapa boleh bersusah susah untuk anak?keluarga?sebab sebelum itu mereka dah rasa apa yang sepatutnya..selalunya,mereka akan bercakap dan bertindak mengikut tekak mereka sendiri..sebab?sebab mereka tak terpengaruh dengan kemajuan..tapi bukan semua lah..ada jugak orang tua yang tak sedar diri..ops maafkan saya.
satu keluarga pergi ke kedai makan..3 orang..ayah,ibu,dan seorang anak..ketika pelayan sedang mengambil pesanan,si ayah sedang memegang henpon..si ibu memesan minuman dan makanan..ibu bertanya kepada ayah, "abang nak minum apa?"..tanpa mengalih pandangan dari skrin henpon,si ayah menjawab "teh tarik"..lalu si ibu bertanya pula kepada anaknya..anaknya menggeleng tanpa sepatah kata sambil menekan nekat skrin 'Galaxy Tab'..sepanjang mereka duduk di situ,ayah dan anak tidak pernah lepas daripada item mereka....di mana perbualan?di mana ambil berat?di mana pergaulan?di mana kasih sayang?mana pergi?..bukanlah maksud saya mereka tu takda terus rasa sayang sama sendiri..kasihan..apa dia fikir item item tersebut boleh memberi kenyang?boleh pujuk bila sedih?boleh hilangkan rasa sakit?..saya terkilan
jikalau dulu zaman ayah kita masih muda,berambut panjang berseluar yankee..tidak dapat lari daripada perkataan 'melepak bawah pokok,bermain gitar'..tapi sekarang?..susah nak jumpa..ramai ke bandar,lepak cafe..sama macam saya,selalu keluar..puihh!..hmm tapi samalah juga..seperti saya melihat budak budak sekarang,tiada lagi layang layang,gasing,mengail,guli,cop tiang,lempor tin,baling seliapar..mana??mana??nampak macam tak penting..tapi sebenarnya,dari situ sebenarnya kita akan tahu erti "BERGAUL".
wow..gua sendiri tak sangka boleh jadi panjang macam ni..taknak baca dah!puihh!
Monday, 25 March 2013
Camel Active
gua bukak fesbuk.
gua skroll ke bawah mouse.
gua baca suapan berita yang terpapar di skrin.
selalunya,gua menyampah baca quotes yang orang share.
tapi kali ni gua terpikat dengan satu.
bila kita berjaya
kawan kawan kenal siapa kita
tapi bila kita jatuh
KITA KENAL SIAPA SEBENARNYA KAWAN KITA
bukan gua nak perlekehkan kredibiliti seorang kawan,bukan salah mereka..tapi pada gua ayat ini ada kebenarannya..
no hard feelings okay!haaa gitu...puii!
Sunday, 17 March 2013
Sekapur sireh
Assalamualaikum semua..berdirinya saya di sini,adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk.......
"Anak muda harapan bangsa"
Seperti yang kita lihat sekarang ye,arus pemodenan memberi kesan yang begitu kuat kepada jiwa manusia sejagat..tak kiralah tua,muda,bayi,nenek,atok sedara,maklang,pak teh, dan kaum kerabat yang lain..yang tua sering cuba untuk belajar,dan yang muda sentiasa mahu mencuba..tiada beza,melainkan isu umur dan fizikal..
Kenapa langit dicipta,dan bumi juga terbentuk..ini adalah tentang pasangan dan keseimbangan..lelaki 'gu' dia perempuan,gelap lawannya cahaya,hitam lawannya putih,baik lawannya jahat,nyamuk lawannya tapak tangan,dan saya?..lawan saya adalah babi..kenapa?pasal sejak kebelakangan ini babi sering melintas jalan ketika saya sedang menunggang motosikal..dasar babi..
dah saya dah takda mood nak bersyarah lagi..sebab apa??sebab saya lapar..saya nak makan..bai assalamualaikum.
maaf sebenarnya gua nak buat entri pasal benda lain..tapi tak jadi pula..puihh!
Friday, 15 March 2013
Ultimate disturbance
Gua rasa seperti nak berak.
gua pergi tandas.
gua mulakan langkah.
pap!!!
nyamuk buat gua sakit hati..lari tune gua nak berhadas dengan tenang
Sunday, 10 March 2013
Saturday, 2 March 2013
Woiii!!!
"aku dah gerak" gua hantar mesej.
"okay" dia reply
krekkkkkkkkk!!! gua senjah handbrake
gua bersandar.
gua tengok gelagat dia.
terkocoh kocoh depan pintu.
20 minutes later....
bam!! pintu kereta dia hempas macam pintu peti sejuk rumah dia.
"weh tak jadi pergi sana." gua mula berbicara.
.
.
.
.
.
.
.
dengan dahi yang berkerut,
"Woiiiiii!!!!!!!!" dia mengaruk.
jenis jerit guna suara dari dalam perut.
gua hantar dia ke pekan dan kemudian hantar dia pulang ke rumah..tak memasal gua jadi driver dia pada hari tersebut.
Wednesday, 27 February 2013
Keras waktu pagi lembik waktu tengah hari
manusia ni selalunya leka bila dah senang.
bila sihat tak ingat sakit.
bila kaya tak ingat susah.
bila suka tak ingat sedih.
bila dah ada kekasih tak ingat mak bapak.
bila hujan tak ingat panas.
bila kering tak ingat basah.
bila kuat tak ingat lemah.
gua selalu macam tu agaknya
Saturday, 23 February 2013
Di ambang sore
dik,bubur kacang satu
ok
...............
emm dik,siapa meninggal petang petang gini?
apa dia ingat malaikat tu kerja cabut nyawa ikut shift pagi ke petang?
Thursday, 21 February 2013
Tuesday, 19 February 2013
Hak peribadi
gua ingatkan dia lambat
hampir 5 rukun dia ketinggalan dengan imam
dengan tiba tiba dia rukuk sebelum imam
rupa rupanya dia tidak termasuk dalam jemaah bagi solat tersebut
tapi kenapa?
dia bukan musafir yang nak kejar masa.
dia orang sini sini jugak.
gua selalu nampak muka dia.
gua musykil..nampak sangat tak khusyuk..puihh!
Thursday, 14 February 2013
V-Tec 2.0
Zamri membuka pintu kereta.
lengan baju diangkat sedikit..jam menunjukkan jam tepat pada pukul 12.15 tengah malam..
sambil menghela nafas,dia menggonyoh mata kiri..lalu diambil briefcasenya yang mengandungi dokumen penting bagi urusan kerja..
"ahh..tertinggal pulak!..lantak lah!"
Zamri malas ambil pusing..dibiarkan sahaja salinan kertas kerja di pejabat..malas
enjin kereta dihidupkan..terus bergerak pulang ke rumah..letih
.......
dengan lemah Zamri membuka pintu rumah.
*
*
*
*
SUPRISE!!!!!!!!Happy Valen.........................
prap!
sap!
pap!
tap!
bum!
tap!
terbaring Syila kena silat dek Zamri..kejadah apa buat terkejut tengah tengah malam
Islam tak suruh kita sambut menatang tu...kan padah dapat
Saturday, 9 February 2013
We're all to blame
Friday, 8 February 2013
History channel
weh mu nak keluar ke malam ni?
ha kenapa?
alaa ika baru nak mintak ajar add maths.
ah senang je tu.
susah la..bab janjang aritmetik apa semua tu.
ha bak datang soalan dia..sekejap je abang edi setelkan.
.
.
.
.
.
nah.
......................
esok jelah abang edi ajar..malam ni tak berapa sihat la
entah apa benda dia tulis gua pening sekejap..jenis dah lama tak sentuh..nasib baik gua power..puiii!
Tuesday, 5 February 2013
Gua vs Impian
semua orang ada impian.
gua pun ada.
apa lu semua ingat gua ni reti samok je ke?
gua pun ada juga fikirkan tentang masa depan.
setiap hari gua tengok gelagat orang.
melayan kerenah anak balik sekolah.
anak bujang main ipad.
anak dara main bb.
impian gua mudah.
suatu hari nanti,gua ada kerja yang sedap.
tolong orang tua gua.
ada bini,anak anak,kereta,rumah.
bila dah tua,gua pencen.
duduk rumah,berehat.
layan kerenah anak anak,cucu cucu.
tapi,setiap kali gua fikirkan.
adakah sempat untuk gua jumpa semua tu.
adakah sempat untuk gua melalui zaman tua gua.
ajal dan kiamat menjadi penentu.
jadi,gua renung balik.
adakah cukup solat gua?
adakah cukup amalan gua?
adakah baik tingkah laku gua?
adakah terjaga penglihatan gua?
adakah tertunai tanggungjawab gua?
adakah jujur tindakan gua?
adakah ikhlas pemberian gua?
adakah terlindung aurat gua?
tidak selalunya gua terfikir pun.
ikut masa dia.
pasal gua tak dapat lari daripada leka.
gua tak cakap untuk lu semua pun...tak..untuk gua sendiri
Sunday, 3 February 2013
Mitos kegemilangan
Pada suatu hari..ketika itu sang kancil pergi bersiar siar..ketika itu matahari sudah kian tenggelam di celah gunung *macam lukisan taim sekolah rendah,tu jela yang gua reti lukis masa kecik*puii!!..sang kancil ini sangat dalam kelaparan..sambil bersiar siar,dia mahu mencari makanan untuk bekalan pada waktu malam..
ketika dia sedang leka berjalan terkedek kedek manja,dia terserempak dengan sang ular..sang kancil tergamam..takut..terus diangkat kaki depannya lalu menggigit jari..aneh bukan?gi mampos!..ini cerita gua
"apa kau buat di sini sang kancil..!!"sang ular sergah
"saya saje jalang sini..nok cari makanang.."lakk,kancil ganu rupanya
"kau blah!sini takda makanan..dah habis"sang ular jelir lidah
"baik bohh..woh!" sang kancil menganjing
sang kancil beredar dari situ..di simpang tiga,dia amek kanan..tak lama selepas itu,dia ternampak ada satu kedai burger..sang buaya pemiliknya,berdiri sambil sagat timun..sang kancil buka dompet..hmm..hanya ada sekeping wang rm5..cukup atau tidak untuk beli 2 biji burger..
"bang,beger ayang bape se?"sang kancil terus tanya tanpa bagi salam
"2 setengah je dik.." sang buaya menjawab tenang..
"bagi 2 bang" sang kancil teruja
puk!
pak!
puk!
pak!
"siap" sang buaya hulur tangan kiri..
"okeh" sang kancil hulur tangan tanda mesra dan terus mengambil langkah untuk beredar
.
.
.
.
"mana duitnya barua..........." sang buaya sound sinis dari jauh sambil cekak pinggang
"hehe..sori bang" berlari sang kancil pergi bayar
dalam perjalanan pulang ke rumah..sang kancil berjalan riang..senyuman terukir di bibir..gembira kerana sudah ada juadah untuk disantap waktu malam..
tepuk dahi gua taim tengok gambar ni pada mulanya..cuba lihat betul betul,itu bukan bontot!
terbaring gua depan tv dah bantai 2 bijik burger
Saturday, 2 February 2013
Kecewa Abadi
....................
.
.......
.
.
..
.......
..
.
.................
.
.
.
..
..................................
.
.
...............
........
.............
taktau nak tulis apa..bai
Wednesday, 23 January 2013
Pelesit Kota
haihh...banyaknye lori hari ni
tu lah pasal..nampak gaya kalau dok ikut bontot lori ni mau malam sampai mersing
***
pap!!!
gear 4
gear 5
signal kanan
gear 4
gear 5
signal kanan
gear 4
gear 5
signal kanan
gear 4
gear 5
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
di,singgah situ jap..mak nak beli pisang
sambil menunggu mak gua duk milih pisang,gua melihat lori lori yang dipotong tadi sambil garu ketiak..pui!
Monday, 21 January 2013
Kasih yang suci
woi malam esok pukul 8..sate
ala aku nak gi kl esok lawat sedara aku sana
okay takda hal..biar aku dengan elly jelah..deris kata nak balik
****
hai uolllsssss!!!
makdiah(nora elena) tak jadi gi kl..adakah disebabkan..............Deris@Seth ???
nantikan sambungannya.....
Sunday, 20 January 2013
Rahmat
mersing dah masuk 3 hari hujan tak henti
air naik
ombak kuat
angin kuat
sejuk melampau
terima saja apa yang Tuhan beri
Thursday, 10 January 2013
Blushing
bang
ye?
wah..janggut kau cantik la..
aaa.. (gua senyum)
umur kau berapa?
21 (yang ni gua tipu)
kau ni hensem la (yang ni pun gua tipu jugak..kahkahkah..pui!)
kau dah kawen?
belum
kau nak jadi menantu aku?
aaa??
kau pilih je nak yang mana
hahaha..takpelah cik..nanti la dulu
tu mak kau ke?
eh bukan..makcik
aku bagitau makcik kau eh
hahaha..bagitau la
diorang ni semua belajar lagi..tengah cuti sem
hahahaha..okay okay
first time gua kena sakat macam tu..merah merah pipi gua malu..sumpah
tapi anak anak dia memang lawo..serius
Friday, 4 January 2013
Madu 5
3 Januari 2013..permulaan yang bagus bagi gua..pasal apa?
pasal gua dapat lepak dengan kawan kawan lama,yang susah jugak nak jumpa..sebab diorang ni perempuan..gua kalau dengan perempuan ni kurang sikit..gua noob..gua bukan jenis kaki suka tunjuk power depan gadis..
haa tak percaya? tak percaya sudah..pasal gua tipu je..
"woi mana korang ni?kata pukul 3.."
"ada konflik sikit..lepas asar pulak"
"ha yelah"
****
"woi mana korang ni?kata 430"
"kejap..kitorang kat rumah zawanah..tunggu dia siap"
"ha yelah"
belum apa apa dah bergambar..gua ikutkan saja
tapi ada bagusnya juga gua melepak dengan gadis gadis,pasal diorang ni suka bercerita tentang kisah mengenai kehidupan..atau bahasa kasarnya,bergosip..peh gua pantang betul dengar orang nak bergosip ni,terus bersilang kaki gua bersila pasang telinga..pui!
gua buat keras badan depan gadis..cara bukan?
sambil makan sandwich gua lihat gelagat masing masing..semua nampak semakin matang,macam gua juga..dulu taim sekolah rendah bukan main gelepor lagi..masing masing baju bersambal..cuma gua je tak..pasal gua sentiasa jaga kebersihan..kahkahkah..pui!
gua tetap comel bak kata kawan gua
gua pun tak tahu macam mana gua boleh terjebak dengan diorang ni pergi picnic kat pantai..dah lah tengah musim angin kuat..bukan main keruh lagi air laut..padah dapat air liur makdiah ajelah ke muka..bukan main menyembur lagi kalau berbual..pui
P/S : terima kasih pasal ajak gua
Wednesday, 2 January 2013
Back to school
"alaaaaa malasnye nak balik sekolah...arghhhh...", adik gua merungut sendirian
gua tenang..malas nak campur..biarkan..itu soal hidup dia..zaman gua dah lepas untuk semua ni..tapi,makin dia merungut,makin kuat gua tekan pedal minyak..biar makin cepat sampai..kehkehkeh
"e eh ika....apa tu....cantiknye..." gua berkata sambil jari menunjuk ke arah pagar sekolah
"eii teruk..!" sebijik pukulan hinggap di bahu gua..takpa,gua terima..nasib baik adik..kalau orang lain,mau gua dah bukak silat lawan balik..gua ni berdarah pahlawan tahu..pui.
"stop stop!!"
"kenapa cik?"
"aaa..encik,nak pergi mana?"
"aaa..nak hantar adik balik sekolah la..ke mana lagi"
"sticker mana,stiker???"
"ohh..ada..tak tampal lagi"
"haa nanti tampal"
"okay"
macam tu gua berbual sama pakgad sekolah..sibuk ke stiker..benda kecik je pun..tanya macam gua bawak masuk dadah dalam sekolah..gua parking kat dalam,kat asrama..nampak tenang,ramai tak datang lagi..
2 jam kemudian..
"JLS 8842 kereta siapa??!!..sila alih kenderaan anda sekarang!!!" pakgad tadi nampak mengah kawal trafik dalam sekolah..jem..kereta tak boleh keluar masuk sekolah pasal orang parking kereta ikut suka hati..
haa tu lah,sibuk sangat nak cari silap orang,silap sendiri tak nampak..patutnya dah tahu orang ramai nak masuk sekolah,stanby la awal awal semua..berpeluh ketiak lari sana sini..tahan kereta sini,kereta sana jalan..tahan belah sana,sini pulak jalan..
gua rilek minum air kotak teh kundur sambil tengok budak budak sekolah yang cun cun.
Subscribe to:
Posts (Atom)