Monday 4 June 2012

Bedtime stories - Nyamuk



Tersebut lah al-kisah,mengenai nyamuk..pada zaman dahulu..nyamuk ini amat ditakuti oleh semua lapisan masyarakat..hal ini kerana saiz nyamuk itu adalah sebesar seekor ayam jantan..setiap kali nyamuk itu datang mencari mangsa,sudah tentu mangsanya itu mati kerana kekeringan darah dalam badan..apatah lagi,melihat wajah nyamuk nyamuk itu,sangat menakutkan..

Jauh di pedalaman,kampung Perigi Tua sering saja menjadi tempat untuk nyamuk itu mencari makanan..pasti berlakunya peperangan antara dua makhluk itu..akan tetapi,jika mahu dibandingkan,jumlah manusia adalah lebih banyak yang terkorban..dengan kelebihan nyamuk itu yang mempunyai sayap dan mudah untuk terbang ke sana dan ke mari..

Kusut kepala ketua kampung tersebut..memikirkan masalah yang melanda di kampungnya..berkali kali mencuba strategi baru untuk membanteras keganasan nyamuk tersebut,tetapi tidak satu pun yang berjaya..tidak dapat mengenal pasti apakah kelemahan binatang tersebut


Pada satu malam..semua penduduk kampuang Perigi Tua berkumpul..mahu berbincang untuk mendapatkan penyelesaian berikutan masalah itu..bermacam-macam pendapat yang dilontarkan..berlaku juga sedikit pertengkaran..masing masing mahu menegakkan benang yang basah..ketakutan menghantui diri..


Akibat kekecohan yang tidak terkawal,ketua kampung tersebut mula menggunakam kuasa yang dia ada sepenuhnya..dia mengeluarkan cadangan supaya beberapa orang kampung perlu keluar mengembara daripada kawasan kampung tersebut untuk mencari sarang utama nyamuk nyamuk tersebut..

Keadaan menjadi suram..semua terdiam..kerana patuh akan arahan ketua..akan tetapi,tiada seorang pun yang berani menawarkan diri untuk menjadi pengembara tersebut..takut

Sehinggalah seorang pemuda bangun dan berani ke hadapan..sikap berani itu membuatkan orang lain kagum..dan selepas itu,2 orang pemuda lagi tampil ke hadapan.....

Segala persiapan dibuat secara bergotong royong..3 pemuda itu diajar bermain senjata,asas asas pertahanan diri,ilmu perubatan,dan macam macam lagi..manakala dari segi peralatan dan bekalan makanan diuruskan oleh orang kampung yang lain..apabila sudah genap 4 hari..mereka sudah bersedia untuk memulakan perjalanan

Hari pertama mereka berjalan keluar,tiada sebarang masalah yang mereka hadapi..

Hari kedua pula..setelah penat berjalan..mereka berhenti di satu kawasan..menghidupkan unggun api untuk bakar jagung mentah yang dibekalkan..sedang mereka makan,terdengar bunyi yang begitu kuat..

Kelihatan beberapa ekor nyamuk terbang ke arah mereka..begitu menakutkan..atas tiada pilihan lain,mereka terus mengeluarkan pedang masing masing..mereka dikepung oleh nyamuk..akan tetapi,mereka pelik kerana tiada seekor nyamuk pun datang menghampiri mereka..dan ketika itu,baru lah mereka perasan,bahawa nyamuk ini takutkan asap...


Terus mereka nyalakan lagi api..dan dibiarkan asap semakin banyak..lama kelamaan,nyamuk nyamuk itu pun beredar dari situ..setelah keadaan reda,mereka bertiga terus bergerak pulang ke kampung..diberitahunya kelemahan nyamuk itu kepada semua orang..

Selepas daripada itu,setiap hari penduduk kampung akan menyalakan obor yang banyak di keliling kampung..disebabkan itu,nyamuk nyamuk tidak dapat memasuki kawasan kampung itu lagi..penduduk kampung tersebut dapat hidup dengan selamat..tidak takut lagi..


Oleh kerana tidak mendapat jumlah makanan yang mencukupi,nyamuk nyamuk itu semakin lama semakin berkurangan..dan saiznya juga turut berkurang kerana kekurangan zat mungkin..

Dan,sehingga kini,nyamuk sekarang hanya bersaiz sangat kecil..sekali kena tepuk,mampos terus..begitulah sejarah silam tentang nyamuk...








bayangkan kalau nyamuk ni besar ayam..mana tak mampos kalau kena gigit









cerita ni abang gua yang bagitau time gua kecik kecik dulu...satu malam tu,terus gua tertidur lepas dia dah habis cerita...lain macam dia punya mengarut...keh keh keh

2 comments: